I just got back from the hockey match. I feel refreshed, sebab dapat lawan dengan budak Sport Rec. I mean, tandingan bukan calang-calang jugak. Aku kena rempuh tadi, bengong sekejap. But it was a good and competitive match. Aku puas hati. Sebab aku jumpa jiwa aku.
Tapi bila tengok kasut hoki aku, bila orang tegur kasut hoki aku, aku jadi sayu. Itu kenangan aku dengan dia. Itu yang tinggal. Kenangan. Aku rindu dia. Sampai semua orang yang aku nampak, aku nampak dia. Dia, dia and dia. Tapi rasanya biarlah dia dengan diri dia. Aku tak nak kacau lagi. Aku tak nak cakap apa-apa lagi pasal dia. Cukup dari jauh.
Jimmy dengan Hilmi datang tengok aku main. Seronok jumpa diorang. Ahh. Kawan yang baik memang susah dicari. Tapi aku hidup kerana kawan aku. Semua kawan-kawan aku yang sentiasa menyokong aku tak kira bila aku jatuh terjelepuk, or bila aku mendongak langit terjunjung.
Kawan, aku hidup kerana engkau. Di sini, di sisi, kau mengendong, kau memimpin bila aku tersadung. Kau kesat air mata dengan tisu persahabatan. Sumpah aku takkan lupa. Sumpah ini budi kita. Sumpah ini ikatan suci kita.
Terima kasih.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment