Hari tu sebenarnya nak bercerita pasal aku pakai contact lens and tudung lilit-lilit tu ha. Tapi tak ada sape pun nak respon apa yang aku tanya. Sobs. Come on peeps, meh la kite merespon-respon. Kalau korang respon, saya respon balik. *winkwink* Ni rasuah namanya kan.
By the way, hari tu aku pergi Jom Heboh lepas Atiqah Othman ajak. Macam aku cakap, aku tak suka, tapi aku pergi jugak la. Plan mula-mula nak pergi pagi kot, tapi lepas tu, ayah Tiqah pergi meeting and guna motor, so Tiqah kata keluar lepas Zohor. Tapi bila tengok time pukul 2, matahari tegak atas kepala. So, Tiqah kata pergi lambat sikit. Aku pun kata la, okeh kita pergi pukul 3. Dan diajak Dibah and Shirah sekali.
Ceritanya, kali pertama aku pakai contact lens, amatlah mendebarkan. Sebab aku siap cari info kat Google lagi macam mana nak pakai lens. Semangat la ni kiranya aku nak pakai. Entah kenapa entah. Excited oh, sebab dah pakai spectacle 10 tahun tak pernah cabut. Baca-baca-baca. Tengok video sekali sampai. Tiba-tiba, mata aku menangkap sesuatu yang tak sepatutnya ditangkap!
FOR BEGINNER (FIRST-TIMER) MAKE SURE YOU CONSULT YOUR EYE PRACTITIONER.
Urrgghh.. Aku tak sangka la pulak. Terkejut eden. Aku main pakai beli je 2 minggu lepas. So guana ni? Ku tanya insan-insan yang kutahu memakai contact lens. Tapi sorang pun tak reply. Boycott la mereka-mereka ni. Macam ni ar kawan kan, time aku betul-betul memerlukan, hangpa tak tolong pun. Isk3.
So, aku tanya la Tiqah, dia reti tak pakai contact lens. Aku dah habis cuak dah. Sebab aku tak consult mamat handsome masa beli lens tu! Sempat kenyit-kenyit mata je. Alamak. Tapi Tiqah dengan selambanya cakap.
"Aku tak consult pun. Tapi biasanya memang dia ajar kat situ. Masa mula-mula beli dia tanya tak, first time pakai ke tak?"
Harus la tak kan. Kalau tak, takkan la aku terpinga-pinga, semangat tengok video kat internet bagai.
Dan segala hormatnya, Tiqah suruh aku datang rumah dia, belajar pakai lens. Time tu dah pukul 3. So, dengan bersemangatnya aku datang rumah Tiqah, nak belajar pakai contact lens ar ni kononnya.
Complicated jugak kan rupanya pakai lens ni. Kena main celup-celup, wipe-wipe dan bersih-bersih. Leceh. I tak suka. Tapi nak cantik punya pasal. Masa nak masuk yang belah kanan, kali kedua percubaan terus masuk. Ho yeah! Clap-clap for me.
Masuk belah kiri pulak. Baik, kita buat. Bismillah.
Buat balik.
Bismillah.
Buat balik.
Bismillah.
Buat balik.
Bismillah.
Buat balik.
Bismillah.
Tiqah yang masukkan. Ho yeah! Masuk. Dan aku gagal masukkan sendiri. Sobs.
So, kesimpulannya, masih tak lepas nak masukkan sendiri lens dekat mata. Maybe it takes time kot. Sebab hari tu, kitorang dah lambat nak pergi Jom Heboh. Oh, ye, tudung tu aku try-try pakai. Oleh kerana aku tak boleh pakai shawl
So, ini hasilnya.
Bulat kan muka saya?
By the way, sekarang ni tangkap gambar dah tak payah edit-edit dah. Alhamdulillah. Siapa yang ada masalah kat muka tu, boleh la lawat-lawat kat Newcell ni. Memang takkan nampak on the spot la kan. Contohnya diriku ni. Start pakai bulan 2 hari tu, so dia beransur-ansur ada perubahan. Tapi berdikit-dikit la. Yang paling aku suka sebab dulu kalau tak cuci muka walaupun satu malam je, jerawat naik kat muka. Almaklumla. Kulit sensitif. Tapi dengan izin Allah, sekarang ni, kalau terskip 1 hari tak basuh muka pun elok lagi. Cuma tak selesa je la. Sebab minyak kat muka banyak. So apa kes tak nak basuh muka pulak kan?
Oh ye, berat aku sekarang dah 50 kg. So, for the next mission, aku target nak turun 3 kg. Boleh la kot sebelum raya ni. Bila tambah puasa, joging, sit up, naik turun tingkat rumah 4 tingkat, hope mission accomplished. Ni bukan sebab aku tak nak nampak gemuk okeh, ni sebab ke'fit'an yang semakin berkurang sekarang ni. Badan rasa tak sedap. Maybe sebab tak biasa rasa berisi sikit kot.
Aku rindu kat ibu, sebab cuti ni ibu selalu outstation. Aku rasa nak marah pada bos ibu. Macam bengap je bila suruh pergi kursus la, audit la time-time cuti sekolah. Time tak cuti tak buat pulak.
By the way, aku dah single 5 bulan lebih. Aku sendiri pun tak percaya. So, hope aku boleh survive lagi. Chaiyok2 Athirah!
P/S : Kurniakan aku teman sejati sepanjang perjalanan aku, Ya Allah. Redhai hidupku. Bimbingi diriku. Tingkati imanku. Biar penghujung nafasku, aku di Siratul Mustaqim.
2 comments:
haha. bakpe pelik ayu punye sengih tu? muke ayu mmg gitu ke? XDD
haha. taw xpe. akak dah pasan dah. tapi tu je pose terbaik boleh letak.
senyum fake.
Post a Comment