Tuesday, 15 June 2010

Perfect Guy.

"He's not perfect. You aren't either, and the two of you will never be perfect. But if he can make you laugh at least once, causes you to think twice, and if he admits to being human and making mistakes, hold on to him and give him the most you can. He isn't going to quote poetry, he's not thinking about you every moment, but he will give you a part of him that he knows you could break. Don't hurt him, don't change him, and don't expect more than he can give. Don't analyze. Smile when he makes you happy, yell when he makes you mad, and miss him when he's not there. Love hard when there is love to be had. Because perfect guys don't exist, but there's only one guy that is perfect for you." 
- Credit to : Fie's friend - 

Untuk sesiapa yang tak ada mood nak baca bahasa Inggeris, saya dah 'translate'kan untuk awak-awak semua baca dalam bahasa Melayu. Tapi beserta amaran ye, mungkin macam jiwang je. XP

"Dia tidak sempurna. Kamu juga, dan kedua kamu tidak akan mungkin menjadi sempurna. Tetapi jika dia mampu membuat kamu ketawa sekurang-kurangnya sekali, membuat kamu berfikir untuk kedua kali, mengakui dirinya sebagai manusia yang juga membuat kesilapan, berpegang teguhlah pada dirinya dan berilah sebanyak yang kamu boleh kepada dirinya. Dia tidak akan mendendangkan puisi untukmu, dia tidak akan memikirkan dirimu sepanjang masa, tetapi dia akan memberikanmu satu sisi dirinya yang kamu boleh hancurkan. Jangan melukainya, jangan mengubah dirinya, dan jangan meminta lebih dari apa yang dia boleh berikan. Jangan menganalisa dirinya. Senyumlah bila dia membuat kamu ketawa, marahlah apabila dia membuat kamu marah, dan rinduilah dia apabila dia tiada di sisimu. Bercintalah sesungguhnya apabila adanya cinta. Kerana lelaki sempurna tidak wujud, tetapi hanya ada seorang lelaki yang sempurna buat dirimu." 
- Credit to : Me thee he he. -

Saya dilahirkan dengan nama Nurul Athirah, berabahkan Rahimi Mohd. Nor, dan beribukan Tengku Norhuda Tengku Mahmud. Anak pertama, dan saya hampir-hampir meninggal semasa dilahirkan. Lemas terlilit tali pusat kata ibu saya. Saya cucu sulung dalam keluarga belah abah saya, dan kerana ibu saya anak terakhir dalam keluarga, jadi saya punya sepupu-sepupu yang ramai, yang lebih berusia dari saya. Umur saya 19 tahun, dan menuntut di UiTM Shah Alam, mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, berada dalam tahun kedua pengajian daripada empat tahun yang ditawarkan. Relevannya dengan petikan di atas?

Saya anak sulung. Kakak kepada 4 orang adik di bawah saya. Ibu dan abah berusaha keras bekerja untuk menampung keluarga saya. Dari usia yang muda, ibu dan abah tidak pernah menekan saya untuk berjaya. Saya tidak punya tekanan untuk berjaya. Mungkin saya bertuah. Dari saya darjah satu lagi, apa yang saya dengar dari mulut ibu saya setiap kali saya dapat keputusan periksa, "Usaha lagi biar jadi lagi baik" tak kiralah apa pun keputusan yang saya dapat. Bila keputusan saya cukup memuaskan, saya puas bila abah ucap walau "Tahniahlah" sekalipun. Walau masa SPM, ibu kata "Inilah result orang bercinta."

Saya cucu sulung dalam keluarga abah. Abah ada 9 orang adik beradik yang saya kira semuanya cukup berjaya. Dalam keluarga ibu, kadang-kadang saya rasa cukup rendah diri. Saya punya sepupu-sepupu yang cukup-cukup berjaya. Bukan satu dua. Ramai. Ramai sangat.

Mungkin dilemma ni tak besar. Mungkin apa yang saya rasa tak logik. Tak relevan. 

Saya nak jadi PTD. Ramai yang tak tahu, tapi saya nak jadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Saya nak sambung "Master" di Britain. Saya nak dapat Dean's List setiap semester. Walau impian saya untuk dapat Anugerah Naib Canselor dah punah. Saya nak ibu saya berhenti kerja cepat-cepat, duduk rumah, dan biar saya yang tanggung Syikin dan Syukri. Saya nak merasa hantar ibu dengan abah pergi haji dengan duit saya sendiri. Saya nak merasa rumah yang selesa, yang cukup sajikan saya dengan kegembiraan walau serba sederhana. Mungkin saya amat naif, tapi saya juga teringin bukak pusat perlindungan untuk golongan yang memerlukan. Saya mahu jadi anak solehah. Saya seorang muslimah, tapi saya mahu jadi mukminah. Itu impian saya. Apa yang saya mahukan.

Tapi tak semua boleh berkongsi impian bersama dengan saya. Sebab mungkin mereka rasa terbeban. Saya tahu. Itu yang saya pernah alami bersama dengan orang yang saya harapkan bersama saya sehingga akhir perjalanan. Itu apa yang saya harapkan pada orang yang saya serahkan hati, malah jiwa saya. Panggil saya bodoh. Gelar saya naif. Cakap saya kebudak-budakan.

Saya tak sempurna. Saya tak ada rupa yang cukup membanggakan. Saya masih tak berjaya capai cita-cita saya. Impian saya, walaupun satu yang saya inginkan. Saya masih banyak kekurangan yang saya sendiri tak nampak. Dan saya masih mahu berusaha untuk betulkan.

Allah tahu isi hati saya. Dan biar Dia yang tentukan jalan saya, ya? Dia tahu apa yang saya mahu dan apa sebenarnya saya perlukan. Dah 5 tahun. Banyak cerita yang dah berlaku. Saya dah pernah serahkan hati pada orang yang salah. Kali ni, saya tak nak serahkan hati saya pada orang yang salah lagi. Saya tak nak hati saya dicemari lagi.


Saya mahu serahkan hati saya pada orang yang tepat, 
pada masa yang betul.

Jangan risaukan saya. Saya tak janji saya akan tunggu dia. Saya takkan janjikan apa-apa. Saya tak tahu masa depan. Dan KITA tak tahu isi hati dia. Itu semua bukan dalam tangan saya. Dah 5 tahun. Lepas ni, walau 5, 10 tahun lagi, kalau ada ketetapan dari Tuhan, adalah. Saya serah redha pada orang yang berhak terima. Saya terima yang terbaik dari Allah. Saya terima jodoh dari Allah. Kalau dia bukan orangnya, maksudnya dia mungkin orang saya nak, tapi tak perlukan.

Mungkin ini bukan masanya. Dan mungkin dia bukan orangnya. Mungkin juga saya bukan orangnya.

Saya tak mahu mencari cinta. Sungguh. Tapi saya menanti cinta suci. Dan saya harap saya antara orang yang bertuah untuk diberi kesempatan menerima cinta suci tu.

P/S : Jangan sedih. Jangan risau. Terima kasih. =)


Si dia cuma kalah dengan jejaka di atas. XP

Sunday, 13 June 2010

Serunut. Okeh, itu seronok.

Okey, amat terasa di situ. Tapi tak mengapalah. Saya sentiasa sedar. =)
Ok, yang ni sebenarnya tak ada kena mengena. 

Ini ceritanya.

Terconfess suda. Ya. Setiap manusia yang tahu, mengakui itu kerja berani.

Bagi saya itu kerja gila. Apapun "outcome"nya, saya puas sudah.

Bukan senang mencari diri yang hilang.

Macam kembara di lautan. Nampak horizon tapi langsung tiada tepian.

Kembara di sahara. Nampak oasis tapi tak de temunya.

Kenapa saya suka awak? Honestly, itu dah terjangka. Amat terjangka.

Maaflah. Saya betul-betul tak ada sebab nak suka kat awak.

Sebab saya suka diri awak. Saya suka kelemahan awak. Saya suka kelebihan awak.

Accepted? Accepted sudaaa.

P/S : Baik, sila senyum.

~ Saya mahu jadi permata yang dicari itu. Saya mahu jadi permaisuri hati itu. Tapi Tuhan. Susahnya. ~

Hati.

Sekarang masanya untuk couple-couple bergaduh dan putus memutus. Sebab perempuan jealous dengan sebijik bola yang mana "thrill"nya cukup untuk menggegarkan jantung si lelaki kacak pujaan hati masing-masing. And ni la masanya perempuan-perempuan nak jealous dengan kawan-kawan si lelaki belahan hati dan jantung diorang.

Ni lah jugak masanya lelaki-lelaki itu menjadi sensitif tak tentu pasal. Tiba-tiba diorang boleh hilang mood, tak nak bercakap, menjauhkan diri dari  perempuan-perempuan semua. Anda sangka dia ada perempuan lain? Eh Eh. Sebenarnya hati diorang menangis sebab negara yang diorang suka tak menang. Frustnya lebih dari frust putus cinta. Sabar wahai wanita-wanita.

Hilang awek, diorang cari lain. Kalah pasukan yang diorang pilih, kena tunggu 4 tahun lagi. =P


Ok, bola ini amat pelik.

So, baik jangan cari pasal nak mintak-mintak putus, nak merengek-rengek, nak mintak kena pujuk. Baik wanita-wanita semua layan sekali bola. Diorang tengok bola, kita tengok player-player handsome. Mesti lagi kacak dari pujaan hati anda-anda semua. Wee. Ye, mata saya bersinar tengok lelaki handsome. Ehem-ehem.

*
Lama sudah tak update. Bukan sebab tak de mood, ada je. Tapi kadang-kadang tu, ilham tak datang. Tangan malas menulis. Eh, menaip. Cuti ni membosankan. Tapi kali ni seronoknya masih ada. Tetiba pulak time-time gini dapat kesedaran. Sedar tak sedar, umur saya dah 19 tahun rupanya. Sekejap lagi je nak mati. Kita kena selalu ingat mati kan? =P

Saya baru balik dari Melaka, melawat rakan tercinta. Seronoknya ada sahabat baik, sahabat susah senang. Menangis ketawa bersama. Tak terganti budi, tak tercari diri. Tak terbalas jasa, tak terungkai kata. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya. Menerima setiap kekurangan, berkongsi setiap kelebihan. Terima kasih bila air mata bergenang mendengar cerita dan bersama merasa kepedihan hati. Terima kasih memegang tangan, memimpin bila terjatuh. Dan terima kasih menampung bila saya berdiri. Terima kasih dari hati. Kasih dan sayang saya untuk awak-awak semua.


Ole-ole? Saya beli untuk saya sorang je. Hehe. Maaf la awak-awak semua.


Akhir-akhir ni mengajar diri dengar lagu nasyid. Biar terang hati. Biar kuat iman. Biar tebal akidah. Sebab semua itu sudah berada sipi-sipi di lubuk hati. Ye, saya terpaksa mengakui. Saya amat memerlukan pembimbing diri. Tak tenang rasa hati. Tak damai jiwa. Jauh mungkin dari redha Tuhan. Jauh dari jalan paksi Allah.

Ya Allah, ampunkan hamba hina ini, ya Allah. Jika hukummu hukum terberat, hamba ini rela. Asal jangan dicabut manis iman dalam jiwa ini. Jangan ditarik halwa ibadat dalam hidup ini. Risau bila tenang itu tak lagi dikecapi.

Mungkin sebab dunia ini dah terlalu tua. Bumi ini dah tiga, empat, malah lima bongkoknya.

Jangan lemparkan aku pada jalan syaitan, Ya Allah.

Friday, 4 June 2010

Layan perasaan.

I guess aku tak reti menulis. Huh. So not interested. Haih. Nak give up menulis rasanya.

Thursday, 3 June 2010

Saya cuma nak bagitahu awak...

There's one time before where I can't aimed as high as possible in what ever I want to do because I have to think about my future with him. You know, I didn't realize until now, that it is such a burden for me to think about "our" future instead of "my" future. I became very serious in building our relationship, for our future together. I hesitated to aim for overseas because I was afraid that we will be too far away from each other, though I'm used to long-distance relationship. I asked him, will he wait for me if I further my study outside the country. He answered "Depends." That made me nervous. His answer made me did not want to aim for overseas studying because I did not want anything happened to our relationship. God knows how childish I was, naive, wasn't me?

However, this "goodbye" makes me realize all about me. I realize what I want to do. I know what I want. I know who I am. Yes, I used to be ambitious, but I didn't have high determination to begin with. I was afraid to lose what I have. I rather live in a safe zone. I didn't realize before that I was afraid to challenge myself. But that's not me. My mother taught me too much about life. Of course, she never pressured me to do something I don't want to. But I finally see what people hope to see in me. I really didn't realize before. All this while, I didn't learn how to "rock and roll". But this is how I want and going to live my life after this.

I know what I want to do now. I know what I want to achieve. I know now what I'm going to do. In the next five years, ten years. Though it DOES mean that I have to sacrifice what I used to love. What I want before. I just want to lead a very simple life before. It is different now.

I know I have the tendency to surprise myself.

I know I can do extraordinary things by myself.

I know I can achieve more that I can achieve right now.

That's what I promise to myself. This is the time for me to challenge myself. And please, though you think it's a crap, do support me to give my very best. Thank you in advance.

Someone asks me if I want to continue to live like this. To be honest, when other people can't live without someone they want, I wish and still live without one. It's almost 5 months since I became single! But I don't think I can love somebody now. I don't know if this heart can be heal or not. Yet I think my heart has already open to accept somebody though I'm not to be in serious relationship. It's better and safer to befriend with anyone, just likely, to be the same as other people. I like him, this one person, but let Allah do His work. If he's for me, I'll accept it with open arms. But if he's not the one, I'll wait until Allah send me one. =) I'll wait until that time. Patiently.

Saya tak mudah jatuh cinta. Believe me. Saya susah untuk sayangkan orang. Tapi bila hati dah sayang, susah untuk saya lupakan sayang tu. And sebab tu saya tak berani nak ambil risiko untuk jalinkan sebarang hubungan dengan sape-sape pun. Kesetiaan saya buat hubungan tu akan jadi tertekan. Kesetiaan saya yang jadi beban dalam hubungan tu.

Bukan senang. This time, it won't be easy. I'm sorry. Saya mengaku saya memilih, tapi ini untuk kebaikan saya jugak kan? Saya tak betul-betul tak nak hati saya hancur lagi. Sebab saya takkan lupa macam mana saya menangis, meraung, malam-malam sebab dihina, sebab dituduh, ditengking, hanya kerana saya sayangkan seseorang.

It won't be easy.

And this time, my mission is my priority. If you really love me, just wait for me. Just... wait.

Saya nak story cerita yang tak ramai orang tahu.

So, today, i'm gonna tell you about one of my school crush. Even though he's not the first, (believe me, I can like a boy in just a blink of an eye, Wahaha), but he plays a very significant role in my life up until now.

I don't know when the story really started exactly. I was a very naive, young little girl who didn't really think of any other things than enjoyable moments, sharing with my friends, being accepted by people. I didn't want to feel disconnected, and yes, I was very jealous with adorable, good-looking girls that popular among those guys. Biasa la, masa kecik-kecik, tak fikir apa. Tengok orang couple sana-sini, hati pun terasa nak ikut jugak apa orang lain buat.

Dulu, we had sort of definitions about suka, minat, sayang, and cinta. We made our own interpretations about each of the terms. I can "suka" many people, but "minat" is more towards seriously liking him. Means : nak couple dengan mamat tu la kan. But sayang, it's something that you will feel when you are really "engaged" with im somehow. Konon-konon bila kita dah lama couple tu, sayang pulak datang. Pastu cinta pulak. And bla-bla-bla.

So, I liked too many guys before. Asal cute sikit, suka. Asal baik ke, nakal sikit ke, memenuhi ciri-ciri yang diidamkan ke, suka lah. Tak kira la dia dah ada girlfriend ke belum. Tapi there's only 4 guys yang can be considered as those yang saya "minat" la kiranya. But I won't tell you about keempat-empat mamat ni. I just wanna tell you about my second crush.

One day, ada seorang mamat ni, datang kat saya, (masa tu saya di sekolah, baru lepas habis latihan kawad ke, olahraga, saya tak pasti) dia suruh saya teman dia, hantar dia balik rumah, sampai ke pinti pugar sekolah. Mula-mula saya pelik, sebab si lelaki ni tak pernah tegur saya. TAK PERNAH. Dengan kawan-kawan saya, dia tegur, tapi dengan saya, seingat saya, dia tak pernah bercakap langsung dengan saya.  Tapi sebab saya ni baik kan, saya teman la dia sampai ke pintu pagar tanpa sebarang syak wasangka. Alih-alih dia bawak saya pergi satu tempat, antara blok F dengan G.

Dengan selamba badaknya dia berkata;

"Boleh tak saya nak mengorat awak?"

Bukan ke pelik tu? Saya yang terkejut tak tahu nak cakap apa, tanya dia balik apa yang dia cakap. And dia pun cakap balik menda yang sama. Hati saya tak tahu nak cakap apa. Jantung saya berdegup kencang sangat. Tak pernah ada orang yang berani cakap depan-depan macam tu depan saya! Gila apa mamat ni? Saya pandang dia. Dia tanya saya balik, boleh tak. Muka dia? Haha. Saya ingat-ingat lupa. Tapi dalam keadaan duduk, dia tak berani pandang muka saya, and saya nampak muka cuak dia. Saya pun terus la balas;

"Awak nak mengorat kan? So tak payah la mintak kebenaran." Saya senyum, walaupun tulang dada saya ni rasa nak pecah kena hempas dengan jantung.

Tiba-tiba dia tanya;

"Macam mana kalau saya tak nak teruskan sebab ayah saya suruh saya belajar?" Aisehman lelaki itu. Dia tanya soalan yang saya tak tahu macam mana nak jawab. Saya balas je la, terpulang. Tapi dalam hati saya ni, "Ya Allah, sweetnya la budak ni." Hahaha.

Masa tu saya suka kat seorang budak lelaki ni. Saya panggil A la. Tapi bila lelaki itu (M) datang confess kat saya, saya jadi terminat dan tersuka pulak pada lelaki itu. Sebabnya? Sebab dia berani. Saya suka orang  berani macam tu. Haha. One day, dia datang, cakap dengan saya.

"Awak suka si 'A' ni ke?" Saya yang pagi-pagi panjat tingkat atas sekali kena tanya soalan macam tu terus blur. Sebenarnya saya dah perasan dah masa kat kelas dia, lelaki itu dan lelaki yang saya pernah suka tu macam tengah bersembang. Tapi saya buat derk je la kan. Haha. Saya pun jawabla, nanti saya bagitahu balik jawapannya. Err, dalam hati, kenapa la saya tak jawab terus time tu kan?

Lepas tu, saya tunggu jugak bila dia tanya saya balik. Tunggu punya tunggu, punya tunggu, dia tak jugak tanya-tanya. So, pada satu hari yang hening, (Cewah) masa rehat kalau tak silap, saya pun pergi la jumpa dia. Saya tanya dia;

Saya : Hari tu awak tanya saya kan, saya suka tak kat si dia tu?

M : Ha'ah.

Saya : Saya suka dia...

M : Tahu.

Saya : ... tapi sebagai kawan.

Kata saya dengan muka blur saya. Terkesima tak, terkesima tak? Hohoho.

Dia pun senyap and terus blah.

Yang kelakarnya, dia pernah cakap kat saya, jangan bagitahu sesiapapun pasal apa yang jadi antara kitorang kat tengah-tengah blok tu, tapi tiba-tiba esoknya, rumours spread. Kawan-kawan dia tahu. Tapi tak tahu dari mana. So, I assume he told his friends la kot.

Saya bercerita bukan sebab apa. Dia sudah mahu pindah. Walaupun kemungkinan untuk berjumpa tetap ada, saya cuma rindukan kenangan waktu dulu. Dulu saya semangat nak pergi sekolah sebab dia. Nak jumpa dia. Nak tengok dia senyum. Saya semangat nak pergi sekolah sebab nak tengok dia buat nakal dengan kawan-kawan dia. Saya sanggup ponteng kelas bila ada orang mintak tolong ronda satu sekolah, pergi cari orang la, pergi hantar gambar la, etc, etc, sebab nak lalu depan kelas dia. Masa PMR, kitorang semua satu dewan, bila saya penat and stress, tengah-tengah jawab soalan, saya mesti curi-curi pandang dia. Dia tak pernah tahu. Tapi saya seronok.

Sampai sekarang, saya still bersyukur. Sebab terus-terang, tak pernah terlintas dalam hati saya nak dapat olahragawati ke, peserta terbaik ke, what so ever la. But, dengan izin Allah, entah macam mana saya terpecah rekod lompat jauh masa tingkatan 3 dulu. Sebab dia ada. =) Sebab konon-konon nak impresskan dia la. Semangat nak dapat no 1. Haha. Kiranya, hampir dua tahun jugak la kot saya minat kat dia. Pandang dari jauh. Sampai lah saya dapat tahu dia minat kat orang lain. Bila dengar je cerita tu, saya buat keputusan untuk couple dengan orang lain. Adam. Adam tahu cerita tu.

Tapi seperti biasa, itu cerita lama. Cerita zaman budak-budak kecik. Sekarang masing-masing dah besar. And perasaan pun masing-masing dah berkubur. Dia dah minat kat orang lain, saya pun dah pilih orang lain. Tapi still, kenangan tu takkan lupus dari ingatan saya. Walaupun mungkin dah tak ada signifikannya.


Cewah. Padahalnya still boleh contact.

So, good luck in your future undertaking. These memories are valuable treasure for me. Thank for the memories. =)

Sunday, 30 May 2010

Paramore!

Saya sudah jatuh cinta dengan Paramore. Gila-gila jatuh cinta. Akhirnya...

Stuck.

Baru perasan, lagu-lagu yang saya minat semua lebih kurang sama. Tak la sama. Cumanya orang kata, genre, eh, rentak yang lebih kurang sama. Woah.

Paramore, The Veronicas, Evanescence, etc, etc. Hee. Suka, suka. =P