Saturday, 23 May 2009

Differences between wife & girlfriend

Wife is a HARIMAU,
Girlfriend is HARI HARI MAU...

Wife is like TV,
Girlfriend is like Hand phone (HP).

At home watch TV, go out bring HP.

No money, sell TV. Got money change HP.

Sometimes enjoy TV , but most of the time play with HP.

TV free for life but HP, if you don't pay, the services will be terminated.

TV is big, bulky and most of the time old,but hand phone is cute, slim, curvy and very portable at any time.

Operational cost for TV is often acceptable,but for HP is high and often demanding.

Most important, TV got remote but HP don't have....

Last but not least,TV do not have virus, but HP yes.. have VIRUS, once get it, HABIS LA.....

so better choose TV.

Upgrade to LCD or Plasma TV (Slim and Chun).

Less maintenance too especially they are easy on the electricity bills.

It is good to be safe than sorry.

Thursday, 21 May 2009

Wawancara Berhemah

Petikan daripada blog Nisah Haron.

Saya telah ditemuramah oleh seorang pelajar dari Kolej MARA Seremban. Dia datang ke rumah saya bersama-sama seorang kawan. Sebelum ini, dia telah menjejaki saya lewat Friendster. Dengan bahasa yang berhemah, dia menyatakan hasratnya untuk menjadikan CSRO sebagai bahan kajian. Saya berikan nombor telefon supaya dia dapat menghubungi dan menetapkan janji temu.

Mula-mula dia menghantar SMS. Ejaan yang digunakan penuh, tidak menjengkelkan. Dia juga memperkenalkan diri, mengingatkan saya tentang sapaan pertamanya sebelum ini. Mengucapkan terima kasih kerana sudi untuk berbincang lanjut tentang tarikh pertemuan.

Lantaran agak sibuk dengan Pesta Buku dan urusan di Ujana Ilmu, saya tidak lapang pada hujung April yang lalu. Saya cadangkan untuk dia hubungi saya pada hari Rabu minggu pertama bulan Mei. Ketika itu, saya sepatutnya sudah lega. Menepati janji, dia SMS saya semula sama ada dia boleh telefon saya pada sekitar 4.30 petang. Saya mohon 10 minit tangguh sebentar kerana mahu solat Asar dan bersedia untuk hantar anak-anak ke kelas Iqra'. 

Cukup 10 minit dia telefon semula. Kami pun buat keputusan untuk bertemu keesokan harinya di rumah saya.

Apabila tiba di rumah, dengan penuh santun dia mengeluarkan fail berisi soalan dan nota-notanya. Dia memberitahu saya bahawa dia memilih 8 buah cerpen daripada 15 buah yang terkandung di dalam CSRO untuk melihat citra wanita. Soalannya menjurus dan tidak merewang bertanyakan hal-hal proses kreatif yang tidak berkaitan dengan kertas yang bakal ditulis.

Saya seronok melayannya kerana dia tahu soalan-soalan yang tidak saya gemari. Tidak ada sebarang soalan tentang bagaimana mendapat idea dan soalan-soalan yang pernah saya sebutkan dalam entri-entri terdahulu. Dia jujur memaklumkan bahawa dia tidak pernah membaca karya saya yang lain, kecuali Annyss Sophilea. Saya terima jawapan tersebut kerana kajiannya bukan tentang pengarang tetapi tentang karya dan secara khusus 8 buah cerpen yang diwajarkan pemilihannya.

Ada beberapa hal tentang cerpen saya itu dilihat dari sudut yang saya sendiri tidak terlihatkan. Pun, dia masih merendah diri dan bimbang apabila saya meminta sesalinan eseinya nanti untuk simpanan saya. Dia bimbang jika esei itu tidak sampai kepada apa yang saya harapkan.

Sebelum ini, ramai mahasiswa/i yang menemuramah saya dengan membiarkan pita rakaman membuat catatan. Mengharapkan dia akan mendengar kembali rekod tersebut tanpa melakukan catatan sendiri. Anak matanya pun entah ke mana sewaktu saya menjawab soalan. Saya sungguh-sungguh mahu membantunya membuat tugasan. Mereka pula langsung endah tak endah dengan jawapan yang diberikan. Jika saya sudah menjawab soalan kedua belas, langsung sahaja seperti robot memberikan soalan ketiga belas. Tidak ada minat dalam nada soalan yang diberikan. Apatah lagi, nama saya mungkin sahaja diberikan oleh pensyarahnya. Nama Nisah Haron ini, entah siapa-siapa. Apatah lagi, tarikh hantar tugasan barangkali esoknya ataupun dua tiga hari lagi. Sebab itu, mereka terdesak dan adakalanya mendesak saya juga.

Barangkali di dalam hati separuh merungut, mengapalah dia harus datang ke Seremban mencari saya dengan penuh susah-payah, walaupun dalam banyak keadaan, saya tidak galakkan mereka datang ke rumah kerana saya tahu rumah saya akan sukar dicari. Saya yang selalunya keluar ke Bandar Seremban untuk bertemu di tempat-tempat yang lebih mudah dicari.

Barangkali di dalam hati separuh merungut, mengapalah Nisah Haron ini cerewet tentang berbahasa. E-mel pun kena tulis dengan ejaan yang sempurna - 'skema', kata orang sekarang. SMS pun kena eja betul-betul. Kena baca dulu SMS yang sudah dikarang sebelum tekan butang 'send'. Mengapalah sebelum wawancara kena dengar dulu 'ceramah' Nisah Haron tentang budi bahasa dan etika berbahasa. Bukankah mereka itu pelajar daripada fakulti bahasa, fakulti pendidikan, akademi bahasa dan yang seumpamanya.

Adik pelajar dari Kolej MARA Seremban ini bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mungkin tidak akan menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantar semua subjeknya. Tetapi, dia sangat santun dalam berbahasa. Walaupun saya tidak meminta, dia datang ke rumah saya dengan sedikit buah tangan. Saya tahu harganya tak seberapa, tapi itu tidak penting. Paling penting, ibu bapa ataupun gurunya pasti telah mendidiknya dengan baik kerana dia tahu budi bahasa apabila datang ke rumah orang.

Sebelum pulang, saya hadiahkan Tawarikh Cinta atas kesungguhannya dan saya suka dengan cara dia membuat persediaan. Paling mengesankan, saya bertanya, bila dia sepatutnya menghantar tugasan ini.

"Oh, lambat lagi, puan. Semester depan," jawabnya.

Saya tersenyum. Saya fikir dia calon mahasiswi yang boleh pergi jauh kerana dia amat bersedia dan teliti dalam membuat persediaan.

Ah, saya terharu. Dalam kehidupan masyarakat kita yang semakin luntur nilai-nilai murni dan common sense, masih ada anak muda yang sopan berbahasa dan tahu membawa diri.

*** Renung - renungkan dan selamat beramal.

New Definitions of a Teacher (Tony Buzan)


1. reducing the pain of stupidity
mengurangkan sakitnya digelar orang bodoh
 

2. main provider of the intellectual capital of the nation and the world
 
pemberi utama kepada modal intelektual kepada negara dan dunia


3. mining the 99% of untapped potential
menggali baki 99% potensi yang tidak disentuh

4. provides the main stimulus & nutrition for developing the physical architecture for the students brain 
menjadi pemangkin dan sumber untuk perkembangan fizikal kepada seni bina minda pelajarnya


5. protector of the physical & mental health of the students
 
pelindung kepada kesihatan fizikal dan mental pelajarnya


6. helps the students to build palaces of its potential perfect memory
membantu pelajar membina kamar-kamar di dalam istana minda bagi mendapatkan keupayaan daya ingatan yang sempurna 

7. the provider of the correct formulae that allows the inate natural potential for brilliance to grow & flower
 
pemberi kepada formula yang betul yang membenarkan laluan kepada potensi kecerdasan hidup subur


8. rare privilege of being able to act as a prime role-model for the students
 
keistimewaan yang langka untuk menjadi model ikutan kepada pelajar 


9. person responsible for launching the students' lifelong learning journey

insan yang bertanggungjawab melancarkan pelajarnya ke platform menimba ilmu yang berpanjangan

10. helps launch the child on the exploration of its own internal universals
membantu pelajarnya meneroka keupayaan minda sendiri

11. provider of worthwhile daydreams and shepherd who helps the students make it come true
memberi angan-angan bermakna dan membimbing pelajarnya merealisasikan angan-angan itu.

Selamat Hari Guru untuk semua insan yang pernah menyentuh hati insan lain dengan sentuhan ilmu! Semoga Allah sahaja yang membalas segala jasamu.