Tuesday, 2 March 2010

Hamba mahu bicara...

Ya, hamba faham. Hamba sedar hamba menggunakan aku di dalam blog ini. Mungkin ini menimbulkan tanda tanya kepada rakan-rakan hamba di luar sana. Bagi yang mengenali hamba, hamba amat jarang menggunakan aku dan kau dalam pergaulan bersama rakan-rakan. Bukan sengaja hamba mahu menampakkan sisi kelembutan hamba sebagai perempuan melayu yang err kedua terakhir, ye lah, hamba sedar siapa diri hamba. Uh. Kesilapan teknikal di situ.

Hamba sebenarnya selesa berbahasa sebegitu. Bukan apa, pengalaman mematangkan hamba. Hamba dikelilingi rakan seperjuangan yang kebanyakan lebih tua daripada hamba. Jadi, bagi mengingatkan diri hamba bahawa hamba tidak boleh berbuat sewenang-wenangnya, hamba pun lebih suka la kiranya berbasa basi saya dan awak kepada kenalan handai taulan hamba.

Sehinggalah semalam bila kenalan hamba si Kei mengutarakan soalan.

Kei : Awak, kenapa awak guna saya and awak tapi bila ramai-ramai guna korang?

Hamba : Uh?

Puas hamba menimbang tara dan menduga minda hamba mencari jawapan kepada persoalan hidup dan mati tersebut.

Ala, hamba tak kata hamba tak guna kau aku, I dan you, teman dan hokme. Hamba guna. Siapa kata hamba tak guna. Kan hamba kata, hamba masih dalam proses mengenali diri hamba. Bila hamba rasa selesa, hamba akan gunakan panggilan mengikut kesedapan hati hamba. Maka itu lebih enak dan bagus kan? Cuma hamba kurang gemar menggunakan I dan you. Hamba kan perempuan Melayu kedua terakhir.

Dan sebagai contohnya, dalam blog hamba sebelum ni, hamba gunakan aku merujuk kepada diri hamba. Kerana bila bermonolog, hamba lebih suka menggunakan aku. Dan bila hamba marah jua hamba terautomatiknya aku menggunakan aku dan kau. Tapi ini tidak teraplikasi pada Hafiz, Aswa, Naqib dan sesetengah yang terkecuali yang aku tak sebutkan nama-nama mereka. Dan sebagai bukti hamba tidak mencari lelaki-lelaki hensem untuk dijadikan pakwe, kebanyakan lelaki-lelaki hensem akan terautomatiknya dipanggil kau dan dibahasakan aku oleh hamba.

Jika tuan-tuan hamba mahu mendengar hamba membahasakan diri hamba sebagai aku, buatlah hamba marah, atau jadilah lelaki hensem. =) Hiah, Hafiz juga dah mahu menggunakan saya? Ya, hamba faham. Tuan hamba sayangkan hamba. XP Mati, mati hamba kalau Hafiz terbaca.

Dan sudah tiga hari jua hamba tidak mendengar berita dari Mr. Anonymous. Hamba tidak mahu mengganggu dirinya. Hanya mengenang dia dalam doa hamba. Hahaha.

P/S : By the way, Mr. Anonymous's mom will undergo an operation tomorrow. So, let us pray for her, shall we? May she be in good condition after the operation, without any complications. Mr. Anonymous (Later on known as Mr. C), I miss you. =)

Info : Pada zaman purbakala, teman itu dirujuk sebagai hamba abdi.

Kepada anda yang membaca...

Saya tidak pandai tulis blog. Dan blog saya amat tidak best. Saya amat tahu dan amat sedar. Dan makin hari, saya makin malas menulis. Sebab dalam blog ni, saya hanya menulis pasal kehidupan peribadi saya, Oh, tidak. Pasal skandal-skandal dan kisah cinta yang amat tidak best. Pasal kehidupan saya yang tak habis-habis main-main. That's why, don't bother me, if you are already bored with my blog.

Tapi saya masih mencari hala tuju saya.
Saya masih mencari siapa diri saya.
Saya masih meneroka hidup seorang (nama penuh saya).

Dan saya masih mencangkul erti hidup sebenar.

Saya masih mencuba bernafas pada ketinggian Gunung Everest untuk mencongak ruang lingkup kebebasan yang dipunyai oleh (nama penuh saya).

Oleh sebab itu, mulai detik dan ketika ini, saya kongsikan blog saya bersama tuan-puan, datuk nenek, tua muda, miskin kaya untuk sama-sama membantu saya membentuk diri saya ke arah yang lebih baik, -ehem-ehem- di dalam hidup, tak kira la dari segi sahsiah dan akhlak, membuat keputusan, dan juga membantu memperbaiki corak penulisan saya.

Saya masih merangkak, dan mencuba untuk bertatih. Saya masih mengintai sisi baru dalam dunia teknologi, dan saya masih kurang dari semua sudut yang saya telah nyatakan tadi. Maka, besarlah harapan saya bahawa anda, anda, dan anda semua memberi ruang dan menitip pandangan berguna untuk dijadikan bimbingan.

Saya selesa berbahasa kebangsaan, kerana dari saat saya ditiupkan roh dan berbahagia di dalam perut ibu saya, saya telah disogok dengan bahasa nusantara. Saya amat bangga dengan bahasa Melayu.

Namun begitu, beri saya ruang untuk meneruskan perjuangan saya di dalam penggunaan bahasa Inggeris, kerana saya telah memasuki fasa baru dan cuba melangkah dari dunia selesa untuk meneroka ruang lingkup yang lebih besar dan mencabar dalam hidup saya.

Dan maafkan saya sekiranya anda muak dengan kisah cinta dan kasih sayang saya. Itu adalah amat tidak dapat dielakkan. It's my nature.

P/S : I miss you. =p

Tuesday, 23 February 2010

Berkawan,bercinta,dan berkahwin.... Dan bercerai?

Ini yang best dalam kelas Mr. Black.

Life begins at 40. And that only is applicable to men. So are we, women theoretically began life since our birth? 40 really make us women terrified then. We are afraid to lose our husband to another woman, second, third or fourth wife maybe. Or maybe, women are afraid to be a second, third or fourth wife, during this age. Padan lah lelaki dah mula nak bermanja-manja dengan isteri dia masa umur dia 40 tahun dan ke atas. Perubahan hormon rupanya. Padan lah. Gatal miang semacam je. Hah. Statement mengancam.

Berkawan, we have lots. Uh, believe me, it's not me alone who have friends and get into scandalous relationships with almost every men I've met. Uh, what I meant was, I enjoy having relationships with all the boys and men. It's not that I'm cheeky. It is just a relationship. Uh, maybe relationships. Nothing special.

Nazif kata masa kitorang lunch tadi;

"Athirah ni nampak je gini, tapi aku baru tau dia banyak skandal"

"Kau pun salah seorang yang pernah jadi skandal dia jugak" Mijah balas balik.

"Aih, kita kawan-kawan je"

Yeah. Pernyataan tu. Pada orang, itu SKANDAL. Pada aku, and orang macam aku, a.k.a Nazif, itu hanya kawan. Bukan main hati. Dalam hati tak ada rasa. Cukup sekadar kawan. Memang orang tengok rapat. Orang tengok je la kan. Bohong kalau tak ada getarnya kan. Tapi getarnya tak mengeluarkan percikan. Haha. Tak faham? Jadi, abaikan.

Bercinta. Cinta tu apa? Apa tu cinta? Cinta itu monyet? Kenapa ada cinta monyet? Sebab monyet tu macam ni. Dia suka tukar-tukar pasangan. Sekejap dia mengusha monyet betina ni. Sekejap dia mengusha monyet betina tu. Eh, tak betul yek? Hahaha. Sori soru. Tak betul rupanya pemahaman tu. Maaf, maaf. Aku tak tahu. Sebab aku tak pernah faham apa itu cinta yang sebenar.

Aku pernah kata aku pernah bercinta. Ye. Sebab aku rasa sayang pada dia. Sebab aku tak boleh lupa dia. Sebab aku banyak korbankan perasaan aku, masa, tenaga, wang ringgit untuk dia. Sebab aku pernah gila-gila setia dengan dia. Sebab aku pernah cemburu tahap gaban, tahap nak mampus dengan dia. Sebab aku, aku, aku, err.... etc., etc...

Oh, tapi ITU DULU.

Maaf aku kata kalau aku tiba-tiba tersedar yang apa yang aku anggap cinta dulu tu bukan cinta. Cinta tu satu komitmen bagi aku. Jadi kalau tak mahu berkomitmen, jangan bercinta. Mahu berkasih sayang? Ye, silakan. Berkasih sayanglah selagi adanya kasih sayang tu. Tapi bila kasih dan sayang dah hilang, apa yang kita kena buat? Tinggalkan dia? Ye. tinggalkanlah. Sebab kasih sayang dah tak ada. Nampak? Semua tu BULLSHIT.

Berkahwin. Bila dah bercinta, bila dah mula sedia berkomitmen, bila duit dah cukup dan semua dah sempurna, kecuali kosong hidup tanpa teori law of attraction dalam hidup, masa itulah keinginan untuk hidup berdua, bertiga dan bersepuluh untuk yang berangan-angan nak anak sebanyak pemain hoki membara, dan masa itulah timbulnya persoalan. Bila mahu kahwin? Dengan siapa mahu kahwin? Orang mana, anak siapa? Umur dah lanjut, takkan tak teringin nak kahwin lagi? Orang sebelah tu dah ada anak 11 dah. Eh, adik dah bertunang, awak bila lagi?

Aaahhh... Takkan nak kata, persetan semua itu. Takkan nak kata, ala, anak mak cik pun apa kurangnya. Lanjut usia jua. oh, mak saya tak ajar itu semua. Mak saya tidak ajar saya untuk jadi kurang ajar sebegitu rupa. Jadi, apabila persoalan tersebut dibangkitkan, saya memahami buah delima insan yang merasa. Macam mana pak cu aku terkulat dan pak mbong aku tersengih sumbing bila arwah nenek aku bertanya, "Hah, bila lagi nak kahwin?". Tett.

La, ingat mahu kahwin ini senang ke? Bapa saudaraku mengambil keputusan untuk enjoy selama 31 tahun sebelum membuat keputusan untuk settle down. Baru mengambil keputusan tu. Dan aku ini saksi segalanya. Ya, memang payah mahu kahwin. Bukan boleh sekadar nyanyi "Oh, mama, saya mahu kawwen. Kawwen dengan sapa saja, dengan anak raja." Oh, itu lagu aku. Bukan lagu orang.

Dan, dang! Tiba-tiba kegusaran. Kalau hidup lelaki bermula pada umur 40 tahun, dan demi memahami dunia rumah tangga pada zaman sekarang, adalah amat harus aku berkahwin dengan insan yang mungkin 10 tahun lagi tua. Ok2. Kita naikkan sikit possibility tu, kepada paling muda 4 atau 5 tahun lagi tua. Apa guna aku belajar Mathematics yang memperkotak-katikkan minda aku pada akhirnya kalau tidak diaplikasi di sini. -Oh, lupa. Aku budak sastera.- Kenapa aku kata begitu? Sebab aku nak mengurangkan possibility atau dengan kata lainnya dalam bahasa kebangsaan aku, kebarangkalian untuk suami aku cuba menggatal dengan perempuan lain berpaksikan alasan yang paling bagus dan amat penting untuk lelaki, sebab aku tak layan NAFSU beliau. Dey, aku lucah? Haish. Aku tak cakap apa-apa. Sape suruh ada otak kuning ha?

Dan tiba-tiba aku jatuh jealous pada Raifana, teman sepermainan aku sebab dah ada boyfriend yang 5 tahun lagi tua. Hahaha.  Tapi apa yang pasti, itu semua cuma usaha. Kita tak boleh kata apa-apa pada takdir Allah pada akhirnya. Mengelaklah tahap macam mana pun, kalau suami kita itu seorang yang mudah berpaling hatinya pada umur 40 tahun dan ke atas kerana kononnya, hidup beliau bermula pada tahun 40, kita juga akan terganti akhirnya. Macam tett pernah kata pada aku.

"Bila dah couple lama-lama, lain la dia punya sayang. Bila kita mula-mula couple lain die punya sayang jugak. Tapi still sama, tak ada beza. Sayang jugak. Macam kita beli kereta baru. Kita rasa sayang sebab baru dapat. Kalau kereta lama, kita sayang sebab dia dah lama berjasa dengan kita."

See?

Sebab tu la jugak punca orang bercerai. Sape sanggup tahan balik rumah, tengok rumah kosong, suami tak ada kat rumah. Malam-malam tidur atas katil sorang-sorang, suami balik rumah belah sana. Kita pulak sunyi sorang-sorang dekat rumah ni. Sape tak sendu, tak rasa pedih di ulu hati. Sape tak jealous, belah sana dapat bantal peluk, kita pulak peluk bolster je la kat rumah. Hah. Ayat mengancam tak? Dey, sebab tu isteri yang reda, dapat payung emas kat syurga. Tapi untuk peringatan, tu kalau kita dapat masuk syurga la kan?

Bercerai, sebab suami kita ada perempuan lain, abai nafkah, abai anak bini. Tak cukup duit nak tanggung semua. Suami angkat tangan selalu bila balik rumah. Perengus, macam-macam la. Balik je rumah parang terbang melayang. Tak tahan kena sepak terajang. Silap-silap kita pulak yang terkangkang. Menangis tak dok lagu la doh. Uh.

Dan aku faham kenapa Shila tak nak kahwin. Dan aku faham isi hati aku yang walaupun nak gila ada baby tapi tak sanggup nak kahwin. Hah, kan dah kantoi. Walaupun aku ada perasaan berkasih sayang, tapi aku tak teringin untuk membina keluarga...lagi. Hahaha. Walau ada cerita-cerita bodoh semasa kecil yang entah macam mana terimbau, si x dan y yang mengajak aku kahwin, yang target aku sebagai isteri mereka pada satu hari nanti, yang menulis surat kepadaku mengatakan akulah bidadarinya di syurga, Aahhh. Persetan.  Ala, budak-budak.

Tapi persepsi aku pernah berubah dulu. DULU. Dan kini telah hancur, jadi menambahkan prejudis aku kepada institusi perkahwinan yang suci. Mungkin aku paranoid membaca kisah-kisah kegagalan rumah tangga di dada-dada akhbar. Ya, mungkin jua aku sekadar paranoid.

Dan yang paling aku pelik, kenapa aku perlu fikir semua ni walaupun umur aku baru 19 tahun?

Monday, 22 February 2010

Dol.

Ok, I have to admit, I'm getting worse and now it become worst. Saya amat pemalas. Gah. I don't have the mood to study at all. So please, help me. Encourage me to do those assignments!

Ah. Lapar. Rindu. Semua amat bergabung jadi satu.

Sunday, 21 February 2010

Gedik.

Awak : Test ada dua. Math hari Selasa, Fizik tak tahu hari bila. -Uh, lama gila aku tinggal semua menda tu. Good luck la kamu!-

Saya : Waahh.. Tak boleh la saya mengacau awak macam ni! - Dengan penuh azam. Uh.

Awak : Eh, tak lah. Awak tak kacau saya pun. Awak memberi kebahagiaan kepada saya. Chewah! Haha.

Saya : Eeee... Terharunya sebab bagi kebahagiaan pada orang!

Uh, padahalnya dia yang bagi kebahagiaan pada aku, eh, dia yang buat aku happy. Do, menda kecik macam ni pun boleh happy? Happy la. Haha. Walaupun aku tahu semua tu hanya gurauan. Walaupun aku tahu semua tu hanya atas perasaan kawan. Tapi still, he make me smile with those little things.

Balik Shah Alam tadi, kebetulan bertolak waktu yang sama. Wee. Kalau tanya aku, aku tak nak pun jumpa dia. Boleh pulak doa, janganlah jumpa dia.

Haih. Kawan baikku sorang ni. Menggegor jiwa betul. Nama je duduk Kuantan, tapi mana pernah jumpe. Maybe pernah kot, tapi tak perasan. Setiap kali aku nak cerita apa-apa, mesti die cerita dulu. "I'm leading". Ye. You are the leader. Tapi ini tidak adil. Nanti dia kata everything aku nak buat pun ikut dia. La, mana aku tahu. Pak saudara aku yang ajak aku pergi TC, mana aku tahu dia ada kat situ jugak. Aku makan kat luar, ajak family aku makan kat luar, belanja diorang, mana aku tahu dia pun buat macam tu jugak. Nasib tak pergi tempat yang sama je. Kalau tak, menjerit. AAAHHH! Awok! -Tu seleng Kuantan ye kawan-kawan.- Aku beli tiket bus hari Ahad pukul 9.30 pagi, mana aku tahu dia pun buat gitu jugak. Aku tengok cerita the Tuxedo, baru nak cerita kat dia, dia dah beritahu, tengok cerita yang sama. Ok, Baik, awak menang ar wak. Hah, amik, amik. Ni apa kes ni? Oh, ni kes nak tunjuk aku tak puas hati. Konon la kan. Dey.

Uh. Baik, baik. Awak kawan saya. Kawan baik saya. Jangan ar tanya pasal status saya yang mengalami komplikasi tu. Ye, awak rindu saya, saya pun rindu awak. Sampai situ je la. Kan-kan.

Tapi hidup aku penuh dengan bayangan-bayangan gurauan. Aaahhh!!! Tidak!!! Aku tak nak couple pun. Cukup-cukup lah. Hidup aku pun dah bahagia dah sekarang. Seronok hidup single. Boleh berskandal. Tett. Rejected by MonMOn. Okeh. Boleh keluar dengan boys. Tett. Rejected by Uyuun mat tong. Tutwa? Hahaha. Boleh bergedik2 sana sini. Topup tak jalan. Duit semua habis pada aku sorang je. Tak de nak jeles-jeles, cemburu-cemburu, dengki-dengki.

Aku tak de la sunyi sangat pun. Sebab MR. Anonymous still ada menceriakan aku. You miss me kan? XP You make me smile kan? Uh, tapi yang paling aku gerun, bak kata Hafiz ----->

"Aku takut dia nak main-main je, kot-kot dia nak tengok ko ni jenis senang ke tak". Owh, Hafiz, terima kasih kerana mengingatkan aku. Kau memang kawan baik aku. Aku sayang kau lebih la!

Yeah. Itu buah delimanya. Aku takut dia nak test aku. Uh.

Berdua Lebih Baik?

18 February -

Yeah, hari ni penuh dengan contoh berdua lebih baik. Adventurous sungguh. Bangun pagi setelah hentam tidur pukul 4 lebih walaupun tahu nak buat classroom observation hari ni. Facebook dengan myspace buat aku ketagih. Aku kena cepat-cepat hilangkan ketagihan ni. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, aku bangun dalam pukul 8 pagi menyediakan diri untuk classroom observation. Arrgghh. Mata aku sepet-bengkak. Uyuun dah bising-bising. Kan aku kata genetik aku dengan adik aku lain. Dia kuat bebel-bebel. Aku pulak cool. Ah, sometimes aku pun membebel jugak. Bila Uyuun tak kemas bilik. Sakit kepalo aku. Bila sibs malas buat kerja rumah.

Bangun bangun, aku rasa nak menjerit. Air tak de! Aku janji dengan Akin pukul 8.30, and pukul 8 lebih, air still tak de. Ha, cuak ar cuak. Tau gelabah. Ibu suruh aku pergi masjid, mandi kat sana. Hah. Sumpah tak selesa. Then ibu bagi idea bernas. Tanya mak long Tikah. Arrggghhh... Dia tidur pulak. Segan la pulak nak mandi kat rumah aki nyang. Ayah Ngah Asyraf mesti ada. Reputasi mesti dijaga. Haaah. Lantakkan. Dengan selamba derk je, aku ambik air masak satu bekas, nak buat berus gigi and cuci muka. Haha. Suka hati.

Aku tak mandi ke? Uh, gila. Aku mandi la. Guna air simpanan yang sikit tuh. Lepas la berapa kali bilas. Aku mandi tu pun sebab Akin kata dia dalam perjalanan. Gegas-gegas.Pastu pergilah sekolah. Ikut jalan jauh pulak tu. Kesian aku tengok, kaki dia melecet. Uh, betul-betul rasa bersalah. Tapi tak boleh nak buat apa la. Aku tak de transport. Haih.

Banyak betul cabaran menjayakan classroom observation ni. Tapi yang paling best, aku observe kelas Mrs. Saminder. Haha. Walaupun aku cukup mengantok, tapi aku boleh ingat dulu macam mana kelas 5 Aktif belajar dengan Teacher Saminder. Haha. Bila teacher tanya je, tak de orang pun nak jawab. Ala, bukan tak reti nak jawab. Tapi semua malas. Mengantuk. Mata tak boleh bukak besar-besar. Akin pun macam ngantok. Ini memang membuatkan aku nak keluar awal. Ah, jangan cakap apa-apa. Mrs. Saminder dengan aku dah lama baik. Bila aku keluar tu, dia cakap

"I hope you learn something from me", yeah. Memang aku belajar pun.

*** to be continued...***

Wednesday, 17 February 2010

Ibu Terbaik!

Tadi ibu panggil diriku ni. Tiba-tiba tertanya-tanya. Uh, kenapa? Dan ibu memulakan dengan ayat ni.

" Athirah, Uyuun, kalau hokme ada boYfriend kan...", seraya terhenti tiba-tiba.

Uiks, aku yang tengah sedap-sedap main Virtual Villagers Terbaik aku tu terdiam. Uh, apa ibu nak cakap sebenarnya.

Dan tiba-tiba Uyuun menjerit.

" Uyuun tak de boyfriend bu, dah dua tahun bersara." Haha. Uyuun kantoikan diri sendiri. Ala, tapi ibu sporting.

Ibu buat suspense betul. Aku pulak merasakan aku kena clarify statusku kepada ibu. Supaya ibu jelas dan nyata. SETERANG-TERANGNYA.

" Ibu, akak pun DAH TAK DE boyfriend!" dengan muka bangga aku. Of course, ibu tau skandal-skandal aku. Dari zaman Shamir lagi. Dia tau anak dia yang ni macam gatal terlebih sikit. Hah, adik-adik aku memang too far berlainan genetik daripada aku.

Ibu syok makan. Aih, tadi macam nak cakap something important je. Nak suruh aku kenalkan boyfriend aku ke? Ala, ibu kenal dah dengan hafiz. Tuh salah satu boyfriend aku. BOYFRIEND. Bukan SPECIAL.

"Tak delah, kalau hokme ada boyfriend, toksah lah hokme merenyam sangat. Tadi masa ibu pergi Tabung Haji(Tabung Haji jangan saman aku, aku tak guna jenama kau) ada lah dua orang couple ni.. -Dan berlaku lah adegan kutuk mengutuk dan ibu berdrama dengan apa yang terjadi. Sumpah kelakar. Ya, sekarang aku tahu dari mana aku dapat trait bercerita secara melampau. Siap dengan gaya sekali. Expression muka juga tidak ketinggalan.- Secara kesimpulannya, ibu nak cakap ni je.

JANGANLAH HOKME JADI PEREMPUAN GEDIK BILA BERCAKAP DENGAN BOYFRIEND. CAKAP MACAM BIASA JE. ALA, MACAM KITA CAKAP DENGAN KAWAN-KAWAN KITA. TAK PAYAH NAK JADI GEDIK-GEDIK NI.

Sekali dengan Fikri kena. Ibu cakap kalau ada girlfriend macam tu, Ibu suruh cakap kat awek dia, " Awak, tak payahlah cakap macam tu, saya tak suka." Yeah. Walaupun aku tahu Fikri tak suka perempuan gedik. Siap boleh samakan dengan tut lagi.

Ah, kadang-kadang aku pun gedik jugak. Tapi tak de ar secara terang-terangan depan orang. Doh, aku tau malu jugak. Yang paling penting, air muka ibu abah. Susah jugak jadi perempuan ni. Hehehe.

--------------------------------------------------------------------------------

Tadi keluar lunch dengan Mokh and Amirah Atikah. Sungguh, mereka amat sweet. Aku pulak yang tersipu-sipu kat situ. Nasib baik ada Kak Khaula. AAAHHH. Aku takkan merasa kesweetan begitu punya. Cair sampai aku tengok. Eh, ni bukan lovey dovey punya relationship. Ni gila-gila punya relationship. Mokh, aku tabik! Suka tengok macam mana Mokh layan Amirah Atikah. Jealous.

----------------------------------------------------------------------------------

Huhu. Abah masuk wad. Get well soon ye, Abah. Abah dah sihat nanti, kita keluar makan satu family. Akak belanja.

----------------------------------------------------------------------------------

Ibu terbaik ar!!!