Wednesday, 31 March 2010

Serius, Aku Bengang.

Baran aku dah datang. Tapi please baca dengan muka yang tersenyum.

Ok, I need to do this.

Peeps, I'm tired of this, really. I'm tired of thinking what's wrong with me, until it really affects your life. I'm tired of being misunderstood, you know, it's exhausting. Really.

I must be the most complicated person in the world, and to be honest, till this moment, maybe I myself can't understand who am I, the real me. My mom once have said that she doesn't know what's wrong with me. I am the most complicated, the most Miss-Hard-to-Understand in my family. Not everyone can understand me, be it on the surface, or deep in my heart. I am the most problematic child in my family. I have to admit. It broke my heart when my mother said that. But then, I never blamed her for stating the truth. Truth hurts us, right?

But it's sickening to have people said like this.
"Athirah, sorry, saya tak tahu awak macam ni, macam ni, macam ni bla bla bla sebenarnya, saya ingat awak macam ni, orang cakap awak ni macam ni macam ni, tapi tak" after two three four, five, six years you know me?

Please la, please, what bothers you, actually? Because I'm not like you, because I'm not as fun as you, because I'm not easily liked by people, etc, etc. I'm not adorable, and I'm sorry for myself because of that, but then, does it bothers you too much?

Yes, you can't understand me, it's hard to understand me, but does it gives you rights to judge me, ridicule me, and talk behind my back because you don't know me? Yeah, you can ridicule me as much as you want, you can talk about me behind my back, and you know what, I think it does not affect me much. Because what ever happen, I am me, I'm the one who are responsible towards my actions. Not you kan?

I'm not being arrogant this time, and this is not what you call cowardice. Because if you think that's so, talk to your hand, okeyh? Because it does reflect your. I'm tired, too tired to hear from everybody else that you are talking about me with other people, and I just smile and smile and smile sampai rasa dah penat sangat nak senyum. You are annoyed with me, fine, I just can shut my mouth and you can pretend that I'm not there, but please, please, and please, I'm begging you, not to affect people around me. I don't want to be blamed by others just because they are my friends, and you think that they are same like me.

Does it really bothers you when I am happily hyperactive, and does it really annoys you when I don't talk to you just because I don't have mood, or what-so-ever? Pelik betul. Aku buat macam ni salah, buat macam tu salah. Dah, apa yang betulnye? Come on, I AM a human being, although I am being ALIENATED or I make myself an ALIEN, apa-apa je lah, does it really affects you somewhere? Pardon me if you do, because your mood does not affect me. And if it affects me pun, I won't blamed you for making my usual daily life a bad day.

I'm sorry, because I rarely talk behind your back, making a big deal out of nothing with what you do, but not to say that I don't. I just don't want to. Aku terasa, aku annoyed, aku marah, aku sedih, aku frustrated, heyt, it's all in my heart. I'm not like you, you can just blurt out what do you want to say.

Ingat aku tak sedih bila orang tak suka aku? Ingat aku tak sedih ke bila orang kata aku lone ranger? Bila seorang lecturer kata, "You are such a lone ranger, Athirah", ingat aku tak terasa? Ingat hati aku hati batu ke apa? But then, if it's my fault, why don't you all say it out loud, IN FRONT OF ME, instead of talking behind my back and laughing at my mistakes? But what did you do? Hah, main pulau-pulau, and biar semua orang salah anggap pada aku. Tak pe, aku terima.

If I didn't say anything, it's not because you did not do something wrong, it's not because I don't care, it's because you are my friends, and I see it's no use besarkan menda kecik and hurts my friends' feelings. See? Aku anggap kau kawan, selamanya aku anggap kau kawan aku. Even though kau buat taik, even though kau mengumpat pasal aku kat belakang, even though you think that I'm such a burden pun, KAU STILL KAWAN AKU.  And for your info, walaupun aku tak boleh paham kau, aku terima kau sebab kau kawan aku. Kau buat la macam mana pun, kau still tetap kawan aku.

Tapi kau, kau, kau, kau, kau dan berapa banyak kau boleh ke terima aku seadanya? Kau rasa kau dah cukup kenal aku ke? Kau rasa kau betul-betul perfect ke? Just because you are accepted by everybody else, doesn't mean that you are not wrong. But still, people accept you for who you are.

Sorry kalau aku buat salah. Aku manusia, aku tak sempurna. Tak kisah la kalau kau ada masalah dengan aku ke, aku boleh tahan. Aku boleh sabar. Tak kisah kalau aku dengar kau mengumpat aku ke, mengutuk kat belakang aku ke, aku boleh terima. Aku boleh sabar. So, kau jeles ke bila aku boleh sabar, bila aku boleh simpan apa yang aku tak puas hati pada kau dalam hati sampai kau nak cabar aku luahkan semua yang aku rasa depan-depan mata kau?

Aku tak pernah kata aku betul. And aku tak pernah halang kau untuk betulkan aku, sebab apa, sebab tu la gunanya kawan. Tapi kau buka aib aku, mengutuk aku belakang-belakang, tu selesaikan masalah ke?

Baik, lepas ni aku just remain silent, stay silent, tak bercampur dengan kau if that's the best thing I can do. I don't want to annoy people around me. Aku kan lone ranger selama ni.

Dah. Kau nak cakap lagi, cakap, cakap, cakap sampai puas. Sebab aku nak ucapkan terima kasih. Sebab apa? Kau pikir sendiri la.

P/S : Nak cabar aku lagi? Teruskan.

Hah, Siapa-siapa yang tak berkaitan ni jangan pulak terasa. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Karang orang lain yang terasa, kantoi pulak la kan, dia cakap kat belakang aku. Macam dulu-dulu. Tetiba pulak semua terasa. Kelakar gila. Zack, terima kasih kerana mengantoikan satu kelas dulu. Tabik kepada anda.

Saturday, 27 March 2010

A Walk to Remember...

HULLO!


Tadi borak-borak dengan Nazir rasa rindu pulak pada zaman kanak-kanak a.k.a zaman budak-budak or zaman yang saya panggil zaman kebodohan. Hah, serius dulu rasa macam bodoh. I mean, tak de la berasa diri ni cerdik sekarang, tapi dulu kan saya suka buat kerja-kerja bodoh dalam hidup and tak fikir langsung. Pakai bantai je menda saya nak buat. Main katak, gelak kuat-kuat, galak-galak. Tu dah biasa. Eh, tak galak. Saya kecoh gila nak mati kan?


Dulu saya rasa hidup saya amat stress and tension. Ala, kononnya la kan. Tapi sekarang benda yang buat saya stress tu rasa macam kuman pulak. And agaknya, masa kerja nanti, mesti rasa stress masa belajar ni besar kuman je kan? Hah, back to my topic, I miss my school time lar. Unavoidable rasenye even I consider myself as very problematic student and friend. Hey, I think I'm not cool at all. Rasa macam kelakar gila. Haih. I'm not the popular one masa sekolah dulu so, in order nak popular la konon-kononnya, I mingle around and mix with those pops. But then, jiwa kacau. Memberontak la kan. Hehe. 


Amat best bila kawan dengan dengan mereka-mereka ni. Saya mengaku la kan, saya ramai kawan lelaki sebenarnya masa sekolah dulu daripada perempuan. Mesti pikir saya ni tak reti bersosial kan? Huhu. Tu masa menengah rendah. Tak tahu lah kenapa, mungkin sebab ramai budak-budak perempuan anti dengan saya kot.  Yela, yela, saya tahu saya ni pelik dari sekolah lagi. Tak ramai nak kawan dengan saya kot? Hoh, terpaksa admit do.


Since I borak-borak dengan Nazir tadi, the first thing that come into my mind is his smile! Believe me, his smile gila sweet sampai boleh buat orang tak tidur malam. Ala, sebab dia ade tahi lalat tepi bibir die. Shemart woh! Hahaha. Dia single lagi, tapi I think dia tak available dah. Available lagi ke, Nazir? =P 


Saya nak recall balik geng-geng saya dulu. Selain Nazir, ada lagi 10 orang kalau tak silap. Those yang saya anggap dalam geng saya la kan. I mean geng lepak petang-petang. Yang tak disenaraikan jangan pulak terasa yek sayang-sayang? This is random list.


Nazir
Shamir Hailmie
Hilmi
Adam
Mokhzani
Naqiu
Jimmy
Amir Akmal
Farez
Zainal
Firdaus Zulkarnain
Hadi
Akmal
Bun
Zulhelmi
Irwan dengan Izwan pun!


Budak perempuan pulak, Amirah Shuhada, Aswa, Mas, and of course ar saya. Hehehe.


Eh, ni da lebih sepuluh orang ni? hehe. Okeh, okeh, ada pertambahan keluar masuk. Tapi yang selalu main basket ball petang-petang dengan kitorang ada 4 orang. Nazir, Adam, Mokhzani dengan Naqiu. Yang paling rapat dengan saya antara budak-budak laki ni? Haih, yang tu tak de diskriminasi. 


Eh, sedar tak sedar, lebih kurang nak dekat 6 tahun jugak kita kenal kan? Saya teringat lagi macam mana kita lepak dekat taman petang-petang. Kita lepak kat court belakang sekolah main basket. Sebab Aswa, saya ingat macam mana Mokh, Naqiu, Adam dengan Nazir ajar kitorang main basket. Buat 3 pointer. Ajar rules basket. Saya ingat macam mana Adam and the geng buat study group petang-petang kat kelas. Duduk kat kantin buat havoc. Masa tu kita semua kecik-kecik je. Form 1. That's how we look towards those who in Form 1 now. Kecik kan?


Saya still ingat how budak-budak ni menganjing sesama sendiri. Saya ingat macam mana sesi mengorat-ngorat. Saya ingat macam mana saya kenal Adam yang mula-mula nak ngorat Mas, tapi end up dengan Aswa. Saya ingat macam mana ada sindrom-sindrom tukar-tukar pasangan. Izwan suka kat Shuhada. Irwan suka kat Aswa. Mokh pun pernah ada crush jugak dengan Mas. Haih. Tapi yang paling saya ingat main lompat-lompat perasaan ni la. Hadi. Mula-mula nak mengorat Aswa, pastu Mas, pastu Shuhada pulak. Haih.


Saya ingat macam mana buat double date. Makan suap-suap. Hahaha. Ni sapa punya keje ni? Saya ingat macam mana Jimmy buat lawak tak boleh blah dia. Saya ingat loyar buruk Adam. Saya ingat idea putar belit Mokh dengan muka innocent tu. Serius 1 hari dengan diorang ni boleh buat tension hilang. Happy selalu. Saya ingat macam mana saya kongsi rahsia, kongsi rasa sedih saya dengan Amir Akmal. Pasal orang yang betul-betul saya minat gila-gila masa tu. Ingat tak Amir? And I'm glad yang he can be trusted. Still sampai sekarang ke dia simpan rahsia tu ek? 


I still remember saya hilangkan bola basket kepunyaan Naqiu. Sorry Naqiu! Isk3. Termasuk dalam lubang tu kegelapan tuh. Huhu. Sorry gila-gila. Saya ingat macam mana Zainal yang lagi rendah dari saya jadi melonjong tingginya. Zainal malu-malu kan setiap kali cakap dengan saya? Saya ingat macam mana suara dan deras suara Firdaus melontar kata-kata. Kadang-kadang perit nak dengar. Saya ingat Bun yang takkan pandang saya kalau dia nak cakap and senyum je sepanjang masa. Kadang-kadang saya tegur pun, main angguk-angguk geleng-geleng. Saya ingat macam mana saya amat takut dengan Farez. Sebab tu saya jarang gila tegur dia. XP Tapi dia ok je, kan?


Saya ingat macam mana saya mula tahu pasal perasaan, pasal couple2 ni. Saya ingat macam mana ada 2 orang hamba Allah ni telefon saya kat rumah untuk tolong mintakkan couple untuk kawan dia ni. Saya ingat macam mana saya baling buku pada seorang hamba Allah ni tengah-tengah crowd sebab dia buat saya geram gila-gila.  Owh, I have to admit, saya panas baran kan? I mean, dulu la. Saya still ingat crush2 saya. XP 
I told you, saya setia la. Saya pernah tunggu budak yang saya minat tu 2 tahun jugak taw?


Saya ingat macam mana saya orang yang last tahu pasal Hilmi and Shamir gaduh. Oh, dulu it hurts like hell. Tapi tak de sapa pun bagitahu what happened exactly time tu kan? Till now, I still can't decode la babe. Can somebody actually explain to me what happened? 


Saya ingat macam mana mak saya jumpa surat dari pakwe pertama saya ni (dia sendiri tahu diri dia sape okeh?) and tanya sapa dia tu. Ey, my mom read that from A to Z taw? 


Pasal kawan-kawan perempuan saya, I think better di slot yang lain la kot saya recall balik apa jadi. 


Errmm. Can I be honest? Saya tak ingat apa-apa pasal Zulakmal, seriously. Sebab kitorang boleh kata tak pernah bercakap langsung sebenarnya masa zaman sekolah kecuali ada certain-certain masa yang tak patut diberitahu. Tapi ingat la dia ada dalam geng ni. Cuma tak selalu kan dia lepak dengan kita kan? Anyway, sebenarnya tak pernah tahu pun dia macam rapat dengan other boys, sebab Akmal ni tak lepak kat sekolah. Lagi-lagi tak pernah bercakap. Hey, we're just friend, ok? Gila lama la gosip tu. 


I miss my bro, Zulhelmi. Isk Isk. Tapi tu la. Bila dah besar, I doubt diorang ingat semua yang berlaku ni. Masing-masing pindah, kejar impian masing-masing. Masing-masing dah bina hidup sendiri. Dah pindah. Zulhelmi kat Kedah. Amir Akmal kat Melaka. Jimmy kat Terengganu. Tu belum lagi masuk bab belajar. Rindu... Isk3. And yang paling best, masing-masing dah ada pasangan masing-masing. Tak de sapa pun yang kekal dengan pasangan masing-masing. But still, kita semua kawan baik. And selamanya kawan baik. 


I really miss and love you guys!


P/S : 



I Remember

Artist: Mocca
I remember...The way you glanced at me, yes I remember
I remember...When we caught a shooting star, yes I remember
I remember.. All the things that we shared, and the promise we made, just you and I
I remember.. All the laughter we shared, all the wishes we made, upon the roof at dawn

Do you remember..?
When we were dancing in the rain in that december
And I remember..When my father thought you were a burglar
I remember.. All the things that we shared, and the promise we made, just you and I
I remember.. All the laughter we shared, all the wishes we made, upon the roof at dawn

I remember.. The way you read your books,
yes I remember
The way you tied your shoes,
yes I remember
The cake you loved the most,
yes I remember
The way you drank you coffee,
I remember
The way you glanced at me, yes I remember
When we caught a shooting star,
yes I remember
When we were dancing in the rain in that december
And the way you smile at me,
yes I remember

Friday, 26 March 2010

This shit is killing me.

Ibu kata kita kena jaga hati orang, jangan cakap besar, jangan buat benda yang orang tak suka.

Mmm. Then, ibu, kalau orang buat kita sakit hati, kalau orang buat kita terasa, sampai bila kita kena senyap, pendam lama-lama dalam hati ni, simpan kemas-kemas dan lontar dalam sudut hati?

And kalau akak ada kesempatan nak bagitahu ibu, akak selalu terasa dengan orang, tapi akak selalu pendam untuk jaga hati orang, sebab akak ingat pesan ibu.

Akak tak main cakap lepas, tak cakap apa yang akak fikir pasal orang, tak terus terang, sebab akak nak jaga hati orang.

But I'm a human being, ibu. I'm still a human. I still have feelings. I need my own time too, sometimes. I need to be alone, sometimes.

And why people can't understand that. If I can understand things as simple as that, why can't everybody else?

Keep blaming me. Yes, that's my fault. Tak reti jaga hati orang.

Raifana, Adibah, Afzan, kenapa korang are still the best in the world?

Thursday, 25 March 2010

Saya Benci ......................

Kadang-kadang saya rasa benci pada diri saya sendiri. Benci bila tak disukai. Benci bila tak diterima. Benci bila tak disayangi. Benci bila diri saya terlalu banyak kekurangan.

Saya benci bila saya bukan dia yang orang akan cari bila bermasalah. Saya benci bila saya bukan dia yang selalu di'contact' oleh kawan-kawan saya. Saya benci bila rasa sunyi. Saya benci bila saya terpaksa telefon lelaki untuk buat saya ketawa bila rasa sedih. Saya benci bila saya bukan orang itu yang berkongsi gelak tawa, yang berkongsi segala rahsia. Saya benci bila saya orang yang terakhir dapat tahu segala apa yang berlaku. Saya benci bila orang pandang saya dengan segala aura negatif dan akan pandang pelik bila saya tak tahu apa-apa, sedangkan tak ada sapa yang beritahu saya apa-apa pasal menda tu in the first place.

Saya benci segala pertanyaan saya dipandang sepi. Saya benci bila orang sentiasa salah paham pada saya. Saya benci bila saya terpaksa terangkan segala-galanya and orang tak dapat nak terima. Saya benci bila saya perlukan penjelasan, orang kata saya tak perlu tahu. Saya benci bila tak dapat ketawa bersama, dan tak dapat menangis bersama. Saya benci bila saya berada dalam crowd tapi hakikatnya saya rasa saya berseorangan dalam bilik yang luas dan kosong. Saya benci...

Saya benci bila orang bencikan saya.

Tapi yang paling saya benci bila tak dapat berubah untuk tak menjadi seperti itu. Saya paling benci diri saya yang serba kekurangan dan tak dapat berubah demi menjadi orang yang lebih disukai.

Saya super duper paling benci bila saya down macam nak mati dan saya tak boleh kata "Kawan, I don't need you".

P/S :

I don't need you. So, let me be the one yang semua tak suka sampai bila-bila, boleh tak?

*sigh*

Saya mintak maaf kerana saya banyak kekurangan dan tak sempurna.

Wednesday, 24 March 2010

=)


Dia pernah cerita pada saya tentang lagu ni. Dan hari ni, saya baca mesej-mesej dia yang still ada dalam handphone saya. Serius, hati saya bergetar. Saya terkesan. 
Tapi saya janji, saya bukan selemah ini. Cerita kami dah berlalu. Dan saya harap takkan terulang lagi. Anyway, nice song. you should listen to it, peeps. Biasalah, bila kita frust, kita akan cari kawan. And lagu ni mengingatkan saya tentang kawan-kawan saya. Rindu.
TOLONG AKU - HUJAN/ THE RAIN
Tolong aku, sahabatku
Dengarkan jerit hatiku
Tentang dia, tentang dia
Masih s’lalu tentang dia
Ajak aku, bersamamu
Kemanapun engkau mau
Tenangkan aku, tenangkan aku
Sabarlah tenangkan aku
[#:]
Yang pernah membuatku merasa sempurna
Hingga aku pun menjanjikan semuanya
Namun ternyata mimpi yang dia punya
Berbeda, berbeda…
[Reff:]
Aku tak’kan bisa, hidup tanpa dia
Dia yang membuat, aku bahagia
Tolong aku untuk, melupakan dia
Sungguh hanya itu, yang aku pinta
[#]  ~~  [Reff]
[Interlude]
Ajak aku, bersamamu

Tuesday, 23 March 2010

Cerita Best Satu Petang.

Saya daki anak-anak tangga ke tingkat tiga. Bahu sebelah kanan saya terbeban dengan beg besar dan bahu kiri saya terbeban dengan beg lappy. Di tangan saya? Saya pegang lappy dengan satu tangan. Rakan-rakan saya sibuk bercerita pasal Pesta Buku Antarabangsa di pibabutisi ciptaan Farhana. Saya pun melayan perasaan sambil mendengar lagu dari lappy saya yang dah habis calar-balar.  Saya daki lagi sampai ke tingkat ketiga yang mana saya nampak Mak Long di luar kelas. Saya dengar seseorang bertanya kepada Mak long, “Ada?” dan Mak Long mengangguk. Dan saya terus berjalan sehingga ke depan pintu dan membuka pintu kelas dengan tangan kiri saya.

Banyak pasang mata terus terarah kearah saya. Dan saya terpaku.

Perlahan saya tersenyum dan menutup kembali pintu.

Kurang asam. Kenapa tak de sape-sape yang warning saya?

Jatuh saham dan market saya depan abang-abang semester 5 yang kacak-kacak dan kakak-kakak yang tekun belajar dalam kelas tu. Errkkhh.

Sengal.

Sunday, 21 March 2010

Ingat tak cacat yang cantik?

Saya pernah cakap masa kem fizik dulu. Ingat tak? Ingat tak?

Sure sure tak ingat.

Kartun perempuan tu pun. Tapi saya dah buang. Wahahaha..

Saturday, 20 March 2010

Kata banyak kerja, tapi update blog ada pulak masa, kan? =P

Hari ini saya penat amat, tapi bila dengar ibu kata sabar, saya sabar. Sebabnya, saya tahu ibu saya lagi penat. Dan kepenatan ibu adalah disebabkan nak suap mulut saya yang comel lote ni makan, nak sedapkan badan saya yang kurus keding ni selesa di atas muka bumi ni, nak ubat muka, mata dan gigi saya bla bla bla. Bila saya dengar ibu yang baru balik dari Kelantan semalam sebab outstation seminggu tak dapat nak rehat sebab esok kena pergi Terengganu, saya tak jadi nak mengeluh. Aduh, ibu lagi penat. Nak buat kerja audit bukan senang. Lagi susah daripada nak buat assignment.

So, saya jadi bersyukur kejap. Nanti kalau saya kerja agaknya lagi penat. So, buat sementara waktu ni, saya mahu enjoy and have fun dulu sambil berflirt. Ehem. Okeh, okeh, taubat jugak nak flirt. Tak nak habiskan duit ibu untuk perkara tak berfaedah. So, sebab tu dah lama tak keluar duit untuk topup, baju, kasut, bla-bla-bla. I mean, barang keperluan untuk wanita. Haha. Bravo Athirah!!! *clap clap*

I mean this is my to-do-list for this upcoming 4 week.

21 - classroom observation
22 - finishing presentation for sociology
     - literature
23 - presentation for sociology
     - quiz lit
     - finishing cluster school presentation
24 - cluster school presentation
26 - Quiz PELT


29 - Discussion for Lead Discussion
30 - Presentation Sociology
1   - Finishing CTU - Fenomena keruntuhan akhlak dan kesannya kepada agama dan negara
3   - Finishing newspaper cutting & sociology project (sex education)

5   - Presentation for Lead Discussion
     - Summary - Ethics
7   - Presentation CTU
9   - Quiz 2 Lit
10 - Journal Lit

13 - Submission - Portfolio, Group Written Assignment, Ethical Dilemma Report, Ethics Summary
15 - Submission of Project Case Study - comparison of M'sia Education System with United States
16 - Submission of Lit Journal

So, sapa kata belajar TESL tak cukup mencabar. Penat memerah otak anda tahu?

Tapi saya cuba okeh, saya cuba buat sedaya upaya dan sehabis baik. Yeah, that's the spirit! Hohoho.

Okeh, hari ni I learnt something from Lit class. Saya amat malu sebenarnya dengan Miss Shima. Saya masih tak dapat nak improve presentation saya, tu yang amat saya kesalkan. Tapi saya tetap layangkan tabik spring pada Miss, Miss, you are still an angel, Chewwah. Hehe. Bukan sebab nak markah lebih ok? Tapi saya amat-amat menghormati lecturer seperti dia yang amat professional dan amat menyentap dan menyentuh hati dan perasaan pelajar-pelajar dia.

Teguran yang memang berhalus, tak tinggi suara langsung, tapi ada nada kecewa dalam tuturnya. Tapi itu yang menyentuh. Dia tak perlukan jerit pekik, hentam emo, tak perlukan perubahan riak muka, cukup dengan teguran yang amat berhemah tapi ada ketegasan dalam kata-kata. Hormat itu ada, dan sentiasa ada. Dan sebagai timbal balik, dia memang layak dan cukup sebab untuk dihormati.

Dan kalau, KALAU, ok, saya jadi lecturer, or even jadi cikgu pun, saya akan bawak pengajaran tu sampai mati. Saya faham erti professional kerana dia. And paling saya suka, saya suka jadi tenaga pengajar, dan mungkin terbuka hati satu hari nanti, mungkin kerana dia.

She's an inspiring lecturer. Serius, I'm impressed.

Outstanding BRAVO for you, Miss!  

P/S : Tak sampai 1 minit, roommate saya dah lelap and tenggelam dalam lena. Gila terer.

Balik, balik, terbongkang...

Haih, cuak betul saya mengenangkan dan melihatkan mereka-mereka study. Di facebook, di TESL Square, semua pakat bukak buku, study Syntax. Dan saya tengok, semua orang tekun gila baca. Watdehel? Kenapa saya tak macam mereka? Kenapa saya tak terkesan tengok buku Syntax? Madam Noi kata sapa yang buat latihan dia dah cukup la. Kenapa mereka pakat study ramai-ramai ni?

Untuk dua hari berturut-turut minda saya dirundung runsing. Nak baca, of course dan course of malas. Ye, ye, saya sedar saya seorang yang pemalas. Tapi serius, dan serius, seseriusnya, yang kena buat Tree Diagram je kan? Kalau kita faham macam mana nak buat, macam mana nak letak function and forms, ok la kan?

Sebab tu saya cuak. Tapi hati ni tak terpanggil nak study. Kalau study pun, tak tau nak study apa. Dalam buku tu penuh dengan tree diagram je. Haish. Dan sebab itu saya buat keputusan untuk balik. Dan kalau balik, sah-sah punya mesti tidur. Itu perkara wajib. I kan nap lover.

Dalam kelas Lit pun, diorang pakat buat Syntax instead of Lit. Kat luar kelas je, semua baca Lit. Sebab cuak, saya tanya, apasal korang baca buku ni? Kenapa korang study? Stop-stop la study tu. Tiba-tiba saya kena marah pulak dengan orang. Adoi, saya cuak la, cuak. Saya wonder, susah sangat ke tree diagram ni.

Masuk exam room dengan senang hati.

THERE. THERE. THERE.

Nak termuntah rasa. Serius pitam and mati. Habislah 30% aku. Habis. Musnah. Harapan nak skor dah hampir tak dok.


Mati, mati la, aku ingat TREE DIAGRAM JE YANG KELUAR. Apa pasat parts of speech habih kuar suma sekali mai?

Hah silent reader and follower. Kenapa tak say hi? Baru saya tahu. Hah, anda Izzat! Ho, berani-beraninya anda tak tinggal jejak. Dey, rindu nak berdebat makin membara dalam hati ni. Uhu...

P/S : Saya jatuh cinta hampir setiap hari. Aww. Jom kita cari mamat yang amik Architecture tu nak? XP

Thursday, 18 March 2010

Awak, asam masin dan jeruk, ingat lagi tak?

Saya tahu, iman saya memang terduga. Saya tahu, pedih di ulu hati saya memang tak tersembuh sampai bila-bila. Ironi, sebab saya maafkan awak. Tapi saya masih termenung, kala teringat kisah-kisah kita. Saya masih kuat memecah benteng-benteng memori yang kita cipta bersama. Saya masih meniti satu persatu cerita-cerita kita. Walau kuat hati saya menjauhi. Awak...

Saya tidak mahu bercerita mengapa kita menjadi sebegini. Kita sudah sama-sama dewasa, dan kerana itu kita di sini. Awak melangkah menuju jalan-jalan yang dicipta dengan pilihan yang awak tentukan sendiri. Dan saya masih di sini. Bezanya, saya sudah lama tidak menunggu awak. Saya masih di sini, mengintai masa-masa lalu yang kita tinggalkan bersama, jalan cerita yang kita karang bersama masih tidak samar, masih utuh berada di situ. Saya masih memetik rangkai-rangkai harapan yang tak terkesan, saya masih berharap bahawa saya masih yang terbaik, saya masih tak terganti, saya masih di hati.

Tapi kita sama-sama tahu itu tidak berlaku. Dan sehingga saat dan detik ini, saya masih mencari jalan yang harus saya lalui. Saya masih terkuis-kuis mahu melangkah, kerana saya masih tidak bersedia. Dan paradigma itu masih tak teranjak. Dan horizon itu masih terlalu jauh. Tapi saya sudah lelah. Kaki masih tidak tergerak. Saya sudah tidak mengejar, tetapi membuat keputusan untuk jalan yang berbeza sudah tidak saya temui kekuatannya.

Ironi. Saya masih di sini.

Dan saya masih rindu.

Dan saya makin sunyi.

Monday, 15 March 2010

Enam

Dia pun naik... Masuk dan duduk di sebelah.. And I guess, aura awkward tu memang sentiasa akan ada. Haaa... What a looooooong journey. Seberapa lama lagi saya harus menahan seksa ini...

"Student ke?"

Saya rasa macam ada orang bercakap tepi telinga saya. Nyamuk berdengung ke? Realiti atau fantasi ke? Dan saya pandang sebelah. Okeh, dia yang di sebelah macam menunggu jawapan.

"Apa dia?" Saya pun tanya. Haih, tak keluar suara.

"Student ke?"

"O, ha'ah."

"Student kat mana?"

"UiTM"

"O..." Angguk-angguk. Dan senyap balik. Nak tanya ke tak nak. Nak tanya ke tak nak. Tiba-tiba entah macam mana ada kuasa ajaib yang mendorong saya menuturkan ayat-ayat yang tak dikarang di kepala. Hah!

"Student jugak ke?"

"Ha'ah."

"Student kat mana?"

"UiTM jugak la."

"O..." and sekali lagi senyap. Dah tak tanya apa-apa. Angguk-angguk.

"Amik apa?" Tiba-tiba terdengar lagi dia bertanya.

"TESL"

Angguk-angguk.  Senyap.

"Amik apa?" Saya tanya pulak.

"Architecture."

Ow Em Gee. Freaking hot.

Dia : Part berapa dah?

Saya : Part 2 (Tangan pun tunjuk dua)

Dia : Empat?

Saya : Eh, tak, dua.

Senyap.

Dia : Amik melalui diploma ke?

Saya : Tak, asasi.

Dia : Oh...

Senyap.

Saya : Amik diploma ke dulu?

Dia : Diploma lepas tu terus convert jadi degree.

Saya : Oh, yang fast track tu ek?

Dia : Eh tak. (Dan dia pun explain secara panjang lebar pasal course dia.) Dude, dia cool. And I like cool guys. And gentleman. I mean, I like that kind of guys. Yang boleh buat saya terawang-awang masa bercakap. And he smiles when he talks! Oh, serious, dude, you might win my heart already. Hahaha...

But then, saya tak tanya nama dia, and dia pun tak tanya nama saya. In the end, kami berpisah begitu saja. Hey, banyak lagi nak cerita, but I guess, biarlah saya simpan dalam lipatan hati dan minda saya.

I hope I can meet him again, someday...

P/S : Ikah kata dia mungkin gay. Sebab pakai cardigan. Owh, sayangnya. Hey, I do hope dia ada awek and bukan gay, or bi. Haha. Tapi rasanya dia dah ada awek la, Ikah. Lelaki tak main mesej sangat dengan pakwe. Diorang main mesej dengan awek. And dia main mesej, mesti dengan awek. (Ye, saya nak sejukkan hati dan kurangkan kontroversi.)

Mr. C : I don't know what I have to say. Saya dah tak kisah. So, it's kinda late to apologize. Saya dah tak nak fikir. Kita kan kawan baik je. No need to explain anything. Don't you think so? Kan kan kan?

Lima...

Tiba-tiba terasa nak keluar. Tapi kena bawak laptop. Aduh, leceh jugak travel sorang-sorang ni. Indie la katakan. Kemas-kemaskan dompet, handphone, beg... Eh, dia tinggal laptop dia ke? Serius dia tinggal laptop dia? Beraninya... Apa saya nak buat ni? Nak tunggu sampai dia balik ke tak? Takkan nak bawak turun jugak? Tapi ada ke orang nak curi? Alamak. Macam-mana ni? Tunggu dia dalam 3 minit. Kalau tak balik jugak, keluar je la. Haish.

Aaahh, turun je la. Karang tak sempat pulak. Dan saya pun turun dengan bawak beg laptop.

Ehem, saya bawak beg laptop saya je la. 

Tapi saya masih punya hati dan perasaan. Saya sorok beg laptop dia bawah beg saya. Lepas tu saya keluar pergi tandas. In case.

Masa saya balik, dia tak balik lagi. Saya masuk bus and kemaskan tempat, apa yang patut. Beg dia yang tergelimpang kat bawah, saya betulkan. Dan saya pegang beg saya yang besar dan berat tu in case dia nak masuk. Senang. And saya terpandang kat luar. There he is, smiling at me. (Ceh, perasan!) =P
I guess dia nampak muka saya yang cuak. Haih, cair saya pandang senyum dia yang comel tu, cepat-cepat saya kona pandang tempat lain.

= Muslimah kena jaga pandangan mata = Saya rasa, kalau saya ni putih, muka saya mesti dah merah macam Mijah pandang Hazzy. HahakS!

Empat

Bus berhenti di R&R Temerloh atas permintaan seorang abang yang berbaju oren. Sejuk sangat kot.

"20 minit!" Dan semua orang turun. Dan saya pandang sebelah. Dia berdiri. Alamak, dia nak keluar. Beg biru yang berat dan penuh tu pun diangkat. Eh, tiba-tiba seorang nenek nak keluar. Apa nak buat ni? Macam-mana ni? Nak letak kat mana ni? Ah, terpusing-pusing dah ni.

Dan tiba-tiba terasa beg tersebut berpindah tangan ke tangan yang lain. Si dia di sebelah ambik beg yang berat tu and letak dekat tempat duduk dia and senyum. =) Terima kasih kerana memahami... And saya pun memberi laluan untuk dia jalan sebab saya tak keluar. Agaknya dia nampak saya kalut. Aaahhh. Sekali lagi malu.. 

Three

Then I texted Hafiz.

"Huhu. Aku ada dalam bus nak balik Shah Alam ni. Abah beli tiket sebelah lelaki. Huhu."

"Ala, mana kita tahu siapa yang duduk sebelah kita dalam bus."

"Aku tahu. Huhu. Tapi..."

Bla-bla-bla and it was ended when he wanted to go swim. Boooring.

I wonder what he's thinking. And stared again at Mr. Potato. And suddenly, he moved. Dia nak tidur! Yeah!

Rasa macam dia dah tidur, slowly tangan bergerak menghampiri Mr. Potato. Dan perlahan-lahan jua saya membuka penutupnya. Pandang ke tepi dan ke belakang. Semua orang melayan perasaan dan tidur. Saat-saat kegemilangan sudah tiba. Dan Mr. Potato pun masuk mulut! O yeah! Makan makan makan dan makan lagi. Dengan penuh riang hati. Hah, dah tak kira bunyi kuat ke, apa ke. Orang kat sebelah ni kan tidur. Wahaha. Masa nilah nak menggunakan peluang yang ada.

Tiba-tiba rasa macam ada benda bergerak.

CIS! Dia tak tidur lagi rupanya. Dengan selamba dia keluarkan handphone dan main message. Fuh, malu.. Mesti punya dia ingat saya tak senonoh. Mesti. Haish, tak pe, tak pe. Slowly tutup Mr. Potato dan gantung kat depan seat.

Dan bus itu berjalan lagi...

Dua

Ya, FB itu adalah seat ya, rakan-rakan... Then, bus tu berjalan laa....

Okeh, bus ni kenapa lambat sangat? Kenapa lembap sangat? Eh, tapi driver bawak 90km/h.

Athirah, apa yang kau nak buat ni. Umm, nak makan Mr. Potato. Nak makan Chipsmore. Lapar. Umm. Tapi kalau nak makan, tak proper pulak. Nanti crumb-crumb jatuh. Nanti makan berbunyi. Kalau makan je, ... Nak bagi dia ke tak ek? Emm. Tak pe la. Tak payah makan la. Tapi... Lapar... Uhu.. Athirah. Berani ke nak offer dia Mr. Potato ni. Hah. Stare je lama-lama Mr. Potato tu.. Macam singa.

Dia pun gerak-gerak. Awkward gila-gila. Senyap sunyi. Dia main message. Message awek agaknya. Mengadu tak selesa duduk sebelah saya. Dan setiap detik berlalu dengan begitu... Lambat. Arrgghh.. Tik tok tik tok. Oh lupe. Jam tangan ada kat ibu. Dah tu bunyi apa tu? Pandang luar tingkap. Sumbat telinga. Dengar lagu.

Laaa laaa...

Sunday, 14 March 2010

Satu

Naik naik je bus tadi cari tempat duduk. FB. Baik. Mata terbeliak dah, buka mata besar-besar, luas-luas. Baik. Tak ada single seat. Baik, ada seorang lelaki duduk kat tepi tingkap, pakai cardigan hitam. Baik. relax. Cool. Pandang sekali lagi. Confuse, mana satu tempat duduk ni. FB kat mana satu? Kat belakang ke kat depan ni? Uh, ada orang nak lalu. Okeh, masuk belakang dulu. Baik, tenung lagi sekali. Okeh, dengan muka tebal :

"Ni FB ke?"

And lelaki yang pakai cardigan hitam ni kata "Ha'ah la kot".

Hah, mati, mati. Cuak. Apasal la aku dapat sebelah lelaki ni.

Saturday, 13 March 2010

Hah, okeh, sekarang saya mahu betulkan fakta, bila saya balik kat Kuantan, semua jadi terang dan nyata. Saya dah tak minat kat sape-sape. Saya call Mr. C, Mr. C tak angkat sampai sudah. Kali ni saya dah tak terasa dah. Sebab saya anggap dia macam kawan.

Kawan saya kata dia macam saja je nak buat saya gila kat dia. Okeh, that's not my intention. Saya baik dengan da, and I guess selama ni saya tak nak hilang dia sebagai kawan. Ahh, sawan gini. What if dia fikir saya call dia banyak-banyak tu sebab saya minat kat dia? Uhh..

Friday, 12 March 2010

Say goodbye.

3, tak 4 kali saya call. And you didn't pick up. Ye. Apa kata saya buat bodoh je. Sebab saya anggap awak kawan baik saya. And masa saya perlukan orang sangat-sangat, you weren't there.

P/s : Buhbye, awak.

Tuesday, 9 March 2010

You...

Sometimes rasa macam I rather face with frustrations than to be hanging. Owh, it hurts. Tapi tak pe lah. Tuhan akan bagi kita menda yang kita perlukan, bukan benda yang kita nak, bila tiba masanya. Saya tak kisah pun sebenarnya. Walaupun kecewa tu tetap ada. I don't want to jump into conclusions too soon. I need to hear from his own mouth. Walaupun saya rasa macam dah tahu. But then, it's better to let this be. Ow, man, walaupun saya layan dia macam kawan, I do miss him a lot.

Tapi nasib baik ini yang jadi. Nasib baik ini yang berlaku. At least, we don't have anything between us. I mean, never any special ties between us. Kalau tak lagi parah kot. Aah. Mesti orang lain kata senangnya saya nak minat kat orang kan? Tak la. Sapa kata. I took 3years plus plus nak minat kat orang tau.
Hahah. Saya memang cheeky sikit. Sikit je..

Mmm... Tapi still kan, saya wondering je. Kenapa dia tak pick up phone. Kenapa dia tak balas mesej saya. Kenapa dia tak text saya. Ye lah, we agreed upon each other. Kitorang kawan je. Saya bukan awek dia, kitorang tak couple. So, saya call dia macam kawan call la. Saya nak kitorang jadi macam dulu. No heart feelings. Because I do think he's a good friend. Did I do something really wrong? We agreed to be best friends.

I never demand any thing than that. I mean, saya tak mintak dia beritahu apa yang jadi dalam hidup dia setiap hari. That explains why saya tak cari dia setiap hari. Saya cuma contact dia lebih kurang 4 5 hari sekali. You see, saya tak nak kitorang terpesong dari seorang landasan seorang kawan. I don't want to lose a friend for a stupid feeling.

Then, this is what happened. Suddenly dia hilang macam tu je. And I was like... It's all blurred. Mmm..

Awak, as a friend, saya tak nak hilang awak. I think you are a good friend. Tapi kalau itu yang awak nak, then it's ok. I'll deal with it. Thank you very much.

I won't tolerate any vulgar words, but....

You just can feel the bad aura surrounds you. And it becomes worst. And I begin to think that it is my fault.

YES. Unfortunately it IS my fault.

--------------------------------------------------------------------------------

Mr. C, for what ever reason, you ARE my friend. And I hope you still my friend. Because I don't have that feelings anymore.

So, if you feel uneasy with me, this is the best way. Don't worry, I don't know you anymore.

This is an Eff-ing DISASTER. Bullshit.

Thursday, 4 March 2010

Bila Kei cakap Melayu...


Tempat dikesan : Bilik M212
Peristiwa : Kelas Hubungan Etnik (Ethnic Relations CTU 553)

Dia memang bonda. Nonok yang suka bernoya. Motif I nak tulis pasal dia? Sebab intonasinya bila berbicara dalam bahasa Melayu. Ah, Kei.

"Mari kita lihat kesan-kesan efek bla bla bla...." Kesan-kesan efek?

"Jika kita buka 10% tempat pada orang bukan bumiputera, ini amatlah mengancam takhta baginda YDPA sebagai canselor UiTM kerana...."

"Orang-orang Melayu dan bumiputera juga tidak akan direspek (dengan konfidennya)" "DIHORMATI!!!" kata rakan-rakanku sekalian. "Ah, ye, dihormati"

"Sepertimana yang telah kita tahu, ini menggalakkan ape tuh... ala... Anasir-anasir yang tidak elok (yang sebenarnya merujuk kepada spreading rumours) ye uols. Eh, kamu-kamu semua."

Ok, no wonder Kei macam cuak dengan presentation CTU. Apa-apa pun Kei, two thumbs up!

By the way, semalam pergi have fun dengan Ikah and Teha. Yes, it was fun. And cool. Tapi ku keciwa. Duit suda tarak. Dengan sapa mau pau. Dengan saya punya amma sudah malu nak mintak juga uang. Mahu pinjam ceti. Ceti, mana kamu?

Huh, abaikan. Duit, duit, duit. Duit bukan segalanya. Kita bukan hamba duit. Kan kan kan? =)

Back to the story, actually, saya tak reti pakai make-up. Dan tidak suka pakai make-up. Sebab bila saya pakai saya rasa macam ada segantang beras ditepek di muka. Yuckks. Ala, tapi pakai jugak. Hahahaha. Eh, tak de la. Saya tak reti. Pernah saya pakai make up bila keluar dating dengan bekas pakwe saya.

"Sayang pakai make up ke, sayang?"

"Ha'ah, kenapa?"

"Abang rasa sayang tak payah pakai make up la. Sayang lagi sesuai tak pakai. Natural beauty."

Haha. Gedik tak, gedik tak? Ala, padahalnya maksud terselindungnya begini.

"Kalau dah tak cantik tu, pakai make up lagi la tak cantik. Uh, TIDAKKKK!!!"

Yelah, sebab aku tak reti pakai make up. Bedak bertompok. Gincu merah macam Marilyn Monroe. Ah, mendiang dah dia. Malu beb bekas pakwe saya tu keluar dengan saya agaknya. Terus tak bersuap-suap bila makan. (Hah, saya tipu. Saya budak baik. Saya tak makan bersuap sebab saya berdikari. Indie.)

Kita kona balik. Saya tepek bedak baby Johnson je bila keluar. Kalau rasa nak up sikit, saya pakai lip balm, sebab bibir saya terlampau kering. Bibir saya amat gelap, sebab tu saya tak pakai gincu. Kalau saya tidor lambat or menangis, saya pakai la eye liner esoknya, sebab mata saya ni kacukan cina. Macam saya kata, mata saya aset saya.

 

  

Nampak mata saya? Bayangkan kalau mata saya bengkak. Kuncup terus.

Untuk perhatian, anda takkan nampak bulu mata saya dalam realiti. Dalam gambar boleh la spot kan? Sebab tu la saya keluar. Saya kan baik. Sebab dah bosan nak bawak bedak baby Johnson dalam beg, saya decide beli two way foundation yang berbrand ZA. Nak beli kapas muka jua. Then masuk Guardian. Spotted.
Cong ceng cong ceng, saya bertanya kepada penasihat guardian tu. Mana yang sesuai dengan muka. Cakap cakap cakap cakap dan cakap lagi. Tiba-tiba diorang berdua tu hilang. Uh. Pusing balik. 

Sila teka apa yang dua orang perempuan akan buat bila masuk Guardian.

Tekalah, tekalah.

Mereka berdua tengah make up guna tester. Yeah.



Tepat sekali! 

Teha tengah apply lip gloss kat bibir. Mengancam. Jealous, sebab bibir saya gelap. Dia cuba yang warna pink punya. Yuyuyu.. Orang putih memang nampak lawa. Haih. Tapi seperti biasa, saya tak tertarik untuk mencuba dan membeli. Sebab kalau saya pakai, sebijik nampak saya ni babun pakai gincu.



 Monyet ni tak pakai gincu la tapinya. (Ehsan Google)

Tiba-tiba teringat Kak Intan cerita pasal maskara. Haaaa... Ni yang best ni. Orang kata hidup ni kena cuba benda baru. Oh, ni alasan nak menghabiskan duit ye kawan-kawan. Jadi saya tanya Teha pasal maskara. 

"Eh, saya punya bulu mata ni tak nampak la. Agak-agak ada tak maskara yang boleh tanggal bila kena air? Kalau nak sembahyang senang sikit."

Dan sasarannya, tester! 

Teha : Yang ni macam Dya pakai.

Saya : Ok ke?

Teha : Macam Dya pakai tu lah.

Saya : (Angguk-angguk sambil membayangkan Dya. Ye, mata Dya nampak bulat dan besar gila.)

Baik, baik, guess berapa lama kitorang try satu persatu tester yang ada kat situ and cari maskara and buat pilihan? Haha. Boleh kata sampai ada seorang promoter yang langsung tak friendly bila nak tanya dia boleh mundar-mandir banyak kali depan kitorang kat tempat yang sempit tu. Nasib baik saya jahat. (Orang baik tak mengaku dia baik kan?) Saya buat-buat tanya supaya dia bosan ada kat situ. Yeay yeay. Dah, dah, cepat pergi...! Jahat kan...? =)


 
Ye. Akhirnya ini yang saya beli setelah nak dekat sejam memilih. (Ehsan Google)
Let's hope my face is not gonna be worst after all of these craziness. Puh.

Then, masa tunggu bus and dalam bus, we talked a lot about first impression, about what each think about each of us. So, that actually was fun! Maybe we can hang out together again kan? 
 
And to be honest, keluar dengan Teha buat saya sedar, saya perlu keluar dengan orang yang macam dia. I'm really glad God gave ways for me to actually mingle with her. Saya amat gembira keluar dengan kawan yang memberi manfaat, yang mengajak saya ke arah kebaikan. Saya amat gembira keluar dengan orang yang boleh mengubah diri dan persepsi saya dalam hidup. She did something, yes, even sampai sekarang saya masih memikir dan terfikirkannya. Thank you Allah.

No wonder my pak cik likes her. Hahah!

Huhu. Sedih, sedih. Hari Sabtu ni diorang semua nak pergi Kedah, Pak Cu bertunang, but I can't come along. Pity me. Tapi tak pelah. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik. =)

P/S : What ever happened, Mr. C, believe me, I still miss you. Oh God, kenapalah Mr. C tiba-tiba muncul dalam hidupkuh ni. Dugaan betul. Wuu... ='( Hah, Tirah gedik!

Tingling.

He's my first love and I'm glad I've realized that he's not the one. I opened my Tagged account and he's among the six who's popped up to be online. He's still the same, I believe. Flirting with girls, that makes him, him. But I'm not upset, just like I'm used to. Deep in my heart, I want him to be happy, I want him to be blessed. And I realized, I've forgiven him for treating me the way he treated me before. It's not easy for me to write this. This post is somehow a little bit 'touching' for me. He's the one who said that he doesn't want me anymore. He asked me to leave him, not to find him anymore. He's the one who said...

I DON'T LOVE YOU ANYMORE. Saya dah ada PENGGANTI awak.

Yes, it hurts me. Because he was the one who asked me to come back to him. He was the one who asked me to love him back like before. He was the one who want me to be the queen of his heart again.

But I don't know if it still hurt me now. I guess my feelings towards him just disappeared right after he told me that. That he doesn't need me anymore. Is that really love? I mean, is that what we called love? We had been together for 3 years. And the moment he actually told me, LOUD AND CLEAR, that he doesn't want me anymore, I left him without feeling sad or upset at all. And now I'm asking  myself. What have I experienced before this? Is it love?

I thought he was my first love. But the thing is, I don't feel that it was like that anymore. I wonder what is love. I wonder what it feels to be in love. I wonder what it feels to love somebody. Suddenly it flew away, leaving my heart with emptiness of love and being loved by others. Was love like being tortured everyday? Was it like... making us smile every time we think of him? Was it like....?

I don't know. I just don't know. That's why I decided to comment on one of his photo.

"You look smart in this pic, kawan."

And I realized, the sparks is not there.

I DON'T LOVE HIM. I was blinded by my feelings. And maybe you too, Mr. C. I just hate the fact that you don't really need me, but I think that's the best. I guess I better be go. I guess I just have to let my feelings leave my soul. It kinda confusing me, Mr. C. But I know the best answer for this.

WHAT YOU FEEL AND WHAT I FEEL IS NOT LOVE. RIGHT? So, that's it, Mr. C. I miss you. I really do. But let's end it here, now, shall we?

*sigh*

P/S : It's never to late to pull out. I'm giving myself chance not to love people. What I feel and what I want is two different things. But I'm not going to let myself to involve in relationshipsfeelings anymore. Done.

Tuesday, 2 March 2010

Tanda tanya.

Yes, you!

Aku pilih derita.

Hamba mahu bicara...

Ya, hamba faham. Hamba sedar hamba menggunakan aku di dalam blog ini. Mungkin ini menimbulkan tanda tanya kepada rakan-rakan hamba di luar sana. Bagi yang mengenali hamba, hamba amat jarang menggunakan aku dan kau dalam pergaulan bersama rakan-rakan. Bukan sengaja hamba mahu menampakkan sisi kelembutan hamba sebagai perempuan melayu yang err kedua terakhir, ye lah, hamba sedar siapa diri hamba. Uh. Kesilapan teknikal di situ.

Hamba sebenarnya selesa berbahasa sebegitu. Bukan apa, pengalaman mematangkan hamba. Hamba dikelilingi rakan seperjuangan yang kebanyakan lebih tua daripada hamba. Jadi, bagi mengingatkan diri hamba bahawa hamba tidak boleh berbuat sewenang-wenangnya, hamba pun lebih suka la kiranya berbasa basi saya dan awak kepada kenalan handai taulan hamba.

Sehinggalah semalam bila kenalan hamba si Kei mengutarakan soalan.

Kei : Awak, kenapa awak guna saya and awak tapi bila ramai-ramai guna korang?

Hamba : Uh?

Puas hamba menimbang tara dan menduga minda hamba mencari jawapan kepada persoalan hidup dan mati tersebut.

Ala, hamba tak kata hamba tak guna kau aku, I dan you, teman dan hokme. Hamba guna. Siapa kata hamba tak guna. Kan hamba kata, hamba masih dalam proses mengenali diri hamba. Bila hamba rasa selesa, hamba akan gunakan panggilan mengikut kesedapan hati hamba. Maka itu lebih enak dan bagus kan? Cuma hamba kurang gemar menggunakan I dan you. Hamba kan perempuan Melayu kedua terakhir.

Dan sebagai contohnya, dalam blog hamba sebelum ni, hamba gunakan aku merujuk kepada diri hamba. Kerana bila bermonolog, hamba lebih suka menggunakan aku. Dan bila hamba marah jua hamba terautomatiknya aku menggunakan aku dan kau. Tapi ini tidak teraplikasi pada Hafiz, Aswa, Naqib dan sesetengah yang terkecuali yang aku tak sebutkan nama-nama mereka. Dan sebagai bukti hamba tidak mencari lelaki-lelaki hensem untuk dijadikan pakwe, kebanyakan lelaki-lelaki hensem akan terautomatiknya dipanggil kau dan dibahasakan aku oleh hamba.

Jika tuan-tuan hamba mahu mendengar hamba membahasakan diri hamba sebagai aku, buatlah hamba marah, atau jadilah lelaki hensem. =) Hiah, Hafiz juga dah mahu menggunakan saya? Ya, hamba faham. Tuan hamba sayangkan hamba. XP Mati, mati hamba kalau Hafiz terbaca.

Dan sudah tiga hari jua hamba tidak mendengar berita dari Mr. Anonymous. Hamba tidak mahu mengganggu dirinya. Hanya mengenang dia dalam doa hamba. Hahaha.

P/S : By the way, Mr. Anonymous's mom will undergo an operation tomorrow. So, let us pray for her, shall we? May she be in good condition after the operation, without any complications. Mr. Anonymous (Later on known as Mr. C), I miss you. =)

Info : Pada zaman purbakala, teman itu dirujuk sebagai hamba abdi.

Kepada anda yang membaca...

Saya tidak pandai tulis blog. Dan blog saya amat tidak best. Saya amat tahu dan amat sedar. Dan makin hari, saya makin malas menulis. Sebab dalam blog ni, saya hanya menulis pasal kehidupan peribadi saya, Oh, tidak. Pasal skandal-skandal dan kisah cinta yang amat tidak best. Pasal kehidupan saya yang tak habis-habis main-main. That's why, don't bother me, if you are already bored with my blog.

Tapi saya masih mencari hala tuju saya.
Saya masih mencari siapa diri saya.
Saya masih meneroka hidup seorang (nama penuh saya).

Dan saya masih mencangkul erti hidup sebenar.

Saya masih mencuba bernafas pada ketinggian Gunung Everest untuk mencongak ruang lingkup kebebasan yang dipunyai oleh (nama penuh saya).

Oleh sebab itu, mulai detik dan ketika ini, saya kongsikan blog saya bersama tuan-puan, datuk nenek, tua muda, miskin kaya untuk sama-sama membantu saya membentuk diri saya ke arah yang lebih baik, -ehem-ehem- di dalam hidup, tak kira la dari segi sahsiah dan akhlak, membuat keputusan, dan juga membantu memperbaiki corak penulisan saya.

Saya masih merangkak, dan mencuba untuk bertatih. Saya masih mengintai sisi baru dalam dunia teknologi, dan saya masih kurang dari semua sudut yang saya telah nyatakan tadi. Maka, besarlah harapan saya bahawa anda, anda, dan anda semua memberi ruang dan menitip pandangan berguna untuk dijadikan bimbingan.

Saya selesa berbahasa kebangsaan, kerana dari saat saya ditiupkan roh dan berbahagia di dalam perut ibu saya, saya telah disogok dengan bahasa nusantara. Saya amat bangga dengan bahasa Melayu.

Namun begitu, beri saya ruang untuk meneruskan perjuangan saya di dalam penggunaan bahasa Inggeris, kerana saya telah memasuki fasa baru dan cuba melangkah dari dunia selesa untuk meneroka ruang lingkup yang lebih besar dan mencabar dalam hidup saya.

Dan maafkan saya sekiranya anda muak dengan kisah cinta dan kasih sayang saya. Itu adalah amat tidak dapat dielakkan. It's my nature.

P/S : I miss you. =p