Saya sedih, amat sedih bila mengenangkan saya yang selalu disalah anggap oleh orang. Saya sedih bila saya cuba explain, orang tak nak dengar. Dan selepas itu, saya dicop yang bukan-bukan.
Saya rasa saya memang tak reti bersosial dengan orang. Saya jarang untuk masuk campur hal and personal matter orang lain. Tapi bila saya cuba untuk bergurau dan bercakap dengan dia yang saya anggap kawan, saya disalah anggap sekali lagi.
Kali ini, saya cukup letih. Biarlah kali ini kali last saya terpaksa explain pada orang sebelum mereka fikir yang bukan-bukan pasal saya. Dan anda, yang mengenali saya, yang judge saya, saya sudah tak mahu kisah. KERANA SAYA SUDAH TAK MAMPU NAK PUASKAN HATI SEMUA ORANG.
Pertama sekali, biar saya jelaskan di sini, saya tidak pernah terlintas untuk melangkaui dan melanggar "THE UNSPOKEN RULES" tersebut. Saya tidak pernah terlintas untuk approach sape2 yang kawan saya minat. Dan saya tak pernah buat begitu untuk puaskan hati saya. Sebab saya tahu anda ada perasaan, sebagaimana saya punya perasaan. Anda punya rasa, dan saya jua ada rasa.
Saya berkawan dengan Kei, berborak, bercakap dengan dia, BUKAN UNTUK MENDEKATI, JAUH SEKALI UNTUK MENGORAT. Dia kawan saya. Dan tidak lebih dari itu. Saya anggap dia sebagai kawan, dan classmate, yang mana saya boleh berkomunikasi dengannya dan tak lebih. Saya tak ada niat terpendam.
Permulaan cerita, bila saya komen soalan yang orang ajukan pada dia dalam formspring. Sebelum orang salah paham dengan lebih lanjut, suka saya katakan bahawa bukan saya yang ajukan soalan tersebut, dan saya tak tanya soalan tu pada Kei banyak-banyak kali melainkan sekali, bila kami semua ada dalam library, and dia amibik handphone saya untuk insist saya bagitahu siapa orang tersebut.
Tapi, saya mahu jelaskan di sini, bahawa tak terdetik sikit pun dalam hati saya untuk beritahu siapa insan tersebut, melainkan cuma untuk mengusik Kei, dan hint tersebut, pada pandangan saya, sebenarnya telah disedari oleh insan sebijak Kei, yang saya percaya TIDAK, saya ulang kembali, TIDAK "bodoh, lampi, lembab" dan sewaktu dengannya untuk tahu siapa sebenarnya yang dimaksudkan. Cuma, kami masing-masing tahu, bahawa kami tidak pasti tentang kebenaran instinct kami. Dan saya hanya menyampuk apa yang diperkatakan oleh Azim.
Saya relakan hand phone saya diambil, sebab saya tak mahu bagi tahu siapa yang saya maksudkan. Jadi, pada siapa-siapa yang terasa atas tindakan saya tersebut, saya susun sepuluh jari, memohon maaf dengan apa yang berlaku, dengan kesalahan yang saya buat, dan keterlanjuran saya kerana berborak, bercakap, dan cuba "approach" orang yang kawan saya minat. And saya memang berniat untuk hentikan bertanya Kei pasal hal ini. Dalam library tu memang kali pertama dan terakhir.
Bak kata Ink, I'm taking the blame. Saya takkan bercakap lagi dengan Kei, takkan communicate dengan dia walau apa cara sekali pun. Dan saya mintak maaf kerana bercakap.
Saya penat. Amat penat. Sebab saya tak reti bersosial. Saya tak reti untuk bergaul dengan orang. Saya tak tahu batasan dan landasan untuk berkawan. And yang paling penting, saya tak pernah tahu unspoken rule itu, saya admit.
Saya tak tahu. And please, jangan berkawan dengan saya dah. Leave me alone with my own life. Sebab kalau tak, saya akan terus sakitkan hati semua orang. Itu yang selama ni saya buat bila berkawan dengan siapa2pun. Menyakitkan hati semua orang and sumpah saya tak sengaja. Saya tak tahu. Please, leave me alone. Saya lebih senang untuk jadi lone ranger daripada terpaksa explain every single thing yang saya buat pada orang. Saya penat.
P/S : Hafiz, agaknya lepas ni pun aku kena lari daripada kau. Sebab aku baru tahu rules tu. The unspoken rules. Beratnyalah hidup ni bila tak ada yang faham, Hafiz.
Kenapa orang yang minat kau, tapi aku yang dijadikan sebab untuk lari? Kau dan aku tahu kita kawan baik, dan takkan lebih dari itu. Aku sangka semua orang tahu hati aku.
Aku sangka semua orang tahu hati aku dah mati. Kena simbah asid.
No comments:
Post a Comment