Saturday, 20 March 2010

Kata banyak kerja, tapi update blog ada pulak masa, kan? =P

Hari ini saya penat amat, tapi bila dengar ibu kata sabar, saya sabar. Sebabnya, saya tahu ibu saya lagi penat. Dan kepenatan ibu adalah disebabkan nak suap mulut saya yang comel lote ni makan, nak sedapkan badan saya yang kurus keding ni selesa di atas muka bumi ni, nak ubat muka, mata dan gigi saya bla bla bla. Bila saya dengar ibu yang baru balik dari Kelantan semalam sebab outstation seminggu tak dapat nak rehat sebab esok kena pergi Terengganu, saya tak jadi nak mengeluh. Aduh, ibu lagi penat. Nak buat kerja audit bukan senang. Lagi susah daripada nak buat assignment.

So, saya jadi bersyukur kejap. Nanti kalau saya kerja agaknya lagi penat. So, buat sementara waktu ni, saya mahu enjoy and have fun dulu sambil berflirt. Ehem. Okeh, okeh, taubat jugak nak flirt. Tak nak habiskan duit ibu untuk perkara tak berfaedah. So, sebab tu dah lama tak keluar duit untuk topup, baju, kasut, bla-bla-bla. I mean, barang keperluan untuk wanita. Haha. Bravo Athirah!!! *clap clap*

I mean this is my to-do-list for this upcoming 4 week.

21 - classroom observation
22 - finishing presentation for sociology
     - literature
23 - presentation for sociology
     - quiz lit
     - finishing cluster school presentation
24 - cluster school presentation
26 - Quiz PELT


29 - Discussion for Lead Discussion
30 - Presentation Sociology
1   - Finishing CTU - Fenomena keruntuhan akhlak dan kesannya kepada agama dan negara
3   - Finishing newspaper cutting & sociology project (sex education)

5   - Presentation for Lead Discussion
     - Summary - Ethics
7   - Presentation CTU
9   - Quiz 2 Lit
10 - Journal Lit

13 - Submission - Portfolio, Group Written Assignment, Ethical Dilemma Report, Ethics Summary
15 - Submission of Project Case Study - comparison of M'sia Education System with United States
16 - Submission of Lit Journal

So, sapa kata belajar TESL tak cukup mencabar. Penat memerah otak anda tahu?

Tapi saya cuba okeh, saya cuba buat sedaya upaya dan sehabis baik. Yeah, that's the spirit! Hohoho.

Okeh, hari ni I learnt something from Lit class. Saya amat malu sebenarnya dengan Miss Shima. Saya masih tak dapat nak improve presentation saya, tu yang amat saya kesalkan. Tapi saya tetap layangkan tabik spring pada Miss, Miss, you are still an angel, Chewwah. Hehe. Bukan sebab nak markah lebih ok? Tapi saya amat-amat menghormati lecturer seperti dia yang amat professional dan amat menyentap dan menyentuh hati dan perasaan pelajar-pelajar dia.

Teguran yang memang berhalus, tak tinggi suara langsung, tapi ada nada kecewa dalam tuturnya. Tapi itu yang menyentuh. Dia tak perlukan jerit pekik, hentam emo, tak perlukan perubahan riak muka, cukup dengan teguran yang amat berhemah tapi ada ketegasan dalam kata-kata. Hormat itu ada, dan sentiasa ada. Dan sebagai timbal balik, dia memang layak dan cukup sebab untuk dihormati.

Dan kalau, KALAU, ok, saya jadi lecturer, or even jadi cikgu pun, saya akan bawak pengajaran tu sampai mati. Saya faham erti professional kerana dia. And paling saya suka, saya suka jadi tenaga pengajar, dan mungkin terbuka hati satu hari nanti, mungkin kerana dia.

She's an inspiring lecturer. Serius, I'm impressed.

Outstanding BRAVO for you, Miss!  

P/S : Tak sampai 1 minit, roommate saya dah lelap and tenggelam dalam lena. Gila terer.

No comments: