Dalam tengok aksi-aksi diorang tu, saya teringat masa zaman saya kecik-kecik dulu. Masa saya tak sekolah lagi, saya selalu ikut nenek saya travel around Malaysia. Okey, kidding. Saya ikut nenek saya gi balik kampung, and sebab saudara saya ramai duduk kat Bentong, saya selalu jugak la balik ke Bentong tu. Nenek saya ni sebenarnya bukan ibu sebenar kepada ibu saya, tapi saya tetap anggap diorang cousin saya, sebab saya membesar dengan diorang dari kecik. And cucu "tok" saya ni ramai lelaki yang lebih kurang baya saya.
Saya ingat lagi, saya suka main dengan diorang. Saya suka panjat bukit, masuk hutan paya belakang rumah kat kampung tu, kutip buah dengan sepupu-sepupu saya ni, and main mercun dengan diorang. Tapi seperti biasalah, "kanak-kanak" perempuan ni banyak songehnya. So Eja (Tengku Reza) and Jali (Tengku Razali) ni malas selalu nak bawak saya ikut diorang pergi mana-mana. Yang bestnya, biasanya saya ada kuasa veto untuk back up saya. Diorang tak nak bawak saya, saya menangis kuat-kuat mengadu pada Pak Cu Razak. Kalau tak jalan jugak, apa lagi, saya mengadulah kat tok saya. So, menciput la diorang lari. Tapi saya tahu kat mana diorang menyorok. Hahaha.
Dulu masa kecik-kecik, kitorang masing-masing ada "angkatan tentera" sendiri. Eja ketua turus angkatan tentera semut Ipoh. Jali pulak angkatan tentera semut apa entah. Uyuun angkatan tentera semut hitam. Saya? Saya ketua angkatan tentera semut merah. So, saya ni lah permaisurinya. Selalulah saya di"kelentong" dengan Jali and Eja ni. Diorang ada sorang lagi abang, abang Duan. Saya takut dengan abang Duan, sebab dia selalu belasah Jali dengan Eja. Sebab tu saya tak pernah tegur dia.
Masa raya, kitorang selalu lumba, siapa yang dapat kumpul banyak duit raya. Sebab biasanya, Eja dengan Jali yang akan duduk kat rumah, teman nenek saya layan tetamu. Saya pulak, kena ikut ibu dengan abah pergi beraya kat tempat lain. Biasanya diorang akan dapat duit lagi banyak, sebab kat rumah nenek saya tu biasanya tak putus-putus tetamu datang dari bukak je pintu rumah lepas Subuh tu, sampai malam. Sebab tu jugak dekat rumah tu ada dua ruang tamu yang besar, cukup la nak tampung 5 buah family besar sekaligus. Bila nak balik rumah, mesti rasa sedih sebab tak boleh nak jumpa diorang lagi dah.
Arwah tok pernah cerita, dulu saya suka hisap puting plastik tu walaupun dah besar. Satu hari tu, saya nak ikut Eja pergi mana entah, tapi time tu saya still hisap puting tu lagi. Eja cakap "Sape hisap puting tak boleh ikut Eja." Saya terus buang puting tu and berkeras nak ikut dia. Dari situ, saya terus tak hisap dah.
Bila dah besar sikit, saya rasa awkward bila ada dengan diorang. Yelah, bila dah besar ni ada lah batas-batas yang kena jaga. Kena pakai tudung, tak boleh main dengan diorang selalu. Kena tolong ibu kat dapur. Sayu hati saya bila satu hari Jali datang kat saya and cakap "Ayu, asal aku tengok ko dah tak macam dulu. Dah tak mesra. Kalau ko macam ni lagi, tahun depan aku malas balik raya la dah. Bercakap pun dah kurang." Tsskk.
Masa saya mula-mula couple dengan Adam dulu, Eja telefon Adam guna number saya. Saya ingat lagi apa yang Eja cakap.
"Kau kenal aku sape? Aku ni abang Ayu. Kau lukakan hati adik aku, kau main-mainkan dia, kau tengok apa aku buat kat kau nanti. Jaga dia elok-elok."
Lepas saya putus dengan Adam pulak, Jali tanya saya, macam mana saya dengan Adam. Bila Jali dapat tahu apa yang Adam buat kat saya, terus dia cakap,
"Ayu, bagi aku alamat Adam tu. Biar aku belasah dia, aku panggil geng aku. Berani dia buat sepupu kesayangan aku macam ni."
Walaupun diorang dah lama tahu, saya bukan sepupu betul diorang, tak pernah sekalipun diorang anggap saya bukan sepupu diorang. Saya tahu diorang rindu zaman-zaman kitorang kecik dulu. Malam kenduri arwah tok saya meninggal, Eja kata kat saya,
"Lepas ni susahlah kita nak jumpa Ayu. Aku mesti rindu kat ko, sebab nak jumpa pun dah jarang. Nak balik kampung pun aku tak tahu bila. Kau datang lah selalu ke Bentong. Melawat aku."
Saya rindu zaman yang mana saya ikhlas berkawan dengan lelaki tanpa ada perasaan yang terselit dihati. Saya rasa rindu mahu rindu pada kawan lelaki yang kita dah tahu baik buruknya, tanpa ada rasa cinta. Saya rasa rindu nak dikelentong, dibuli kawan-kawan lelaki. Dan of course, semua tu tanpa ada perasaan yang terselindung. Kita berkawan dengan bebas. Jadi diri sendiri. Tanpa nak tutup kelemahan kita. Saya rasa rindu untuk sayangkan orang seikhlasnya tu.
Masa kita kecik, kita tetap ada option. Tapi kita tak pening-pening nak pilih. Kita terus buat pilihan, dan terima consequences. Kita belajar melalui trial and error. Kita berani mencuba. Kita buat apa yang kita nak.
Dan untuk itu, terima kasih, kerana zaman itu yang membentuk Nurul Athirah Rahimi yang lasak, nakal, kengkang, yang macam tomboy, yang macam laki, yang berani untuk buat kerja gila, yang berani untuk ambil risiko dan juga hadapi kesan dari segala apa yang dipilih, juga yang dibuat sekarang ni.
Dengan Eja. Ok, saya amat buruk dan gemuk dalam gambar ni. *cry*



