Saturday, 13 February 2010

Happy Hols, and CNY!

Yey, at last, I'm back to Kuantan! Rindu-rindu-rindu. Excited gila-gila, rasa macam yo, this is heaven! I'm craving for my katil, believe it or not. Quite sometimes, aku bergelumang dengan katil yang tak berapa sedap kat rumah kat Shah Alam. Helo, aku bukan nak mengada-ngada okeh. Tulang belakang aku ni bermasalah, sebab tu aku bersyukur gila dapat baring atas tilam sendiri. Bilik sendiri. Air-cond save my life. Haha. Kenapalah climate kat Shah Alam tu macam errr... hell?

Sampai-sampai je kat Kuantan, pergi shopping barang-barang dengan ibu and abah dekat Giant. Seriously, I love to go out JUST with my parents. It's not like I'm not interested to go hang out dengan siblings jugak, tapi that's when I feel like my mom and dad actually pay 100 percent attention to me. Well, I'm the oldest, and rarely did they really make out for a real conversation with me. I don't regret, though. Oh, I love to spend time with my father. Little do we make conversation, but when we did, I love it! I just love it, I don't know why. I love to force them to listen to my complaint of little things, I love to make them realize how glad am I to see them, to talk to them, and I love them very much. LOL.

Kawan-kawan aku ramai cakap diorang takut tengok ibu dengan abah. Hehe. Aku mengaku la, aku pun takut dengan abah. Haish, biasalah, kalau dah namanya anak. Ramai je cakap, I resembles my father a lot. Like every single thing. Tapi kitorang macam tak rapat je. We talk bila perlu. Nak mintak apa-apa pun, aku tak mintak dengan abah. Puas la ibu dengan Uyuun bersyarah dengan aku. Tak jalan... I don't know why aku jadi macam tu. Maybe sebab abah tegas sangat dengan aku. Sebab aku ni degil sikit. Dari kecik lagi, aku selalu kena rotan. Pernah satu hari tu, sebab aku tak balik even lepas azan maghrib, abah cari aku satu taman, pastu aku kena bambu. Yo, sakit wo. Aku tinggal solat, memang sah-sah kena rotan. Selalu aku rasa abah tak sayang aku. Seriously, when it comes to me, abah becomes very strict. I must do everything almost perfect, like every single things.

Duduk kat rumah, after solat Subuh, kalau ada menda dalam sink tu, memang abah gerak aku semata-mata suruh basuh all the things dalam sink tu. Pastu pukul 10 kena bangun, ambik Buntat dengan Syiqin daripada Kafa. Pastu tengah hari kena tahu Syiqin dengan Buntat makan ke tak. Every single thing. Aku kan pemalas. So, kadang-kadang rasa macam Ya Allah, tolonglah, apasal semua menda aku kena buat. Seriously, terpaksa admit aku memang pemalas. Hahaha. Semua menda kena suruh ayah aku push dulu baru kena buat.

But little things yang abah did for me really touch my fragile heart. He hugged and kissed me on the forehead when I got straight A's in PMR. It is soooo unexpected. Really, sebak rasa masa tu. Ye lah, he had just arrived from K.L, and I want to show him my result, and suddenly he hugged me. Air mata dah rasa nak bergenang dah masa tu. Tapi mana boleh tunjuk kan. Hahaha.

Masa dia nak hantar aku balik hostel kat Bukit Sekilau, aku tak bagitahu pun aku selsema. Rasa macam nak demam pun masa tu. Sebelum sampai kat hostel, dia singgah kat farmasi. I thought abah nak beli something untuk dia. Then, dia masuk kereta, dia hulur ubat selsema untuk aku. Wuu.

Banyak lagi, tapi malas nak mention. Haha. My father and I memang awkward, disahkan oleh kawan-kawan aku, tapi deep down in my heart, abah, you are the best abah in the world. Yeah! Sorilah sebab akak jadi anak sulung yang paling tak best, pemalas, terok,
segala macam makneka ada. <--- ayat ibu aku. bukan salah eja.

Balik rumah, memang penat. Sebab dah jadi rutin, balik je rumah perkara pertama kena buat is KEMAS BILIK. Dah lah penat duduk lama-lama dalam bas, pastu kena kemas bilik pulak. Macam tak pernah kemas 18 tahun. Mental betul. Tapi aku kan baik. (Wahaha) Kemas la jugak, walaupun rasa macam nak jadi monster dah kat adik aku. Boleh pulak dia duduk bersenang lenang depan desktop gelak kuat-kuat. Cis.

And hari ni, after Subuh, aku tak tido balik. Mengemas rumah ni, kesian kat ibu. And sebenarnya mata aku pun tak tahan tengok. Puas sangat dapat balik rumah, kemas rumah tu. OOOOO. Heaven. Sangat seronok. Wahaha. And terpaksa buat-buat macam nak mengamuk dengan adik-adik aku, supaya diorang bergerak, tak membesarkan punggung and badan melepak depan desktop and tv, and tolong aku buat kerja rumah. Padahal bukan nak marah sangat pun.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sangat pelik bila balik rumah and puff, everything changes.



Uyuun- kiri sekali.

Dia ni la dulu menangis selalu bila kena pergi kelas. Kerja dia menangis je. Jenuh telinga dengar. Tak boleh blah, ponteng sekolah menyorok bawah longkang belakang rumah orang. Bila orang balik sekolah, dia buat muka selamba je balik rumah. She was just like 8 years old je masa tu. Adventurous sungguh. Kerja sekolah tak nak siapkan. Bila cikgu tanya mana kerja sekolah, dia buat-buat cari buku dalam beg dia sampai kelas tu habis. Hahaha.



Ni minah ni sekarang. Tengah tunggu result SPM. Tinggi melonjong dah. Oh, sungguh tak berkongsi genetik dengan dia. Korean addict. Sengal betul.

------------------------------------------------------------------------------------------



Fikri

Kecik-kecik dulu, selalu nyanyi lagu nasyid. Sebijik macam anak cina. Wahaha. Okeh, dia tak suka perempuan gedik. Itu pantang.



Dulu dia selalu merungut sebab dia kecik. Tapi kejap je dia dah besar. Nak sama tinggi dengan aku dah. Suara pun dah pecah. Dulu nampak macam perempuan, tapi sekarang dah nampak la macam lelaki. Amat rajin and pembersih. Bilik dia amat kemas, ok.

--------------------------------------------------------------------------------------------



As time passes by...





Syiqin and Syukri. Love them both.

------> Rindu mereka wo. They grown up as beautiful creatures, and I'm soooooooo proud. Sila membesar jadi beauty (inner and outer) with brain, and make ibu, abah and me proud, sibs.

------------------------------------------------------------------------------------

You, I'm glad you texted me, finally. =)

It completed my day.

Really miss you. A promise is still a promise, though.

I won't text you, until I have neutralized this feelings.

------------------------------------------------------------------------------------

Tok, Ayu tak balik ikut ibu petang ni. Tapi Ayu selalu doakan tok. Rest in Peace.

I will miss you, always and forever...

Thursday, 11 February 2010

Kau Gila Kentang?

Abaikan title post ni. Seperti biasa, aku tak sesuai jadi editor.

Actually, aku tak rasa upset sangat la bila dengar cerita ni. What do you expect. That place was like a hell to me. Sila marah saya. Saya cuma menyatakan pendapat yang maha tidak penting saya. Oh, ye lah, saya tak serasi dengan kawan-kawan di sana. Sampai lecturer semua panggil saya lone ranger. Ahh, apa-apa je lah. Saya tak kacau hidup orang, tapi orang yang selak-selak nak kacau hidup saya. Err. Maksud saya personal life saya. Perasan something yang wrong? Owh, I just guna saya instead of aku. Manifestation of Underlying Conflict. Aku nak buat-buat sweet je. Bluwek.

Tapi, still, aku still bengang. Macam mana aku bengang bila orang judge aku without kenal aku lebih dalam. Like hell. Supportive la sikit babe. Kalau korang baik, terima la kawan-kawan korang seadanya. Bukan mengutuk sana sini, menyebar aib orang sana sini. Cukup sembahyang pun, kalau solat tak mencegah kita daripada kebaikan, Tuhan terima ke. Athirah, kau dah terkeluar simpang. Dah masuk simpang jalan lain. Oh, itu dah masuk bab lain. Aku gostan balik. No, no. Kali ni bukan pasal kawan. Tapi pasal aku kesian dengan kawan-kawan aku yang sedih dengan apa yang terjadi dengan ex tempat belajar aku dulu.

Gila terok! Apa hak kau nak judge batch kitorang macam tu la! Mereka-mereka tu semua kawan aku la babe! Even if diorang buat taik dengan aku pun (sekali lagi, manifestation of Underlying Conflict) -abaikan-, diorang still tak layak untuk di'judge sedemikian rupa. Oh, aku pun termasuk sekali. Yup, yup. Kami-kami tak layak dijudge macam tu. Korang kata kitorang apa? JERKS? Haha.

Tak pe, tak pe. Berita ni aku akan anggap tak sahih. Mendengar cerita sebelah pihak itu bukan aku. Rasionalkan minda, tenangkan fikiran. Aku tak sabar nak dengar berita selanjutnya. Sila masuk UiTM Shah Alam, wahai JUNIOR-JUNIOR kesayanganku. Kitorang dah cukup bangga dengar korang ramai yang lepas Band 5 la kan. Band 4 la kan.

Mari kita lihat siapa JERKS sebenarnya. Oh, senior korang yang seorang ni memang jerks. Cakap bahasa Inggeris pun tak reti. Ntah macam mana ntah dapat terlepas masuk kat sini. Orang kata takdir ALLAH kan. ALLAH MAHA KUASA kan. Kita tak tahu masa depan kita wahai 'adik-adik' oi. Eh, nanti diorang kata aku berasa tua pulak. Whahai rhakan-rhakan sepherjuangan, sila bear in mind, Kau riak, kau takbur, kau yang tanggung akibatnya satu hari nanti. Tu kalau kau buat la kan. Kalau kau pandai-pandai cakap kitorang ni a bunch of JERKS eventhough you haven't met us yet.

Jangan sedih-sedih la kawan-kawan. Dunia memang macam tu. Biaq pi la sama depa.

-----------------------------------------------------------------------------------

Aku sengal beberapa hari ni. Rindu kat naqib la, test buat macam hampeh je. Nasib baik Naqib angkat call tadi. Kalau tak aku pergi bomb dia. Wahaha. TQ Naqib, kau layan saudara kau yang bolok ni. Tido tak pernah nak betul. Makan megi tiap-tiap hari. Terasa dengan Asyraf. Mak Aih, dengan Asyraf pun tiba-tiba boleh terasa. Ye lah, aku call dia reject. Pastu off hp. Waaaa. Aku tahu la aku bukan awek dia. Tapi jangan la buat macam tu. Haha. Gedik betol. Merajuk la konon. Kalau dia tahu la ni, mesti dia kata aku mengada. Teringin nak cakap, I miss you la, dear. Hohoho.

Pastu bengang dengan Abang Shikh. Abang Shikh!!!!! Kalau tak nak call, jangan la berjanji. Pastu off hp pulak.

Ade je yang buat aku bengang sekarang kan. Adoh. Tak sabar nak balik Kuantan. Geng, kita lepak, jom?


Baby aku hilang. Comel kan?

-----------------------------------------------------------------------------------------

Aku kena blackmail dengan pak tam gara-gara ini.



Arrrggghhh.. Ye, ye. Nanti Ayu pujuk abah suruh bagi Ayu masuk okeh? Tiba-tiba rasa menyesal pulak beli hp ni. Kenapa la aku pergi beli menda alah ni. Haish. Sengal, sengal, sengal. Now, aku kena kerja masa cuti, nak ganti balik duit ni.

Nampaknya, aku kena kahwin dengan jutawan la kalau macam ni.

=P

SERONOK!

Saya suka gambar-gambar ni.













PART I

One of his friends commented on my photo just like this.

" Memang. Nakal mcm .... "

Sigh. It's hard to keep away from all his friends and family. Yeah, we used to share everything. We used to be in a relationship. And although that relationship has wrecked, a lot more relationship that are built when I was with him must still be going. But I beg for your consideration. Pity me. I'm the one who must endured all the consequences. He left me, put on a mark or rather scar that will never be erased or gone just like that. Fa'e, I hope you understand. He's just my history.

But I don't want to end our relationship. You see, a lot of people is affected. I am not perfect. You can scold me, judge me, or anything, he can left me for not being a good girlfriend enough for him, but consider my feelings too. No, if you ask about my feelings, nope. I don't love him anymore.

Ibu, you must see how your daughter grow up in solemn. I AM weak, yes, that's your daughter, But I'm trying to be bold. I'm trying not to be dependent on anybody. I'm trying to be matured enough. I just need time to change. That's what I never got from him. Consideration. Chances. Time.

You, I'm not perfect. Even I tried my very best to please you, I just can't. That's why I'm letting you go. And just like you've said before, don't you ever find me back. Forgive all my flaws, and I'm forgiving yours. I'm living the life the way I am before. I am searching myself which are lost, although I don't even know where to start. It's terrifying to see how a love can affect people's life. No. It's terrifying to see how our relationship has wrecked me up.

PART II

I really don't know this feelings. It's kinda new, it's confusion all over me. It fills my empty heart, filling me with some energy, though I don't really know what is it, but somehow, I am afraid to see it affects my life. I feel like I am in seventh heaven whenever I get his message. I can even dance in the storm when he calls me.

But then again, I know, he's just flirting with me, the way he flirts with other girls. Sigh. I guess when reality stroke, we just losing ourself again. Come on, dia kawan kau la Athirah. Nothing more.

So, You, I will not contact you until this feelings has diminished. Deal.


Owh, I will be missing you until then. Tata, dear.

BELAJAR-BELAJAR-BELAJAR-BELAJAR-BELAJAR.

ATHIRAH, FOKUS ATHIRAH. UNITED KINGDOM. BUKAN SURIRUMAH-JAGA ANAK-MASAK-KEMAS RUMAH.

YOU HAVE YOUR AMBITION. IBU ABAH. IBU ABAH? YOSH! OH, BETTER BELAJAR SEKARANG!!! BYE2!

Tuesday, 9 February 2010

Wee..

Kawan-kawan aku buat gila dalam kelas ni.. Pasang lagu korea dalam kelas,buat photoshoot.. Haha.. Suka. Havoc gila.

Monday, 8 February 2010

Kejap lagi aku tambah lagi.

Sungguh aku jealous dengan Azraei. Apesal la mamat ni banyak gila berubah daripada dulu. Ke, aku yang tak pernah kenal dia yang sebenar? Ayat power, penuh dengan sarkastik and makna berlapis-lapis, bahasa bombastik, blog best. Haha. Serius kau boleh menulis. Aku jealous.

Oh, peeps, pardon my language. Serious, I am not English expertise. Fluency zero, pronunciation zero, proficiency - intermediate. Low. I just can't think me in front of the class teaching English. Serius, rosak anak bangsa. Nak tukar course, of course la tak sempat. I'm considering taking master in other course. Perkembangan awal kanak-kanak, boleh? Hahaha. By the way, what say you? Oh, of course ar if this happen continuously, if there is no progress at all. I'm trying, buddies.

Aku still dalam proses cari identiti diri. Identity crisis. Should it be overcome by now? I just don't know. Kadang-kadang rasa lost, tak kenal diri sendiri dah. Tak ingat sapa diri sendiri. Haha.

Baik aku ingat balik.

Sunday, 7 February 2010

Here's a Piece of Advice for You, Sis..

Seriously, what makes me sad is not him treating you like that, but seeing you unable to let the guy go. It makes me sad, because I feel like it's me all over again who's crying over a boy who doesn't love me.

Akak, saya mungkin bukan orang yang sesuai untuk nasihat akak, sebab saya pernah jadi seorang manusia yang amat bodoh dalam hubungan saya. Tapi, apa yang buat saya tujukan post ni untuk akak, sebab saya tak nak orang lain jadi bodoh, macam mana saya pernah jadi bodoh dulu. Saya tak nak setiap perempuan dalam dunia ni berada dalam tempat saya. Saya dah lalui semuanya, kak, and walaupun saya dah jalinkan hubungan dengan **** 3 tahun, saya lepaskan **** dengan sebab yang amat mudah :

DIA DAH TAK SAYANGKAN SAYA DAN DAH ADA PENGGANTI SAYA.

Akak, kebenaran dan realiti memang pahit, tapi ubat mesti ditelan untuk ubati kesakitan kan? Saya lepaskan **** lepas dia sendiri cakap kat saya, jangan ganggu dia lagi, cari orang lain, sebab dia tak sayangkan saya dah, dah ada pengganti saya, etc, etc. Dia sendiri CAKAP pada saya, kak. TIGA tahun, kak, bukan sekejap. Akak sendiri tengok saya menangis setiap malam dulu. I AM miserable at that time. Saya duduk tepi tangga, larikan diri daripada orang lain, saya tak jaga diri saya. Semuanya sebab saya fikir saya tak boleh hidup tanpa dia. Dia tak nak kat saya, kak. TAK NAK.

Ada orang cakap, kalau kita cintakan orang, kita kena lepaskan dia, and kalau dia datang balik kat kita, tu tandanya tu cinta sejati. Akak, anggap je semua tu BULLSHIT buat masa sekarang. Saya amat percaya dengan cinta Allah. Dan kalau Allah cintakan kita, Allah akan lepaskan kita ke? Allah akan biarkan kita ke? Nope. Allah akan bawa kita pada Dia, kalau Dia sayangkan kita. Allah akan sentiasa bagi peluang, walaupun kita lakukan kesilapan. Kan? Kalau kita tinggalkan Allah, and kita datang balik pada Dia, mengharapkan Dia, Allah akan lari daripada kita ke, kak?

Akak ada jawapannya. Yes, memang cinta manusia tak sempurna macam cinta Allah, tapi sekarang kita sedar, apa tu cinta. Apa tu kasih sayang.

Akak, mungkin bukan mudah, tapi lepaskan dia kak. Saya takkan suruh akak lupakan dia, JANGAN lupakan dia, sebab makin kuat akak cuba lupakan dia, makin kuat akak ingat pada dia. Macam saya cakap tadi, kalau kita sakit, kita kena makan ubat. And biasanya, ubat memang pahit. TELAN kepahitan tu kak. TELAN KEBENARAN tu. Jangan terus butakan mata akak dengan fantasi. Face the truth. DIA DAH TAK NAK AKAK LAGI.

Satu yang saya mintak, jangan simpan dendam akak pada dia lagi. Maafkan dia, kak. Allah dah janjikan pada kita, setiap kemaafan yang kita bagi pada orang, ada ganjarannya pada kita. Percayalah kata-kata saya kak. Ya, saya tahu susah. Akak akan kata dia macam-macam. Salahkan dia. Akak akan salahkan diri akak jugak. Tapi kak, kalau akak buat dia macam tu, apa yang buat akak berbeza dengan dia? Tak ada siapa yang salah. Akak dengan dia memang TAK DICIPTA UNTUK BERSAMA. MEMANG DIA BUKAN UNTUK AKAK, AND AKAK BUKAN UNTUK DIA LAGI.

Akak ingat rukun iman kita kan? Percaya pada QADA' DAN QADAR. Setiap apa yang berlaku, Allah dah tetapkan sesuatu untuk kita kat depan sana. Kita tak tahu masa depan kak. Buang bisikan syaitan yang kata akak tak boleh hidup tanpa dia. AKAK BOLEH.

Sebab saya boleh. Kawan saya boleh. Ramai lagi perempuan yang boleh. Heal that hurt. Kenapa kita nak dambakan hidup kita untuk lelaki yang takkan hargai kita? Kenapa kita nak hambakan diri kita pada orang yang senang beralih hati pada perempuan lain?
Kenapa kita nak lempar hidup kita dalam hidup orang yang akan gantikan kita dalam hidup dia setiap kali kita ada masalah dengan dia?

Saya faham setiap apa yang akak rasa. Setiap apa yang akak lalui, saya dah lalui 3 tahun lebih. Syukur, akak baru lalui semua ni. AND PLEASE, DON'T DRAG YOURSELF TO MY WORLD. JUST DON'T. Don't be fooled by your feelings, because this is NOT love.

Allah takkan beri ujian yang hamba-Nya tak mampu nak tanggung. And akak still bertuah. Sebab Allah pilih akak untuk rasa sakit macam ni. Percayalah akak, ni kesakitan yang terindah. Banyak dekatkan diri dengan Allah. Nampak macam senang, tapi Oh, ni yang paling susah untuk umat Islam nak buat. BALIK PADA ALLAH. Tapi, betulkan niat akak. Insya Allah, Allah tolong akak.

Seriously, akak, saya tak rasa saya orang yang patut nasihat akak walaupun akak mintak nasihat saya. Saya cuma tak nak akak jadi macam saya. BODOH sebab PERASAAN. Bukan sebab cinta or kasih sayang. Semua tu cuma kebodohan, perhambaan pada stupidity. Seriously, saya cuma nampak semua tu CUMA bila saya lepaskan dia. Kita fikir kita cintakan dia, sayangkan dia, kita nak pertahankan CINTA SUCI AND SEJATI, kita nak berkorban demi cinta, kita nak perjuangkan cinta kita, etc. etc. Ya, saya pernah buat menda yang sama. SERIOUSLY, SEKARANG saya nampak macam BODOH. Tapi saya tak menyesal. I've done my very best. And you SHOULD. YOU'VE DONE YOUR VERY BEST. And don't regret everything. Just let GO of him.

YOU WILL BE FREE AFTER THAT, INSYA ALLAH. AMIN.

Tips dari saya :

1. Menangis puas-puas. Tapi esok, walaupun mata bengkak macam kena tumbuk, sure akak akan rasa lega. Kalau kawan-kawan akak tanya, cakap je kena tumbuk.

2. Fikir Alhamdulillah dia tak jadi suami akak lagi. Kalau dah kahwin, akak gaduh dengan dia seminggu ke, sebulan ke, dia cari perempuan lain. Haish. Naya tu. Kesian pulak anak-anak akak. Kita maybe boleh tanggung. Anak-anak?

3. Dia merokok? Oh, tu reason akak memang kena pergi. Kalau akak kahwin nanti, dia merokok depan akak time pregnant, kesian baby akak. Tak sihat tumbesaran pulak.

4. Dia jaga solat tak? *wink*

5. Fikir pasal family? Hahaha. Saya gelakkan diri saya kak. Seriously. Akak buat la macam mana, kenalkan dia pada family ke, family kita tolong dia ke, kita dah banyak berkorban untuk dia ke,kalau dia tak nak, tak de guna. Mak saya, arwah nenek saya. siap dengan kaum kerabat saya pun dah kenal **** tu kak. Ayah saya siap pernah marah saya sebab bil telefon penuh nombor dia, mak saya tolong dia, concern la pasal dia, etc. etc., tak ke mana jugak.

6. Okeh, senang cerita, lepas ni kalau ada boy cakap nak serius dengan akak, lupakan. He's just bullshitting.

7. JANGAN PASANG LAGU-LAGU SEDIH, LAGU-LAGU AKAK DENGAN DIA, JANGAN DEKAT DENGAN HP SELALU, JANGAN BUKAK MYSPACE, FRIENDSTER, TAGGED, FACEBOOK, TWITTER DIA.

8. JANGAN TUNJUK LANGSUNG AKAK MENGHARAP KAT DIA.

9. KALAU DIA CARI AKAK LAGI, FIRST THING YOU HAVE TO DO, CARI SAYA, MIJAH OR KAWAN-KAWAN AKAK. JANGAN JADI BODOH MACAM SAYA, RAHSIA SORANG-SORANG PASTU SAKIT SENDIRI.

10. Lain-lain, nanti saya tambah lagi. I can' think at this moment. Saya tak nak pulak memburukkan ****. That's not my intention. And I won't.

Take Care Sis. Good Luck!
You'll be fine kak. I give you my words.