- Credit to : Fie's friend -
Untuk sesiapa yang tak ada mood nak baca bahasa Inggeris, saya dah 'translate'kan untuk awak-awak semua baca dalam bahasa Melayu. Tapi beserta amaran ye, mungkin macam jiwang je. XP
"Dia tidak sempurna. Kamu juga, dan kedua kamu tidak akan mungkin menjadi sempurna. Tetapi jika dia mampu membuat kamu ketawa sekurang-kurangnya sekali, membuat kamu berfikir untuk kedua kali, mengakui dirinya sebagai manusia yang juga membuat kesilapan, berpegang teguhlah pada dirinya dan berilah sebanyak yang kamu boleh kepada dirinya. Dia tidak akan mendendangkan puisi untukmu, dia tidak akan memikirkan dirimu sepanjang masa, tetapi dia akan memberikanmu satu sisi dirinya yang kamu boleh hancurkan. Jangan melukainya, jangan mengubah dirinya, dan jangan meminta lebih dari apa yang dia boleh berikan. Jangan menganalisa dirinya. Senyumlah bila dia membuat kamu ketawa, marahlah apabila dia membuat kamu marah, dan rinduilah dia apabila dia tiada di sisimu. Bercintalah sesungguhnya apabila adanya cinta. Kerana lelaki sempurna tidak wujud, tetapi hanya ada seorang lelaki yang sempurna buat dirimu."
- Credit to : Me thee he he. -
Saya dilahirkan dengan nama Nurul Athirah, berabahkan Rahimi Mohd. Nor, dan beribukan Tengku Norhuda Tengku Mahmud. Anak pertama, dan saya hampir-hampir meninggal semasa dilahirkan. Lemas terlilit tali pusat kata ibu saya. Saya cucu sulung dalam keluarga belah abah saya, dan kerana ibu saya anak terakhir dalam keluarga, jadi saya punya sepupu-sepupu yang ramai, yang lebih berusia dari saya. Umur saya 19 tahun, dan menuntut di UiTM Shah Alam, mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, berada dalam tahun kedua pengajian daripada empat tahun yang ditawarkan. Relevannya dengan petikan di atas?
Saya anak sulung. Kakak kepada 4 orang adik di bawah saya. Ibu dan abah berusaha keras bekerja untuk menampung keluarga saya. Dari usia yang muda, ibu dan abah tidak pernah menekan saya untuk berjaya. Saya tidak punya tekanan untuk berjaya. Mungkin saya bertuah. Dari saya darjah satu lagi, apa yang saya dengar dari mulut ibu saya setiap kali saya dapat keputusan periksa, "Usaha lagi biar jadi lagi baik" tak kiralah apa pun keputusan yang saya dapat. Bila keputusan saya cukup memuaskan, saya puas bila abah ucap walau "Tahniahlah" sekalipun. Walau masa SPM, ibu kata "Inilah result orang bercinta."
Saya cucu sulung dalam keluarga abah. Abah ada 9 orang adik beradik yang saya kira semuanya cukup berjaya. Dalam keluarga ibu, kadang-kadang saya rasa cukup rendah diri. Saya punya sepupu-sepupu yang cukup-cukup berjaya. Bukan satu dua. Ramai. Ramai sangat.
Mungkin dilemma ni tak besar. Mungkin apa yang saya rasa tak logik. Tak relevan.
Saya nak jadi PTD. Ramai yang tak tahu, tapi saya nak jadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Saya nak sambung "Master" di Britain. Saya nak dapat Dean's List setiap semester. Walau impian saya untuk dapat Anugerah Naib Canselor dah punah. Saya nak ibu saya berhenti kerja cepat-cepat, duduk rumah, dan biar saya yang tanggung Syikin dan Syukri. Saya nak merasa hantar ibu dengan abah pergi haji dengan duit saya sendiri. Saya nak merasa rumah yang selesa, yang cukup sajikan saya dengan kegembiraan walau serba sederhana. Mungkin saya amat naif, tapi saya juga teringin bukak pusat perlindungan untuk golongan yang memerlukan. Saya mahu jadi anak solehah. Saya seorang muslimah, tapi saya mahu jadi mukminah. Itu impian saya. Apa yang saya mahukan.
Tapi tak semua boleh berkongsi impian bersama dengan saya. Sebab mungkin mereka rasa terbeban. Saya tahu. Itu yang saya pernah alami bersama dengan orang yang saya harapkan bersama saya sehingga akhir perjalanan. Itu apa yang saya harapkan pada orang yang saya serahkan hati, malah jiwa saya. Panggil saya bodoh. Gelar saya naif. Cakap saya kebudak-budakan.
Saya tak sempurna. Saya tak ada rupa yang cukup membanggakan. Saya masih tak berjaya capai cita-cita saya. Impian saya, walaupun satu yang saya inginkan. Saya masih banyak kekurangan yang saya sendiri tak nampak. Dan saya masih mahu berusaha untuk betulkan.
Allah tahu isi hati saya. Dan biar Dia yang tentukan jalan saya, ya? Dia tahu apa yang saya mahu dan apa sebenarnya saya perlukan. Dah 5 tahun. Banyak cerita yang dah berlaku. Saya dah pernah serahkan hati pada orang yang salah. Kali ni, saya tak nak serahkan hati saya pada orang yang salah lagi. Saya tak nak hati saya dicemari lagi.
Saya mahu serahkan hati saya pada orang yang tepat,
pada masa yang betul.
Jangan risaukan saya. Saya tak janji saya akan tunggu dia. Saya takkan janjikan apa-apa. Saya tak tahu masa depan. Dan KITA tak tahu isi hati dia. Itu semua bukan dalam tangan saya. Dah 5 tahun. Lepas ni, walau 5, 10 tahun lagi, kalau ada ketetapan dari Tuhan, adalah. Saya serah redha pada orang yang berhak terima. Saya terima yang terbaik dari Allah. Saya terima jodoh dari Allah. Kalau dia bukan orangnya, maksudnya dia mungkin orang saya nak, tapi tak perlukan.
Mungkin ini bukan masanya. Dan mungkin dia bukan orangnya. Mungkin juga saya bukan orangnya.
Saya tak mahu mencari cinta. Sungguh. Tapi saya menanti cinta suci. Dan saya harap saya antara orang yang bertuah untuk diberi kesempatan menerima cinta suci tu.
P/S : Jangan sedih. Jangan risau. Terima kasih. =)
Si dia cuma kalah dengan jejaka di atas. XP



