Friday, 30 July 2010

Kaitan sukan dengan hidup.

Aku suka main hoki. Aku rasa semua orang tahu. Sebab aku rasa betapa excitingnya aku rasa bila main hoki. Adrenaline yang ada buat aku rasa teruja. Aku pernah main futsal, tapi still, hoki jugak yang bertakhta di hati. Mungkin, yeah, mungkin aku ni memang jenis setia kat segalanya kot.

Dulu, aku tengok orang main bola baling. Tapi aku tak tengok kat sekolah lah. Sebabnya? Ada la sebabnya. Memang aku takkan pergi tengok orang main bola baling kat sekolah walau macam mana pun orang cakap fun. Aku pernah terasa nak main. Tapi atas sebab aku rasa, bola baling tu, yeah, macam aku tak boleh nak pergi, macam bola baling tu takkan serasi dengan aku je, aku cuba pulak main bola keranjang. 

Well yes, bola keranjang ni memang exciting (one of the reason sebab main dengan boys, muahahahaha) benda baru la kan, kena belajar skill ape semua. Bola keranjang memang susah pada aku nak deal with, tapi sebab aku rasa serasi dengan jiwa aku, aku tetap nak main, and aku belajar jugak dengan kawan aku. 

Dalam hidup ni aku dah jumpa manusia yang macam sukan ni. Aku jumpa manusia yang aku rasa berminat nak dekat. Tapi bila aku tengok from the first impression, bertambah pulak rasa macam tak sesuai dengan diri, ha. Mula la rasa macam tak nak cuba kenal. So, macam mana nak cinta kan kalau tak kenal?

Macam tu jugak dengan bola keranjang. Bila kita tengok orang tu macam offer menda yang bagus, ditambah-tambah pulak dengan kualiti yang bagus, and dia nampak attempting je kan, kita tertarik dengan dia. Tu buat kita jatuh cinta. Ye tak?

Apa-apapun, aku still tak jumpa lagi "hoki" aku. Walaupun aku tak terror, aku still punya effort untuk terus belajar skill dia, terus main walaupun aku sakit betis, terus berlari walaupun aku cramp. Dan aku tak boleh tinggalkan kerinduan aku untuk main hoki sebab what ever happen pun, dia pemberi kebahagiaan mutlak, yang memberikan rasa excitement yang aku tak dapat rasa lagi setakat ni dengan game yang lain.

OK, maybe aku dah jumpa, tapi let me kelaskan dia sebagai bola keranjang dulu. Or Futsal. 

=)

P/S : Frisbee tak termasuk. 

No comments: