Tuesday, 29 June 2010

Apabila musibah tertimpa.

Baru dengar pasal mak Ikah kena ragut. So, innalillah. Bila ditimpa musibah, amalkan membaca Innalillahi wainna ilahi rajiun.


SESUNGGUHNYA kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (al-Baqarah: 156)
Keterangan Ayat
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. mengajar umatnya agar beristirja’ dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar mahupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun dituntut
untuk membaca doa tersebut di atas.

Orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila sahaja kejadian yang berlaku serta menguji keimanan mereka. Mereka harus tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini
bahawa Allah s.w.t. sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku itu. 

(Tafsir al-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah)
Khasiat dan Kaifiat Beramal
Ayat di atas disebut ketika:
* Mendengar berita kematian, kesakitan atau kemalangan
* Ditimpa musibah sama ada besar atau kecil
* Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.


By the way, itu aku ambil dari sini. Aku pun tak tahu sampai la tadi aku google, sebab aku tak nak bagi ajaran sesat. Haha.


Alhamdulillah, selama beramal dengan doa ni, hati rasa lapang sikit. Ye lah, sometimes, kita rasa goyah iman kejap bila ditimpa musibah macam ni. Insya-Allah bila kita baca ayat tu, kita ingat yang Allah ada aturan-Nya. Kita ni semua bidak-bidak catur yang Allah gerakkan di medan tempur. Kadang-kadang, ada yang perlu dikorbankan untuk mara ke hadapan. Sekadar berkongsi. Ye lah, bila aku serabut pun, kadang-kadang hilang juga rasa sabar. Bila iman tak menguasai hati, and syaitan menguasai akal, begitulah. So, sama-samalah kita mengingati.


Hamba mahu ulas tentang dunia sekarang ni. Tapi dalam post lain pulak. Till then. 


L>O>V>E.

No comments: