Monday, 18 October 2010

Sudah tetapkan hati agaknya.

Aku selalu pergi kelas and cuba masukkan diri aku dalam group-group tu.

Aku cuba senyum dan tegur mereka.

Aku cuba ramah dan manis muka.

Kadang-kadang aku cuba ceria.

Kadang-kadang aku malas cara, bila aku lihat mereka bersembang sesama mereka.

Sedang aku sayu dan pilu bila mereka tinggalkan aku.

Aku sedih bila tiap kali aku jejak kaki ke kelas, bila aku senyum, orang paling muka daripadaku.

Aku sunyi bila aku di situ dan semua orang diajak untuk makan bersama, tapi tiada yang peduli kehadiranku di situ.

Aku cuma mampu melihat, memandang, bila mata mereka terus lari dari menatap mataku.

Bila aku ketawa, mereka tidak ikut ketawa. Bila aku senyum, jelas mata yang melirik tajam.

Aku sedih bila aku cuba untuk bercakap dan mengadu tetapi telinga yang mendengar terus lari dariku. Mungkin sudah lali dengan kata-kataku. Mungkin mereka cemuh kata-kataku.

Mungkin mereka lelah dengar kata-kataku yang banyak mengeluh. Kerana semua salahku.

Hanya aku yang rasa bila aku tidak perlukan lirikan itu, aku lihat sepasang mata melirik tajam kearahku.

Hanya aku yang merasa bila aku perlukan perhatian itu, semua berpaling.

Hanya aku yang terasa bila mereka tidak pernah melihat ke arahku.

Tapi mungkin kini, sudah sampai masa aku hidup dalam dunia yang betul-betul sendiri.

Dunia sebati yang dah aku jumpa dan hidup dalamnya beberapa tahun kebelakangan ini.

Aku sudah tak mahu peduli.

Kerana hanya aku yang merasa kepedihan ini.

Aku sudah puas disalah tafsir. Sudah puas dibuli. Sudah puas dicemuh dan disalah anggap.

Bila mana aku dituduh pura-pura sakit oleh kawan yang aku percaya kerana tak nampak di mata. Aku biarkan.

Bila mana aku ditinggalkan dengan alasan aku menyusahkan.

Bila mereka mencemuh bila tak penuh kehadiran, walau tiada yang tahu kenapa aku lebih cenderung memonteng bila aku sakit.

Tiada siapa yang tahu betapa sedihnya hati aku setiap kali melangkah ke kelas. Bila aku senyum dan senyuman itu tak berbalas.

Hanya aku yang tahu bila tangisan malam hanya untuk mereka.

Hanya aku yang tahu, bahawa kali ini, jiwa aku sudah tak terbuka untuk mereka. Mereka harus aku lepaskan pergi.

Maaf jika jiwa aku lemah. Maaf jika aku tak mampu menerima.

Bukan aku tak cuba. Tapi aku telah terlalu terbuka.

Aku perlu berlari. Berseorangan kini.

Allah ada. Biar mereka tertawa. Aku tumpang gembira. Tapi aku juga perlu melangkah.

JAUH DARI MEREKA, WALAU DALAM SATU KAPAL YANG SAMA.

Hati, perasaan. bersemadi dengan aman.
Tuanmu punya masalah, dengan diri sendiri.
Bukan dihukum ke luar badan.
Sabar duhai hati. Tuanmu mahu mengikut haluan akal kali ini.

Ini post terakhir dari saya dalam blog ini. Blog ni dah simpan seribu satu pengalaman dalam hidup saya. Saya dah puas menangis dan tertawa. Tapi malangnya, definisi sahabat itu tak tertunjuk pada semua. Saya manusia biasa yang penuh salah khilaf. Saya perlu bimbingan bukan lirikan, sisihan dan cemuhan. Pada anda semua sahabat yang baik, anda semua saya sayang. Tak ternampak begitu mungkin, saya tahu.

Tapi bila sayang tu membunuh saya perlahan-lahan, saya harus pergi. Saya terlalu makan hati. Ini mungkin dugaan saya. Saya terima. Semoga anda semua bahagia.

With love,

Athirah.

=)

Saya bahagia tengok korang bahagia....