Tuesday, 23 March 2010

Cerita Best Satu Petang.

Saya daki anak-anak tangga ke tingkat tiga. Bahu sebelah kanan saya terbeban dengan beg besar dan bahu kiri saya terbeban dengan beg lappy. Di tangan saya? Saya pegang lappy dengan satu tangan. Rakan-rakan saya sibuk bercerita pasal Pesta Buku Antarabangsa di pibabutisi ciptaan Farhana. Saya pun melayan perasaan sambil mendengar lagu dari lappy saya yang dah habis calar-balar.  Saya daki lagi sampai ke tingkat ketiga yang mana saya nampak Mak Long di luar kelas. Saya dengar seseorang bertanya kepada Mak long, “Ada?” dan Mak Long mengangguk. Dan saya terus berjalan sehingga ke depan pintu dan membuka pintu kelas dengan tangan kiri saya.

Banyak pasang mata terus terarah kearah saya. Dan saya terpaku.

Perlahan saya tersenyum dan menutup kembali pintu.

Kurang asam. Kenapa tak de sape-sape yang warning saya?

Jatuh saham dan market saya depan abang-abang semester 5 yang kacak-kacak dan kakak-kakak yang tekun belajar dalam kelas tu. Errkkhh.

Sengal.

Sunday, 21 March 2010

Ingat tak cacat yang cantik?

Saya pernah cakap masa kem fizik dulu. Ingat tak? Ingat tak?

Sure sure tak ingat.

Kartun perempuan tu pun. Tapi saya dah buang. Wahahaha..

Saturday, 20 March 2010

Kata banyak kerja, tapi update blog ada pulak masa, kan? =P

Hari ini saya penat amat, tapi bila dengar ibu kata sabar, saya sabar. Sebabnya, saya tahu ibu saya lagi penat. Dan kepenatan ibu adalah disebabkan nak suap mulut saya yang comel lote ni makan, nak sedapkan badan saya yang kurus keding ni selesa di atas muka bumi ni, nak ubat muka, mata dan gigi saya bla bla bla. Bila saya dengar ibu yang baru balik dari Kelantan semalam sebab outstation seminggu tak dapat nak rehat sebab esok kena pergi Terengganu, saya tak jadi nak mengeluh. Aduh, ibu lagi penat. Nak buat kerja audit bukan senang. Lagi susah daripada nak buat assignment.

So, saya jadi bersyukur kejap. Nanti kalau saya kerja agaknya lagi penat. So, buat sementara waktu ni, saya mahu enjoy and have fun dulu sambil berflirt. Ehem. Okeh, okeh, taubat jugak nak flirt. Tak nak habiskan duit ibu untuk perkara tak berfaedah. So, sebab tu dah lama tak keluar duit untuk topup, baju, kasut, bla-bla-bla. I mean, barang keperluan untuk wanita. Haha. Bravo Athirah!!! *clap clap*

I mean this is my to-do-list for this upcoming 4 week.

21 - classroom observation
22 - finishing presentation for sociology
     - literature
23 - presentation for sociology
     - quiz lit
     - finishing cluster school presentation
24 - cluster school presentation
26 - Quiz PELT


29 - Discussion for Lead Discussion
30 - Presentation Sociology
1   - Finishing CTU - Fenomena keruntuhan akhlak dan kesannya kepada agama dan negara
3   - Finishing newspaper cutting & sociology project (sex education)

5   - Presentation for Lead Discussion
     - Summary - Ethics
7   - Presentation CTU
9   - Quiz 2 Lit
10 - Journal Lit

13 - Submission - Portfolio, Group Written Assignment, Ethical Dilemma Report, Ethics Summary
15 - Submission of Project Case Study - comparison of M'sia Education System with United States
16 - Submission of Lit Journal

So, sapa kata belajar TESL tak cukup mencabar. Penat memerah otak anda tahu?

Tapi saya cuba okeh, saya cuba buat sedaya upaya dan sehabis baik. Yeah, that's the spirit! Hohoho.

Okeh, hari ni I learnt something from Lit class. Saya amat malu sebenarnya dengan Miss Shima. Saya masih tak dapat nak improve presentation saya, tu yang amat saya kesalkan. Tapi saya tetap layangkan tabik spring pada Miss, Miss, you are still an angel, Chewwah. Hehe. Bukan sebab nak markah lebih ok? Tapi saya amat-amat menghormati lecturer seperti dia yang amat professional dan amat menyentap dan menyentuh hati dan perasaan pelajar-pelajar dia.

Teguran yang memang berhalus, tak tinggi suara langsung, tapi ada nada kecewa dalam tuturnya. Tapi itu yang menyentuh. Dia tak perlukan jerit pekik, hentam emo, tak perlukan perubahan riak muka, cukup dengan teguran yang amat berhemah tapi ada ketegasan dalam kata-kata. Hormat itu ada, dan sentiasa ada. Dan sebagai timbal balik, dia memang layak dan cukup sebab untuk dihormati.

Dan kalau, KALAU, ok, saya jadi lecturer, or even jadi cikgu pun, saya akan bawak pengajaran tu sampai mati. Saya faham erti professional kerana dia. And paling saya suka, saya suka jadi tenaga pengajar, dan mungkin terbuka hati satu hari nanti, mungkin kerana dia.

She's an inspiring lecturer. Serius, I'm impressed.

Outstanding BRAVO for you, Miss!  

P/S : Tak sampai 1 minit, roommate saya dah lelap and tenggelam dalam lena. Gila terer.

Balik, balik, terbongkang...

Haih, cuak betul saya mengenangkan dan melihatkan mereka-mereka study. Di facebook, di TESL Square, semua pakat bukak buku, study Syntax. Dan saya tengok, semua orang tekun gila baca. Watdehel? Kenapa saya tak macam mereka? Kenapa saya tak terkesan tengok buku Syntax? Madam Noi kata sapa yang buat latihan dia dah cukup la. Kenapa mereka pakat study ramai-ramai ni?

Untuk dua hari berturut-turut minda saya dirundung runsing. Nak baca, of course dan course of malas. Ye, ye, saya sedar saya seorang yang pemalas. Tapi serius, dan serius, seseriusnya, yang kena buat Tree Diagram je kan? Kalau kita faham macam mana nak buat, macam mana nak letak function and forms, ok la kan?

Sebab tu saya cuak. Tapi hati ni tak terpanggil nak study. Kalau study pun, tak tau nak study apa. Dalam buku tu penuh dengan tree diagram je. Haish. Dan sebab itu saya buat keputusan untuk balik. Dan kalau balik, sah-sah punya mesti tidur. Itu perkara wajib. I kan nap lover.

Dalam kelas Lit pun, diorang pakat buat Syntax instead of Lit. Kat luar kelas je, semua baca Lit. Sebab cuak, saya tanya, apasal korang baca buku ni? Kenapa korang study? Stop-stop la study tu. Tiba-tiba saya kena marah pulak dengan orang. Adoi, saya cuak la, cuak. Saya wonder, susah sangat ke tree diagram ni.

Masuk exam room dengan senang hati.

THERE. THERE. THERE.

Nak termuntah rasa. Serius pitam and mati. Habislah 30% aku. Habis. Musnah. Harapan nak skor dah hampir tak dok.


Mati, mati la, aku ingat TREE DIAGRAM JE YANG KELUAR. Apa pasat parts of speech habih kuar suma sekali mai?

Hah silent reader and follower. Kenapa tak say hi? Baru saya tahu. Hah, anda Izzat! Ho, berani-beraninya anda tak tinggal jejak. Dey, rindu nak berdebat makin membara dalam hati ni. Uhu...

P/S : Saya jatuh cinta hampir setiap hari. Aww. Jom kita cari mamat yang amik Architecture tu nak? XP

Thursday, 18 March 2010

Awak, asam masin dan jeruk, ingat lagi tak?

Saya tahu, iman saya memang terduga. Saya tahu, pedih di ulu hati saya memang tak tersembuh sampai bila-bila. Ironi, sebab saya maafkan awak. Tapi saya masih termenung, kala teringat kisah-kisah kita. Saya masih kuat memecah benteng-benteng memori yang kita cipta bersama. Saya masih meniti satu persatu cerita-cerita kita. Walau kuat hati saya menjauhi. Awak...

Saya tidak mahu bercerita mengapa kita menjadi sebegini. Kita sudah sama-sama dewasa, dan kerana itu kita di sini. Awak melangkah menuju jalan-jalan yang dicipta dengan pilihan yang awak tentukan sendiri. Dan saya masih di sini. Bezanya, saya sudah lama tidak menunggu awak. Saya masih di sini, mengintai masa-masa lalu yang kita tinggalkan bersama, jalan cerita yang kita karang bersama masih tidak samar, masih utuh berada di situ. Saya masih memetik rangkai-rangkai harapan yang tak terkesan, saya masih berharap bahawa saya masih yang terbaik, saya masih tak terganti, saya masih di hati.

Tapi kita sama-sama tahu itu tidak berlaku. Dan sehingga saat dan detik ini, saya masih mencari jalan yang harus saya lalui. Saya masih terkuis-kuis mahu melangkah, kerana saya masih tidak bersedia. Dan paradigma itu masih tak teranjak. Dan horizon itu masih terlalu jauh. Tapi saya sudah lelah. Kaki masih tidak tergerak. Saya sudah tidak mengejar, tetapi membuat keputusan untuk jalan yang berbeza sudah tidak saya temui kekuatannya.

Ironi. Saya masih di sini.

Dan saya masih rindu.

Dan saya makin sunyi.

Monday, 15 March 2010

Enam

Dia pun naik... Masuk dan duduk di sebelah.. And I guess, aura awkward tu memang sentiasa akan ada. Haaa... What a looooooong journey. Seberapa lama lagi saya harus menahan seksa ini...

"Student ke?"

Saya rasa macam ada orang bercakap tepi telinga saya. Nyamuk berdengung ke? Realiti atau fantasi ke? Dan saya pandang sebelah. Okeh, dia yang di sebelah macam menunggu jawapan.

"Apa dia?" Saya pun tanya. Haih, tak keluar suara.

"Student ke?"

"O, ha'ah."

"Student kat mana?"

"UiTM"

"O..." Angguk-angguk. Dan senyap balik. Nak tanya ke tak nak. Nak tanya ke tak nak. Tiba-tiba entah macam mana ada kuasa ajaib yang mendorong saya menuturkan ayat-ayat yang tak dikarang di kepala. Hah!

"Student jugak ke?"

"Ha'ah."

"Student kat mana?"

"UiTM jugak la."

"O..." and sekali lagi senyap. Dah tak tanya apa-apa. Angguk-angguk.

"Amik apa?" Tiba-tiba terdengar lagi dia bertanya.

"TESL"

Angguk-angguk.  Senyap.

"Amik apa?" Saya tanya pulak.

"Architecture."

Ow Em Gee. Freaking hot.

Dia : Part berapa dah?

Saya : Part 2 (Tangan pun tunjuk dua)

Dia : Empat?

Saya : Eh, tak, dua.

Senyap.

Dia : Amik melalui diploma ke?

Saya : Tak, asasi.

Dia : Oh...

Senyap.

Saya : Amik diploma ke dulu?

Dia : Diploma lepas tu terus convert jadi degree.

Saya : Oh, yang fast track tu ek?

Dia : Eh tak. (Dan dia pun explain secara panjang lebar pasal course dia.) Dude, dia cool. And I like cool guys. And gentleman. I mean, I like that kind of guys. Yang boleh buat saya terawang-awang masa bercakap. And he smiles when he talks! Oh, serious, dude, you might win my heart already. Hahaha...

But then, saya tak tanya nama dia, and dia pun tak tanya nama saya. In the end, kami berpisah begitu saja. Hey, banyak lagi nak cerita, but I guess, biarlah saya simpan dalam lipatan hati dan minda saya.

I hope I can meet him again, someday...

P/S : Ikah kata dia mungkin gay. Sebab pakai cardigan. Owh, sayangnya. Hey, I do hope dia ada awek and bukan gay, or bi. Haha. Tapi rasanya dia dah ada awek la, Ikah. Lelaki tak main mesej sangat dengan pakwe. Diorang main mesej dengan awek. And dia main mesej, mesti dengan awek. (Ye, saya nak sejukkan hati dan kurangkan kontroversi.)

Mr. C : I don't know what I have to say. Saya dah tak kisah. So, it's kinda late to apologize. Saya dah tak nak fikir. Kita kan kawan baik je. No need to explain anything. Don't you think so? Kan kan kan?

Lima...

Tiba-tiba terasa nak keluar. Tapi kena bawak laptop. Aduh, leceh jugak travel sorang-sorang ni. Indie la katakan. Kemas-kemaskan dompet, handphone, beg... Eh, dia tinggal laptop dia ke? Serius dia tinggal laptop dia? Beraninya... Apa saya nak buat ni? Nak tunggu sampai dia balik ke tak? Takkan nak bawak turun jugak? Tapi ada ke orang nak curi? Alamak. Macam-mana ni? Tunggu dia dalam 3 minit. Kalau tak balik jugak, keluar je la. Haish.

Aaahh, turun je la. Karang tak sempat pulak. Dan saya pun turun dengan bawak beg laptop.

Ehem, saya bawak beg laptop saya je la. 

Tapi saya masih punya hati dan perasaan. Saya sorok beg laptop dia bawah beg saya. Lepas tu saya keluar pergi tandas. In case.

Masa saya balik, dia tak balik lagi. Saya masuk bus and kemaskan tempat, apa yang patut. Beg dia yang tergelimpang kat bawah, saya betulkan. Dan saya pegang beg saya yang besar dan berat tu in case dia nak masuk. Senang. And saya terpandang kat luar. There he is, smiling at me. (Ceh, perasan!) =P
I guess dia nampak muka saya yang cuak. Haih, cair saya pandang senyum dia yang comel tu, cepat-cepat saya kona pandang tempat lain.

= Muslimah kena jaga pandangan mata = Saya rasa, kalau saya ni putih, muka saya mesti dah merah macam Mijah pandang Hazzy. HahakS!