Tuesday, 22 June 2010

Nak bercerita tentang...

1. CINTA


Hah, topic ni of course ar tak boleh lari dari blog aku. Hidup aku kan penuh dengan bunga-bunga cinta yang layu di pusara kan? So, hari ni nak bercerita la sikit pasal cinta. Gila masa aku kecik-kecik dulu, darjah 6, aku punya lah marah bila Cikgu Tengku kenen2kan aku dengan Arif Fauzi, ketua pengawas sekolah aku dulu. 



Cikgu, kenapa mesti Cikgu kenenkan saya dengan Arep? 

Masa aku kecik-kecik, aku tak reti lagi main suka-suka ni. Orang gosip aku dengan sape-sape, memang siap la kena belasah. Faiz Hafiz memang dah lama aku aim sebab dia gi cakap kat satu kelas aku suka Faiz Fazli. 


Mental aku. Masa aku budak-budak aku cengeng.

Aku start minat-minat ni masa tingkatan 1, nak dekat-dekat akhir tahun. Ada sorang hamba Allah ni siap hantar surat letak lagu Nur Kasih and highlight lirik lagi bagi kat aku.

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Dan-dan aku cakap "mak saya marah la main couple-couple ni." Time tu aku tak terbukak hati lagi nak couple okeh.

Tapi mak aih, sekarang aku dengar darjah 3 pun dah start couple-couple ni? Adik aku siap dapat surat lagi dari budak perempuan yang nak mengorat dia masa darjah 1 dulu. Wow. Dahsat ye budak-budak zaman sekarang ni. 

"Dik, zaman-zaman macam tu la nak merasa kejayaan. Rock the world bebeh. Nak bercinta tunggu besar sikit la dik."

Ye, itu lah nasihat dari akak yang tak guna ni. Eh, tak, tak. Tak de lah. Terkejut jugak kan tengok budak-budak kecik dah tahu menda-menda gitu. Ni pengaruh sape la ni yek? 

2. KAWAN

Hah, yang ni memang tak boleh lepas punya la. Syukur akhir-akhir ni aku dah tak ada nightmares, aku dah tak teringat kat Adam, aku dah tak down. 

Hey, aku boleh dengar lagu cinta dah! Seronok! Kalau tak, dulu, betapa tersiksanya aku bila dengar lagu cinta. Cewah. Kali pertama aku putus cinta, rasa macam nyawa tu nak bercerai je dari badan. (Hyperbole sikit. Aww.)

First thing first, of course aku bersyukur pada Allah, sebab Allah dah bukak jalan untuk aku rasa bersyukur dengan anugerah Tuhan ni. Akhirnya aku rasa bebas tanpa dia. Aku rasa tenang tanpa dia. Aku rasa bertuah tak ada dia. 

Bertuahnya aku sebab ada kawan-kawan baik yang betul-betul memahami, yang sentiasa ada di sisi aku. Aww. Amat terharu okeh. Aku tak tipu. You raise me up!


Okay, that's for you my friends! Thank you sebab selalu ada dengan aku bila :

1. Aku melalak gadoh dengan boifren.
2. Kejut aku bangun solat.
3. Tapau nasi untuk aku bila aku sakit.
4. Ketuk kepala aku bila aku buat sewel. EH?

For everything, I thank YOU!

And thanks sebab menjadi cute. I love you la gengs. 

3. FAMILY

I love my family very the much la. You're the best thing I never knew, I needed! Dah, dah, tiada kata secantik bahasa aku nak explain pasal family. Budu ROCKS bebeh!

4. PERASAAN

Uh, yang ni susah sebenarnya aku nak cerita. Tapi memandangkan perasaan ni adalah sesuatu yang wajib dalam blog aku, so aku terpaksa cerita la. ^^ Ceh. Haha.

Alkisahnya, ada yang kata diriku sudah lain. Benarkah begitu? BTW, itu kite lepak dulu.

Mak Njang tanya aku bila balik Budu hari tu. Iye, Mak Njang tanya, aku dah ada pakwe ke. Okey, itu soalan kelakar. Nak je aku cakap, aku ni tak laku. Time-time aku cakap aku kahwin lambat lagi, habis aku kena marah la konon-konon. Nanti tak nak jadi doa. Okay. Aku terima. 

So aku cakap la, aku tak ada pakwe. Kawan-kawan tu ada la, tapi tak ada yang serius. Ye, aku amat perasan akhir-akhir ini "jodoh" aku macam disebut-sebut selalu. Apakah motifnya? Mak Njang siap nak kenalkan aku pada hakim-hakim syariah muda lagi. (Amboi, mentang-mentang kerja lawyer syariah, adeh, statement tu amat digeruni) yang aku tolak elok-elok. Sebab aku tak siqah. Tak layak la. 

Musykil aku. Nasib baik ibu tak berbunyi lagi. Tapi hintnya sudah ada.

"Athirah, toksah asyik tido je. Meh tolong-tolong ibu, belajar masak. Aok tu tak lama lagi dah. Tido, tido, tido.", kata ibu aku dengan selambanya. 

Nampak hint yang amat mendebarkan itu tak? 


Salah satu sebab aku tak nak kahwin cepat-cepat sebab aku malas nak memasak, buat kerja rumah, etc, etc. Heh.

Tapi tak ada lah sampai tension nak memikir. Hidup ni mesti cool. Dan semuanya balik balik pada hati dan perasaan. Genap dah 5 bulan aku single. Selama 4 bulan lebih tu la hati aku kosong. Cuma akhir-akhir ni, aku macam terusik sikit. Konon kental hati la lepas dikecewakan. Tup-tup entah macam mana tiba-tiba... Jeng jeng jeng... Okeh, kita ke no 5 pulak. Hahaha.

5. SI DIA

How to say eh? Kami sangat complicated. Jangan tanya aku kenapa. Dan sila lempang aku dengan mangkuk hayun. I guess that's what we are. Oh, sampai sekarang maaf la kalau aku kata, sumpah aku tak percaya apa-apa yang dibentang kat depan aku. Bukan aku tak percaya kawan-kawan aku yang kiut miut belaka-belaka ni. Tapi yang merasanya hanya aku dan dia. Kalau aku sendiri keliru dengan apa yang aku rasa, so macam mana korang boleh rasa apa yang kami rasa? 

Aku pun sendiri bingung. Apa yang jadi sebenarnya for the few past years, we don't even know. We never talk about it.  When I decide to let it go, dia datang. But when I decide to get to him, alahai. So don't ever ask me. I did my best. I just don't know what's wrong. What I should expect dalam keadaan tarik tali, and everything is all based on :

"Kawan dia kata"

"Aku dengar"

"Aku rasa"

"Aku tahu"

But it is never comes out from his mouth. Never, Ever. So, what do you expect me to do? 


Tiba-tiba dia kalah sikit dengan CR. 

6. SITUASI

Iye, dia buat semua yang mendatangkan keraguan. Tak perlu la kan aku cerita. Aku kan perahsia. Satu je yang aku tak ragu-ragu. Dia tak serius. Sebab.. Sebab aku tahu la. So, anda nak mengerti tak? 

Yang tersepit tengah-tengahnya aku. Aku tak tahu apa yang dia fikir, sebab aku tak pernah kenal dia. Tikam dada aku, belah and tengok jantung aku. Aku pun tak tahu apa yang aku rasa. 

7. PENYELESAIANNYA.

TARIK DIRI. GIVE UP.
NO MORE. FULL STOP.
That's the best way. =) Ada choice lain ke? 

TAK DE. TAK DE. (background sound)


P/s : Ya Allah, aku serahkan hidupku pada-Mu untuk Kau pandu. Tuhan Maha Besar. Jika ini ujian-Mu untukku, hilangkan apa-apa yang ada dalam hatiku untuk makhluk-Mu, dan aku redha serahkan hatiku hanya untuk-Mu. Aku redha lepaskan sesiapa pun hanya untuk-Mu. Tapi jika Kau suratkan dia untukku, Kau satukanlah hati kami dalam rindu dan kasih sayang yang halal, di sisi-Mu. 

From today onwards, aku guna aku. Brutal sikit kan? Hahaha.

2 comments:

PAJID said...

tang part tiba2 kalah ngan CR7 tu takbley blah. Bhaha. pendengki tuh.

MochaLover said...

hahaha.. =P