Sampai-sampai je kat Kuantan, pergi shopping barang-barang dengan ibu and abah dekat Giant. Seriously, I love to go out JUST with my parents. It's not like I'm not interested to go hang out dengan siblings jugak, tapi that's when I feel like my mom and dad actually pay 100 percent attention to me. Well, I'm the oldest, and rarely did they really make out for a real conversation with me. I don't regret, though. Oh, I love to spend time with my father. Little do we make conversation, but when we did, I love it! I just love it, I don't know why. I love to force them to listen to my complaint of little things, I love to make them realize how glad am I to see them, to talk to them, and I love them very much. LOL.
Kawan-kawan aku ramai cakap diorang takut tengok ibu dengan abah. Hehe. Aku mengaku la, aku pun takut dengan abah. Haish, biasalah, kalau dah namanya anak. Ramai je cakap, I resembles my father a lot. Like every single thing. Tapi kitorang macam tak rapat je. We talk bila perlu. Nak mintak apa-apa pun, aku tak mintak dengan abah. Puas la ibu dengan Uyuun bersyarah dengan aku. Tak jalan... I don't know why aku jadi macam tu. Maybe sebab abah tegas sangat dengan aku. Sebab aku ni degil sikit. Dari kecik lagi, aku selalu kena rotan. Pernah satu hari tu, sebab aku tak balik even lepas azan maghrib, abah cari aku satu taman, pastu aku kena bambu. Yo, sakit wo. Aku tinggal solat, memang sah-sah kena rotan. Selalu aku rasa abah tak sayang aku. Seriously, when it comes to me, abah becomes very strict. I must do everything almost perfect, like every single things.
Duduk kat rumah, after solat Subuh, kalau ada menda dalam sink tu, memang abah gerak aku semata-mata suruh basuh all the things dalam sink tu. Pastu pukul 10 kena bangun, ambik Buntat dengan Syiqin daripada Kafa. Pastu tengah hari kena tahu Syiqin dengan Buntat makan ke tak. Every single thing. Aku kan pemalas. So, kadang-kadang rasa macam Ya Allah, tolonglah, apasal semua menda aku kena buat. Seriously, terpaksa admit aku memang pemalas. Hahaha. Semua menda kena suruh ayah aku push dulu baru kena buat.
But little things yang abah did for me really touch my fragile heart. He hugged and kissed me on the forehead when I got straight A's in PMR. It is soooo unexpected. Really, sebak rasa masa tu. Ye lah, he had just arrived from K.L, and I want to show him my result, and suddenly he hugged me. Air mata dah rasa nak bergenang dah masa tu. Tapi mana boleh tunjuk kan. Hahaha.
Masa dia nak hantar aku balik hostel kat Bukit Sekilau, aku tak bagitahu pun aku selsema. Rasa macam nak demam pun masa tu. Sebelum sampai kat hostel, dia singgah kat farmasi. I thought abah nak beli something untuk dia. Then, dia masuk kereta, dia hulur ubat selsema untuk aku. Wuu.
Banyak lagi, tapi malas nak mention. Haha. My father and I memang awkward, disahkan oleh kawan-kawan aku, tapi deep down in my heart, abah, you are the best abah in the world. Yeah! Sorilah sebab akak jadi anak sulung yang paling tak best, pemalas, terok,
segala macam makneka ada. <--- ayat ibu aku. bukan salah eja.
Balik rumah, memang penat. Sebab dah jadi rutin, balik je rumah perkara pertama kena buat is KEMAS BILIK. Dah lah penat duduk lama-lama dalam bas, pastu kena kemas bilik pulak. Macam tak pernah kemas 18 tahun. Mental betul. Tapi aku kan baik. (Wahaha) Kemas la jugak, walaupun rasa macam nak jadi monster dah kat adik aku. Boleh pulak dia duduk bersenang lenang depan desktop gelak kuat-kuat. Cis.
And hari ni, after Subuh, aku tak tido balik. Mengemas rumah ni, kesian kat ibu. And sebenarnya mata aku pun tak tahan tengok. Puas sangat dapat balik rumah, kemas rumah tu. OOOOO. Heaven. Sangat seronok. Wahaha. And terpaksa buat-buat macam nak mengamuk dengan adik-adik aku, supaya diorang bergerak, tak membesarkan punggung and badan melepak depan desktop and tv, and tolong aku buat kerja rumah. Padahal bukan nak marah sangat pun.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Sangat pelik bila balik rumah and puff, everything changes.
Uyuun- kiri sekali.
Dia ni la dulu menangis selalu bila kena pergi kelas. Kerja dia menangis je. Jenuh telinga dengar. Tak boleh blah, ponteng sekolah menyorok bawah longkang belakang rumah orang. Bila orang balik sekolah, dia buat muka selamba je balik rumah. She was just like 8 years old je masa tu. Adventurous sungguh. Kerja sekolah tak nak siapkan. Bila cikgu tanya mana kerja sekolah, dia buat-buat cari buku dalam beg dia sampai kelas tu habis. Hahaha.

Ni minah ni sekarang. Tengah tunggu result SPM. Tinggi melonjong dah. Oh, sungguh tak berkongsi genetik dengan dia. Korean addict. Sengal betul.
------------------------------------------------------------------------------------------
Fikri
Kecik-kecik dulu, selalu nyanyi lagu nasyid. Sebijik macam anak cina. Wahaha. Okeh, dia tak suka perempuan gedik. Itu pantang.
Dulu dia selalu merungut sebab dia kecik. Tapi kejap je dia dah besar. Nak sama tinggi dengan aku dah. Suara pun dah pecah. Dulu nampak macam perempuan, tapi sekarang dah nampak la macam lelaki. Amat rajin and pembersih. Bilik dia amat kemas, ok.
--------------------------------------------------------------------------------------------

As time passes by...
Syiqin and Syukri. Love them both.
------> Rindu mereka wo. They grown up as beautiful creatures, and I'm soooooooo proud. Sila membesar jadi beauty (inner and outer) with brain, and make ibu, abah and me proud, sibs.
------------------------------------------------------------------------------------
You, I'm glad you texted me, finally. =)
It completed my day.
Really miss you. A promise is still a promise, though.
I won't text you, until I have neutralized this feelings.
------------------------------------------------------------------------------------
Tok, Ayu tak balik ikut ibu petang ni. Tapi Ayu selalu doakan tok. Rest in Peace.
I will miss you, always and forever...
No comments:
Post a Comment