Tuesday, 2 March 2010

Hamba mahu bicara...

Ya, hamba faham. Hamba sedar hamba menggunakan aku di dalam blog ini. Mungkin ini menimbulkan tanda tanya kepada rakan-rakan hamba di luar sana. Bagi yang mengenali hamba, hamba amat jarang menggunakan aku dan kau dalam pergaulan bersama rakan-rakan. Bukan sengaja hamba mahu menampakkan sisi kelembutan hamba sebagai perempuan melayu yang err kedua terakhir, ye lah, hamba sedar siapa diri hamba. Uh. Kesilapan teknikal di situ.

Hamba sebenarnya selesa berbahasa sebegitu. Bukan apa, pengalaman mematangkan hamba. Hamba dikelilingi rakan seperjuangan yang kebanyakan lebih tua daripada hamba. Jadi, bagi mengingatkan diri hamba bahawa hamba tidak boleh berbuat sewenang-wenangnya, hamba pun lebih suka la kiranya berbasa basi saya dan awak kepada kenalan handai taulan hamba.

Sehinggalah semalam bila kenalan hamba si Kei mengutarakan soalan.

Kei : Awak, kenapa awak guna saya and awak tapi bila ramai-ramai guna korang?

Hamba : Uh?

Puas hamba menimbang tara dan menduga minda hamba mencari jawapan kepada persoalan hidup dan mati tersebut.

Ala, hamba tak kata hamba tak guna kau aku, I dan you, teman dan hokme. Hamba guna. Siapa kata hamba tak guna. Kan hamba kata, hamba masih dalam proses mengenali diri hamba. Bila hamba rasa selesa, hamba akan gunakan panggilan mengikut kesedapan hati hamba. Maka itu lebih enak dan bagus kan? Cuma hamba kurang gemar menggunakan I dan you. Hamba kan perempuan Melayu kedua terakhir.

Dan sebagai contohnya, dalam blog hamba sebelum ni, hamba gunakan aku merujuk kepada diri hamba. Kerana bila bermonolog, hamba lebih suka menggunakan aku. Dan bila hamba marah jua hamba terautomatiknya aku menggunakan aku dan kau. Tapi ini tidak teraplikasi pada Hafiz, Aswa, Naqib dan sesetengah yang terkecuali yang aku tak sebutkan nama-nama mereka. Dan sebagai bukti hamba tidak mencari lelaki-lelaki hensem untuk dijadikan pakwe, kebanyakan lelaki-lelaki hensem akan terautomatiknya dipanggil kau dan dibahasakan aku oleh hamba.

Jika tuan-tuan hamba mahu mendengar hamba membahasakan diri hamba sebagai aku, buatlah hamba marah, atau jadilah lelaki hensem. =) Hiah, Hafiz juga dah mahu menggunakan saya? Ya, hamba faham. Tuan hamba sayangkan hamba. XP Mati, mati hamba kalau Hafiz terbaca.

Dan sudah tiga hari jua hamba tidak mendengar berita dari Mr. Anonymous. Hamba tidak mahu mengganggu dirinya. Hanya mengenang dia dalam doa hamba. Hahaha.

P/S : By the way, Mr. Anonymous's mom will undergo an operation tomorrow. So, let us pray for her, shall we? May she be in good condition after the operation, without any complications. Mr. Anonymous (Later on known as Mr. C), I miss you. =)

Info : Pada zaman purbakala, teman itu dirujuk sebagai hamba abdi.

No comments: