Tapi saya masih mencari hala tuju saya.
Saya masih mencari siapa diri saya.
Saya masih meneroka hidup seorang
Dan saya masih mencangkul erti hidup sebenar.
Saya masih mencuba bernafas pada ketinggian Gunung Everest untuk mencongak ruang lingkup kebebasan yang dipunyai oleh
Oleh sebab itu, mulai detik dan ketika ini, saya kongsikan blog saya bersama tuan-puan, datuk nenek, tua muda, miskin kaya untuk sama-sama membantu saya membentuk diri saya ke arah yang lebih baik,
Saya masih merangkak, dan mencuba untuk bertatih. Saya masih mengintai sisi baru dalam dunia teknologi, dan saya masih kurang dari semua sudut yang saya telah nyatakan tadi. Maka, besarlah harapan saya bahawa anda, anda, dan anda semua memberi ruang dan menitip pandangan berguna untuk dijadikan bimbingan.
Saya selesa berbahasa kebangsaan, kerana dari saat saya ditiupkan roh dan berbahagia di dalam perut ibu saya, saya telah disogok dengan bahasa nusantara. Saya amat bangga dengan bahasa Melayu.
Namun begitu, beri saya ruang untuk meneruskan perjuangan saya di dalam penggunaan bahasa Inggeris, kerana saya telah memasuki fasa baru dan cuba melangkah dari dunia selesa untuk meneroka ruang lingkup yang lebih besar dan mencabar dalam hidup saya.
Dan maafkan saya sekiranya anda muak dengan kisah cinta dan kasih sayang saya. Itu adalah amat tidak dapat dielakkan. It's my nature.
P/S : I miss you. =p
2 comments:
suka baca blog dalam bahasa melayu kut. ahaha.
means i love ur blog. :D
terima kasih pajid!
that actually explain why i followed your blog.
saya suka bahasa melayu.
and i like the way you write. it makes me think...hard.
I do love it too!
Post a Comment