Sunday, 23 August 2009

menghimpit, terhimpit dan dihimpit...


Jumaat :

Sebenarnya hari ni dah merancang dengan Anis nak pergi KLCC, pergi pameran buku. Tapi malam tu, cakap tak jadi. Ye lah, sebab duit tak de. Aku bukannya kerja, duit makan pun bergantung sepenuhnya dengan mak ayah aku. Tak nak menyusahkan diri pun satu. Setiap kali aku pergi KL, aku dapat rasa perasaan terkilan yang terbuku kat hati ni. Penat pun ye. Aku baru je ingat nak pergi makan McD je kat Sec. 2. Makan Spicy Chicken McDeluxe. ye la, esok kan dah puasa.

tapi, Zu tiba-tiba je umpan aku, kalau aku pergi, dia nak belanja makan McD.waahhhh.... ini sudah bagus, orang nak belanja, takkan nak tolak pulak kan. hahaha. materialistiknya aku di kala ini. tapi seriously, dengan duit yang sengkek ni, memang aku tak terasa nak pergi. unless kalau pak saudara aku nak datang, ambik pastu bawak pergi pesta buku. aku check handphone aku, cari nombor telefon pak mbong. hampeh, tak de. ntah mana ntah hilang. bertuah punya anak saudara ni. hahaha. sorry, pak mbong. ajak pak cik syakirin, dia kerja pulak. ajak pak cu? haha. takkan dia nak punya.

sebab aku dah janji dengan zu, aku tanya ibu dulu, so dengan keberatannya, aku pun call ibu. aku tanya dia, ibu, boleh tak akak pergi KLCC, nak pergi pesta buku. ibu pun tanya la macam-macam. pastu dengan segala hormatnya, ibu cakap :

"pergi lah, duit ada lagi kan?"

hahaha. aku pun mengelentong, cakap ada. duit aku ada lagi. aiyosh... so, aku pergi la. semangat jugak la tapinya. terbayang McD punya burger. err....sedapnya...

tapi in the end, zu tak belanja pun. haha. dia pergi pavilion. ceh. "tapi saya tuntut janji saya tau Zu!" aku makan dengan anis je kat KL Sentral. duit sendiri la tapinya. abis lagi duit aku. huhu. makan banyak tapi badan sekeping. bila la aku nak besar ni. beratus2 duit aku habis untuk makanan je. huhu. cuti ni aku nak kerja la. nak kumpul duit balik.

Menghimpit

masa aku nak pergi KLCC, dalam LRT. ada sepasang lovebird ni, aku punyalah tak puas hati betul. bukannya apa, aku malu, beb. malu gila2, marah, and sebal sebab kekurangajaran mereka2 berdua ni. perempuan ni muslim, pakai tudung. kira tutup semua la jugak kan. aku tak cakap aku baik, aku pun kurang jugak baik, aku pernah jugak couple, tapinya, aduh, perbuatan diorang tu yang aku tak sanggup nak tengok. dalam hati aku ni panas je rasa. aduyai, orang lain pun couple jugak, tapi tak de la gatal meroyan je, bak kata nenek aku, macam cacing tu ha.

ada ke patut dalam LRT yang agak luas ruangannya sebab tak dipenuhi orang lagi, diorang buat adegan panas, bercengkerama dalam LRT tu. peluk2, ok, aku boleh tahan lagi, dah selalu nampak, raba2, ok, tu lantak korang la, jawab sendiri dengan Tuhan kat sana nanti, tapi yang mencabar keimanan aku, boleh ke pulak diorang berdua ni dengan bangganya bergelak2 macam tak ingat mati, buat bunyi2 tak patut, muka perempuan tu dah tersembam kat dada kat lelaki tu. bergedikan kat dalam tu. keliling diorang ni penuh dengan orang2 tua, dengan kakak tudung labuh. ada satu je aku nak cakap dengan orang macam ni :

KALAU TAK RESPECT DIRI SENDIRI, RESPECT LA ORANG BEB! KALAU DAH GATAL MERENYAM SANGAT, PERGI LA MASUK HOTEL, JANGAN BUAT MENDA TAK SENONOH DEPAN PUBLIC. ORANG LAIN PUN ADA PASANGAN JUGAK, DAH SAYANG SANGAT, PERGI LA BERCENGKERAMA KAT MANA2 KORANG SUKA, DAPAT DOSA, SUKA HATI KORANG LA. CUMANYA, JANGAN LA LIBATKAN KAMI2 NI SEKALI DENGAN DOSA TU, SEBAB KAMI2 NI KIRANYA TAK MENJALANKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR PULAK!

tak pasal2 kami yang ada kat sekeliling ni dapat dosa jugak. hampeh! yelah, tak de sapa berani tegur. aku ni pulak, nak tegur, terasa kerdil pulak, aku pun tak baik sangat. cumanya aku still sayang agama aku. janganlah nak hina agama aku terang2an. dah pakai tudung tu, jaga la sikit adab depan orang. tudung tu macam bawak imej Islam. orang bukan Islam nampak, dah kotor imej Islam tu. baik tak payah pakai tudung kalau macam tu. yang aku laaaaagi tak puas hati ni, yang perempuan yang macam melebih2. yang si lelaki ni, apa lagi, ambik je la peluang depan mata. aduh....

kalau ada orang cakap diorang tu pasangan berkahwin, oh, HELO, dah kahwin pun, tak payah buat aksi terlebih mesra macam tu. macam tak de tempat lain je nak buat drama. aduyai.ye,ye, aku tau, aku tak baik sangat, maybe tak layak pun nak tegur, nasihat ni, tapi aku still malu. malu gila sebagai perempuan. malu sebab melayu tak reti nak hormat orang lain.

Terhimpit

masa aku nak balik ke Shah Alam, aduhai, komuter delay punya la lama. bengang gila. 2 3 train jugak la tak de kot. kesannya, ramai gila orang beratur nak masuk komuter. gila tak dapat bernafas masuk dalam train tuh. macam ikan sardin yang kena lanyak2 tuh. memang terhimpit aku dalam komuter tu. sabor je la. keliling aku ni semua lelaki. huhu. aku berdoa dalam train tu, tak putus2 aku berdoa janganlah ada orang yang ambik kesempatan pada aku. bengkeknya aku bila ada orang yang bersin and batuk direct pada muka aku yang tak berapa nak manis ni. ada sorang hamba Allah ni siap halakan serombong asap dia lagi kat muka aku. aku pulak tak pakai mask. sekian terima kasih la jawabnya. tapi kesian kat dua orang adik lelaki yang ada kat belakang aku ni. asyik kena taji je dengan sanggul aku yang tinggi ni. haha. sori ye dik, kesian korang sakit2 muka yek.

kesudahannya, aku dihimpit rasa bersalah sebab terlepas solat terawih, dihimpit rasa sedih sebab akhirnya, pesta buku tu start hari sabtu, bukan hari jumaat, dihimpit rasa letih sebab berjalan jauh gila, berdiri lama gila and makan sikit gila. huhu...

memang disaster!



No comments: