Monday, 15 March 2010

Empat

Bus berhenti di R&R Temerloh atas permintaan seorang abang yang berbaju oren. Sejuk sangat kot.

"20 minit!" Dan semua orang turun. Dan saya pandang sebelah. Dia berdiri. Alamak, dia nak keluar. Beg biru yang berat dan penuh tu pun diangkat. Eh, tiba-tiba seorang nenek nak keluar. Apa nak buat ni? Macam-mana ni? Nak letak kat mana ni? Ah, terpusing-pusing dah ni.

Dan tiba-tiba terasa beg tersebut berpindah tangan ke tangan yang lain. Si dia di sebelah ambik beg yang berat tu and letak dekat tempat duduk dia and senyum. =) Terima kasih kerana memahami... And saya pun memberi laluan untuk dia jalan sebab saya tak keluar. Agaknya dia nampak saya kalut. Aaahhh. Sekali lagi malu.. 

No comments: