Saya tahu, iman saya memang terduga. Saya tahu, pedih di ulu hati saya memang tak tersembuh sampai bila-bila. Ironi, sebab saya maafkan awak. Tapi saya masih termenung, kala teringat kisah-kisah kita. Saya masih kuat memecah benteng-benteng memori yang kita cipta bersama. Saya masih meniti satu persatu cerita-cerita kita. Walau kuat hati saya menjauhi. Awak...
Saya tidak mahu bercerita mengapa kita menjadi sebegini. Kita sudah sama-sama dewasa, dan kerana itu kita di sini. Awak melangkah menuju jalan-jalan yang dicipta dengan pilihan yang awak tentukan sendiri. Dan saya masih di sini. Bezanya, saya sudah lama tidak menunggu awak. Saya masih di sini, mengintai masa-masa lalu yang kita tinggalkan bersama, jalan cerita yang kita karang bersama masih tidak samar, masih utuh berada di situ. Saya masih memetik rangkai-rangkai harapan yang tak terkesan, saya masih berharap bahawa saya masih yang terbaik, saya masih tak terganti, saya masih di hati.
Tapi kita sama-sama tahu itu tidak berlaku. Dan sehingga saat dan detik ini, saya masih mencari jalan yang harus saya lalui. Saya masih terkuis-kuis mahu melangkah, kerana saya masih tidak bersedia. Dan paradigma itu masih tak teranjak. Dan horizon itu masih terlalu jauh. Tapi saya sudah lelah. Kaki masih tidak tergerak. Saya sudah tidak mengejar, tetapi membuat keputusan untuk jalan yang berbeza sudah tidak saya temui kekuatannya.
Ironi. Saya masih di sini.
Dan saya masih rindu.
Dan saya makin sunyi.
2 comments:
wish i could write straight from my heart like you did. :D
pajid : =)
Post a Comment