kadang2 jugak, walaupun kita tak sayangkan orang ni, kita tau, dia orangnya kita cari selama ni dalam hidup. he's the one. dia la jenis orang yang kita nak serahkan hidup kita, untuk jadi pasangan dalam hidup yang tak kekal lama ni. untuk kongsi kebahagiaan and kegembiraan. untuk saling membimbing dalam menegakkan hidup atas jalan Allah. tapi malangnya, hati menidakkan. minda tak nak mengakui. sifat dalam diri ni, menafikan. diri kita sendiri pulak bertanya, layakkah aku di samping dia, and ada kemungkinan tak kita berkongsi rasa yang serupa. kita keliru dalam memilih, kita tolak diri kita jauh daripada dia, kita rasa rendah diri, supaya kita tak rasa malu, supaya dia tak dapat rasa yang kita punya perasaan tu.
walau ada yang mempertikai, aku akan terus larikan diri jika aku berada dalam rasa itu. aku takkan mengakui, sampai perasaan tu tiada lagi dalam diri. aku akan cuba menafikan. aku takkan terima rasa tu, sebab aku tak mahu diri aku kecewa. mungkin aku akan terus bertanya pada diri aku sendiri, apa yang dia rasa pada aku, tapi itu lebih membahagiakan daripada aku kecewa. aku akan rasa happy bila tengok dia happy dengan orang yang dia pilih, kerana sememangnya, siapa pilihan dia, adalah yang terbaik untuk dirinya.
jodoh itu akan tiba, and aku tak perlu mengejarnya.
No comments:
Post a Comment