Thursday, 17 June 2010

Shoot!

Okey, post ini untuk diriku seorang. Diulangi, untuk diriku seorang.

Memang susah nak terima tapi hati aku sudah tak punya perasaan. Mahu ubah fakta macam mana kalau engkau tak pernah rasa apa yang aku rasa. Cuba main di tempat aku. Berdiri dalam liga aku. Kau tahu, tiga tahun tiga bulan. Like HELL.

Dan aku sumpah cinta bukan permainan. Aku cuma boleh main-main.

Mahu ubah fakta macam mana kalau hati aku sudah tak terdaya nak terbuka. Setia bukan mainan. Kalau setia, akhirnya jadi macam aku. Macam aku tahu? Hati lebur jadi abu.

Aku cuma mahu engkau tahu, detup hati aku. Kalau tak selesa, bagi sedebuk, aku rela. Cuma aku juga yang serba tak kena. Kerana pengakuan, itu ikhlas hati. Tapi tanpa harapan. Aku tulus ikhlas berkawan. Aku harap engkau juga.

P/S : Aku pekakkan telinga dan butakan mata selagi bukan suara engkau sendiri berkata di hadapanku dan rupa engkau sendiri berada di depan aku. Aku tak peduli apa yang engkau akan kata kerana biar hati aku sendiri terluka dengan fakta yang ada dari terus dibuai angan dan mimpi yang tak sudah. Aku dah biasa terhiris dan terbakar, dan jika engkau mahu luka dan bakar lagi, tiada apa yang tinggal. Dan aku boleh terima.

Hiyakk!!

Dan maaf jika aku rindu. Aku baru sedar bila engkau jauh.

No comments: