Life begins at 40. And that only is applicable to men. So are we, women theoretically began life since our birth? 40 really make us women terrified then. We are afraid to lose our husband to another woman, second, third or fourth wife maybe. Or maybe, women are afraid to be a second, third or fourth wife, during this age. Padan lah lelaki dah mula nak bermanja-manja dengan isteri dia masa umur dia 40 tahun dan ke atas. Perubahan hormon rupanya. Padan lah.
Berkawan, we have lots. Uh, believe me, it's not me alone who have friends and get into scandalous relationships with almost every men I've met. Uh, what I meant was, I enjoy having relationships with all the boys and men. It's not that I'm cheeky. It is just a relationship. Uh, maybe relationships. Nothing special.
Nazif kata masa kitorang lunch tadi;
"Athirah ni nampak je gini, tapi aku baru tau dia banyak skandal"
"Kau pun salah seorang yang pernah jadi skandal dia jugak" Mijah balas balik.
"Aih, kita kawan-kawan je"
Yeah. Pernyataan tu. Pada orang, itu SKANDAL. Pada aku, and orang macam aku, a.k.a Nazif, itu hanya kawan. Bukan main hati. Dalam hati tak ada rasa. Cukup sekadar kawan. Memang orang tengok rapat. Orang tengok je la kan. Bohong kalau tak ada getarnya kan. Tapi getarnya tak mengeluarkan percikan. Haha. Tak faham? Jadi, abaikan.
Bercinta. Cinta tu apa? Apa tu cinta? Cinta itu monyet? Kenapa ada cinta monyet? Sebab monyet tu macam ni. Dia suka tukar-tukar pasangan. Sekejap dia mengusha monyet betina ni. Sekejap dia mengusha monyet betina tu. Eh, tak betul yek? Hahaha. Sori soru. Tak betul rupanya pemahaman tu. Maaf, maaf. Aku tak tahu. Sebab aku tak pernah faham apa itu cinta yang sebenar.
Aku pernah kata aku pernah bercinta. Ye. Sebab aku rasa sayang pada dia. Sebab aku tak boleh lupa dia. Sebab aku banyak korbankan perasaan aku, masa, tenaga, wang ringgit untuk dia. Sebab aku pernah gila-gila setia dengan dia. Sebab aku pernah cemburu tahap gaban, tahap nak mampus dengan dia. Sebab aku, aku, aku, err.... etc., etc...
Oh, tapi ITU DULU.
Maaf aku kata kalau aku tiba-tiba tersedar yang apa yang aku anggap cinta dulu tu bukan cinta. Cinta tu satu komitmen bagi aku. Jadi kalau tak mahu berkomitmen, jangan bercinta. Mahu berkasih sayang? Ye, silakan. Berkasih sayanglah selagi adanya kasih sayang tu. Tapi bila kasih dan sayang dah hilang, apa yang kita kena buat? Tinggalkan dia? Ye. tinggalkanlah. Sebab kasih sayang dah tak ada. Nampak? Semua tu
Berkahwin. Bila dah bercinta, bila dah mula sedia berkomitmen, bila duit dah cukup dan semua dah sempurna, kecuali kosong hidup tanpa teori law of attraction dalam hidup, masa itulah keinginan untuk hidup berdua, bertiga dan bersepuluh untuk yang berangan-angan nak anak sebanyak pemain hoki membara, dan masa itulah timbulnya persoalan. Bila mahu kahwin? Dengan siapa mahu kahwin? Orang mana, anak siapa? Umur dah lanjut, takkan tak teringin nak kahwin lagi? Orang sebelah tu dah ada anak 11 dah. Eh, adik dah bertunang, awak bila lagi?
Aaahhh... Takkan nak kata, persetan semua itu. Takkan nak kata, ala, anak mak cik pun apa kurangnya. Lanjut usia jua. oh, mak saya tak ajar itu semua. Mak saya tidak ajar saya untuk jadi kurang ajar sebegitu rupa. Jadi, apabila persoalan tersebut dibangkitkan, saya memahami buah delima insan yang merasa. Macam mana pak cu aku terkulat dan pak mbong aku tersengih sumbing bila arwah nenek aku bertanya, "Hah, bila lagi nak kahwin?". Tett.
La, ingat mahu kahwin ini senang ke? Bapa saudaraku mengambil keputusan untuk enjoy selama 31 tahun sebelum membuat keputusan untuk settle down. Baru mengambil keputusan tu. Dan aku ini saksi segalanya. Ya, memang payah mahu kahwin. Bukan boleh sekadar nyanyi "Oh, mama, saya mahu kawwen. Kawwen dengan sapa saja, dengan anak raja." Oh, itu lagu aku. Bukan lagu orang.
Dan, dang! Tiba-tiba kegusaran. Kalau hidup lelaki bermula pada umur 40 tahun, dan demi memahami dunia rumah tangga pada zaman sekarang, adalah amat harus aku berkahwin dengan insan yang mungkin 10 tahun lagi tua. Ok2. Kita naikkan sikit possibility tu, kepada paling muda 4 atau 5 tahun lagi tua. Apa guna aku belajar Mathematics yang memperkotak-katikkan minda aku pada akhirnya kalau tidak diaplikasi di sini. -Oh, lupa. Aku budak sastera.- Kenapa aku kata begitu? Sebab aku nak mengurangkan possibility atau dengan kata lainnya dalam bahasa kebangsaan aku, kebarangkalian untuk suami aku cuba menggatal dengan perempuan lain berpaksikan alasan yang paling bagus dan amat penting untuk lelaki, sebab aku tak layan
Dan tiba-tiba aku jatuh jealous pada Raifana, teman sepermainan aku sebab dah ada boyfriend yang 5 tahun lagi tua. Hahaha. Tapi apa yang pasti, itu semua cuma usaha. Kita tak boleh kata apa-apa pada takdir Allah pada akhirnya. Mengelaklah tahap macam mana pun, kalau suami kita itu seorang yang mudah berpaling hatinya pada umur 40 tahun dan ke atas kerana kononnya, hidup beliau bermula pada tahun 40, kita juga akan terganti akhirnya. Macam
"Bila dah couple lama-lama, lain la dia punya sayang. Bila kita mula-mula couple lain die punya sayang jugak. Tapi still sama, tak ada beza. Sayang jugak. Macam kita beli kereta baru. Kita rasa sayang sebab baru dapat. Kalau kereta lama, kita sayang sebab dia dah lama berjasa dengan kita."
See?
Sebab tu la jugak punca orang bercerai. Sape sanggup tahan balik rumah, tengok rumah kosong, suami tak ada kat rumah. Malam-malam tidur atas katil sorang-sorang, suami balik rumah belah sana. Kita pulak sunyi sorang-sorang dekat rumah ni. Sape tak sendu, tak rasa pedih di ulu hati. Sape tak jealous, belah sana dapat bantal peluk, kita pulak peluk bolster je la kat rumah. Hah. Ayat mengancam tak? Dey, sebab tu isteri yang reda, dapat payung emas kat syurga. Tapi untuk peringatan, tu kalau kita dapat masuk syurga la kan?
Bercerai, sebab suami kita ada perempuan lain, abai nafkah, abai anak bini. Tak cukup duit nak tanggung semua. Suami angkat tangan selalu bila balik rumah. Perengus, macam-macam la. Balik je rumah parang terbang melayang. Tak tahan kena sepak terajang. Silap-silap kita pulak yang terkangkang. Menangis tak dok lagu la doh. Uh.
Dan aku faham kenapa Shila tak nak kahwin. Dan aku faham isi hati aku yang walaupun nak gila ada baby tapi tak sanggup nak kahwin. Hah, kan dah kantoi. Walaupun aku ada perasaan berkasih sayang, tapi aku tak teringin untuk membina keluarga...lagi. Hahaha. Walau ada
Tapi persepsi aku pernah berubah dulu. DULU. Dan kini telah hancur, jadi menambahkan prejudis aku kepada institusi perkahwinan yang suci. Mungkin aku paranoid membaca kisah-kisah kegagalan rumah tangga di dada-dada akhbar. Ya, mungkin jua aku sekadar paranoid.
Dan yang paling aku pelik, kenapa aku perlu fikir semua ni walaupun umur aku baru 19 tahun?
3 comments:
men's life start at 40 is just a proverb babe.. takyah kesah pn. or should I? ahaha
like sgt ending. ahaha
men's life starts at 40 is just a proverb la babe.. takyah kesah pun. Or shud I?ahaha
like sgt ending. ahaha
If it's a proverb,it's a must to be considered for me la. Old folk knows better,babe. Haha. Lgpun kajian has proved,hormon lelaki start umur 40 makin naik.. So you should be worried.. Btw, thank you for stopping by,pajid. Do visit my bloggie again in d future, okies?
Post a Comment